Hairie Othman Tamatkan Kontrak Politik Bersama Pas, Husam Orang Pertama Yang Dibalunnya

Kuala Lumpur - Selaku aktivis yang turut membantu kemenangan Pakatan Rakyat,pelakon Hairie Othman betul-betul rasa kecewa apabila dirinya tidak dipedulikan lagi apabila selesai Pilihan Raya Umum Ke-13 5 Mei lalu.

Beliau yang dihubungai mengaku sudah sebulan tidak menerima apa-apa panggilan atau jemputan ceramah dari mana-mana pihak dalam Pakatan Rakyat.

Tidak ada jemputan bermakna saya tidak ada pendapatan,''ujarnya dengan nada kesal.

Sebagai ketua keluarga,Hairie berkata dia mempunyai tanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak dan isteri seperti membeli keperluan dapur bayar ansuran kereta dan sebagainya.

Sejak menyertai PAS,Hairie meninggalkan bidang lakonan yang menjadi sumber pendapatan selama ini kerana memberi tumpuan membantu pakatan rakyat menghadapi PRU 13.

Hairie mengaku tidak menang tangan dibawa menjelajah ke seluruh pelosok tanah air membantu ceramah Pakatan Rakyat dan pendapatannya ketika itu mampu menyara keluarga.

Saya pelik sebaik selesai PRU 13,Pakatan Rakyat tidak lagi hubungi saya,padahal mereka diberi mandat memerintah ,Kelantan,selangor dan Pulau pinang,''ujarnya.

Hero leftenan Adnan itu berkata,dia tidak boleh berterusan begini sebaliknya perlu melakukan sesuatu demi kelangsungan hidup keluarganya,

Saya berharap kerajaan Pakatan rakyat perlu mengotakan segala janjinya sepanjang berkempen dahulu untuk membantu rakyat dan memberi peluang pekrjaan kepada saya mengedalikan apa jua program kerajaan di Selangor,''ujarnya.

Senang cerita, kata Hairie ,kerajaan Pakatan Rakyat perlu beri beliau peluang menjalankan apa-apa projek seperti tander potong rumput atau apa saja kerja yang boleh mendatangkan punca pendapatan.

Menurut Hairie,beliau mengambil keputusan menyertai PAS kerana amat yakin Pakatan Rakyat mempu menumbangkan Barisan Nasional pada PRU13 lalu.

Namun tidak berlaku seperti mana dijangkakan.BN masih diberi mandat memerintah. Bakat Hairie mula dicungkil menerusi filem Kad Cinta pada 1995 dan selepas itu beliau begitu laris dan menjadi rebutan penerbit filem dan drama.

Sejak menjadi penceramah tetap pakatan rakyat Hairie seolah-olah disenarai hitamkan dalam bidang seni dan sejak itu beliau tidak terima sebarang tawaran berlakon dari mana-mana penerbit.

Beliau sanggup mengambil risiko meninggalkan bidang seni yang menjadi sumber pendapatannya selama ini kerana yakin dengan kekuatan PAS dan Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan Persekutuan. Sangkaan saya meleset sama sekali,BN masih diterima rakyat pada PRU13 lalu.

Harapan saya cuma minta kerajaan Pakatan Rakyat berikan sesuatu job pada saya,''ujarnya.

Hairie mula berkempen membantu jentera pilihanraya Pakatan Rakyat sebaik menyertai PAS pada 2011 dan kemuncaknya pada kempen PRU13beliau diberi tugasan berceramah empat kali sehari.

Sebagai aktivis Pakatan ,saya di hantar berceramah dan berkempen di seluruh negara bagi membantu calon Pakatan Rakyat,tidak kira PAS,DAP atau PKR,Saya berkempen dua tempat pada waktu siang dan dua tempat pada waktu malam,berlarutan sehingga ke pagi,''ujarnya.

Katanya,sewaktu berkempen beliau tidak mendapat tidur secukupnya demi membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat.

Tetapi apabila mereka sudah menang dan berjaya membentuk tiga kerajaan negeri di Selangor,Kelantan dan Pulau Pinang,diri saya seolah-olah tidak dipedulikan lagi,''keluhnya.

Secara sinis Hairie berkata,siapalah dirinya,hanya aktivis Pakatan sahaja,bukanya wakil ADUN atau wakil Ahli Parlimen.

Sebab itulah saya tidak dipedulikan,''katanya yang terasa seperti dipergunakan untuk meraih sokongan pengundi bagi kemenangan Pakatan Rakyat.sumber dari Warta Mingguan PERDANA


26 comments:

  1. DULU PELAKON NI MEMANG AKU MINAT..AKU MASIH ADA SIMPAN DVD LEFTENAN ADNAN..TAPI TAK SANGKA DIA BOLEH MENYOKONG PARTI SONGSANG BERSAMA2 ARTIS LAIN YANG JUGA AKU MINAT...TAPI SEKARANG AKU JADI MENYAMPAH BILA AKU TENGOK2 GELAGAT MEREKA INI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila bertaubat nasuha...lepas nie mohon BRIM dengan kerajaan dan cuba minta Kedai Rakyat satu malaysia ( KR1M)...mudah2an Allah meberkati mu

      ABU = Allah Bersama UMNO.

      Delete
    2. KALAU SAYA BUKA KEDAI KRI1M MESTI MAJUKAN????...TAPI TAK ADA PENGALAMAN BISNES!! DARI DULU JADI KULI MAKAN GAJI AJE......HEHEHE

      Delete
  2. ha..ha...ha...amek ko !!!!...baru tahu ye PAS tak boleh bagi beras utk ko anak beranak???

    jangan kecewa...selagi hidup, rezeki Allah ada utk diri mu dan keluarga mu....

    yang penting jgn memburuk buruk kan, mencaci dan memaki hamun org yg se agama dengan mu....

    profession sebagai artis dulu tu dah okay dah....selagi tidak bertentangan dgn hukum agama...ko juga yg cari pasal....sekarang rasa la.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. SETUJU DAN SOKONG.... UMNO TERUS MARA UNTUK RAKYAT MALAYSIA

      Delete
  3. INI MEMANG PERANGAI PUAK PAS = SESUMPAH...REZEKI ADA DI MANA2..CTH AKU PENYOKONG TEGAR UMNO TAPI AKU TAK KEBULUR PUN KONTRAK KERAJAAN UMNO ...YG PENTING KITA INGAT YG ESA...JANJI KERAJAAN PEMERINTAH DULU & KINI TAK ZALIM KEPADA RAKYAT = BN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SETUJU DAN SOKONG....UMNO TERUS MARA UNTUK RAKYAT MALAYSIA

      Delete
    2. setju dgn ada saya penyokong tegar umno tp tak pernah mintak projek umno. sedar kemampuan diri. alhamdulullah Allah memerkati. tak kaya tapi tak juga susah

      Delete
  4. Setuju BN tak zalim. Kami penyokong BN hidup berniaga dan berusaha sendiri tak pernah harap apa2 dari BN, cuma kami perlu keamanan dan rakyat majoriti ada pendapatan yang saling menyokong ekonomi antara satu sama lain. Kami berbangga jika ada rakyat M'sia yang kaya. Bukan macam Hairie hidup penuh dengan kedengkian sebab itu rezeki pun pendek.

    ReplyDelete
  5. Apalah manusia ni...aku penyokong umno, su pdm lagi..tak terfikir pulak nak tumpang projek kerajaan...cuma aku harap tempat dan parlimen aku di majukan macam ditempat lain..Kalau harap ke PAS jawabnya penuhlah kezaliman...aku ada pengalaman jadi su masjid..duit masjidpun puak PAS nak buat lari ke markas dia...aku cerita pengalaman aku lah..kalau bohong nombor satu puak PAS ni..walau Imam atau sebagainya, bohong dah jadi darah-daging..aklhirnya aku letak jawatan.. mereka nak tipu ke nak buat lari ke, nak makan ke.. dah tak terlibat dengan aku..Sebelum pilihanraya aku berhenti menoreh untuk tumpu ke pilihanraya sampailah dua minggu selepas pilihanraya...tak tidur malam beb..berjaga sampai pagi..orang pas tempat saya ni jahat-jahat...dalam jaga tu pun bendera BN boleh hilang...aku bukan keseorangan, ramai pemuda bertunkus-lumus dan berjaga-beronda sampai ke subuh...penat jangan cerita la..yang wanita pula sanggup duduk bawah rumah atau dalam semak intip rumah siapa puak PAS bagi duitnya..kalau rumah puak dia tak pe..kalau rumah puak kita, kita naik lah sekali..dgn itu dia tak akan bagi punya..maaf ye..saje nak cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. imam pas kt tmpt saya siap curi lagi harta syarikat di pasir gudang. siap lilit kabel tembaga kt prut beb. ketua pas lagi. nauzubillah.

      Delete
    2. mencuri satu hal...kuat bohong lagi, mencerca dan menghina dah jadi mainan bibir...macam lah dia je yang islamik dan alim...harap janggut dan ketayap je sebagai topeng..hampehhh...

      Delete
    3. Anonymous 3:13, sama spt yuan saya su pdm yg bekerja sendiri..tak pernah mengharap kerajaan umno beri projek..saya berjuang kerana saya percaya kpd perjuangan UMNO memartabatkan melayu/Islam.

      Delete
  6. Biarlah mereka ni belajar dan RASA sendiri puak2 Pakatan tahi ni. Jika kita beritahu mereka tak percaya pada kita, kita ni jahat dan macam2lah..Apa susahnya Hairie nak cari makan, jumpa je Anwar Ibrahim ke, Nik Aziz ke, Lim Guan Eng ke, Lim Kit Siang ke, Tian Chua ke...hebat hebat belaka, mesti mereka boleh tolong.

    ReplyDelete
  7. bagus jugak kalau tiada jemputan ceramah...kurang dosa mengumpat dan memfitnah org..patutlah bila anak besar x jadi org...hasilnya dari sumber yg diragui diberi makan untuk keluarga...

    ReplyDelete
  8. Pergi selatan ke Utara dan Barat ke Timur rupanya bukan nak perjuangkan Islam.......nak masyukkkkk rupanya.Bila salah tafsir......amekaw!!!!Niat tak ikhlas dan suci.Niat bermotif keduniaan.Baik jumpa Bang Non terus mintak dicalunkan jadi wakil rakyat atau wakil Parlimen.Ni kan pekung sebenarnya kau masuk politik dah terbongkar.Dah puloq tu bila berkempen,buruk2kan pihak lawan.Semua ketua kau setaraf dengan wali2 dan pemimpin BN kau tarafkan sama dengan setan.Hati manyak musuk mahhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi jamu anak isteri makan itu duit fitnah olang sana sini ma..

      Delete
  9. Kt tempat sy ustaz PAS, punya lah taksub dan bencikan org UMNO seperti bencikan syaitan. Mereka suami isteri kerja dgn kerajaan, Isterinya pergi melanjutkan pengajian di UK atas tajaan IPTA kerajaan. Bertenggek di masjid smbil hisap rokok daun, angkt sebelah kaki sambil asap di kepul2kan.. menanam benci sgt2 pd UMNO dilkalangan anak khariah, kdg2 memaki dan mencarut..

    inilah penipu2 akhir zaman. PAS lebih busuk dr UMNO krn mrka pakai topeng Islam tp mereka buruk dan keji tidak amanah pd Islam, hanya ambil untung kekayaan dunia, jiwa meraka sakit dan membenci sesama suadara Islam yg Allah perintahkan!

    Bukan rekaan tp itulah hakikat dlm PAS. org baru nk kenal akan jd taksub.. tp org berilmu akan kenal siapa PAS. Perosak dan MUNAFIK;

    ReplyDelete
  10. dia nak cari duit bukan keperluan sgt nak enjoy scuba diving,,,aku lamadah dlm pas tak pernah pikiaq nak cari makan dgn pas pun

    ReplyDelete
  11. Orang PAS depan rumah saya di kampung di Trg masa umurnya sekitar 40an berzina dengan anak kawan PAS jugak sampai dapat anak. Nenek saya yang cerita kisah ni bila saya dah besar. Sekarany anak zina tu dah besar panjang. Orang tu pun dan tua umur hampir 70thn tapi sampai sekarang penyokong tegar PAS. Apa apa bantuan UMNO semua balun.

    ReplyDelete
  12. Rezeki di tangan Allah..bukan di tangan PR...haha...

    ReplyDelete
  13. HAIRIE,LU KENA BEB !!! HAHAHAHA..AKU DH CKP DH MACAI PAKATAN MEMANG IQ RENDAH..TU LA..DULU KAMI DH NASIHAT,JGN IKUT PAKATAN HARAM..DIORANG NK GUNAKAN KAU JE..TP KO TAK PERCAYA..KAU BANTAI KERAJAAN MCM2..BALASAN TUHAN LA NI..KALAU TAK DPT CERAMAH,PEGI LA CARI KERJA..BYK KERJA KT MSIA NI..TU T/JAWAB KAU PADA KELUARGA KAU..BUKAN PAS YG TENTUKAN REZEKI KAU..JGN JADIKAN ALASAN KAU TAKDE DUIT..SATU LG AKU NK BGTAU..MELAYU HIDUP SUSAH BUKAN SBB BN..TP MELAYU SENDIRI YG MALAS..TERUTAMA MELAYU HAPRAK PAKATAN..

    ReplyDelete
  14. Kat tempat aku. Blok 16 green valley park bandar tasik puteri rawang. S/u surau.. Mohd zakry... Bekerja di bskl.. Kerjanya mencaci cela pemimpin umno dan hebahkn di whatsapp.. Walau dah haji tp perangai dan bahasanya kasar sbg org muslim. Sedeh arrr

    ReplyDelete
  15. yg di kejar tak dapat, yg di kendong hilang berciciran...padan muka!...kehkehkeh.

    ReplyDelete
  16. Kerajaan x zalim...cousin2 aku 5 org dah senang dan ada dah jadi jutawan, mula2 pi kursus MARA dll...lepas tu diaorang berniaga. Semua Kerajaan dah sediakan segala kemudahan, tinggal kita gunakan saja. Tulah orang Melayu malas, harap semua nak kena suap, ckp kerajaan yang bukan2. Cuba jadi Melayu yang proaktif sikit.

    ReplyDelete
  17. Yang mana benci sangat dgn.pimpinan Islam..wasiatkan sekali,bila mati inginkan org.parti yang disokong menguruskan jenazah sampai keliang lahat,jangan diri tu mengaku tuhan kemudian keluarga rayu puak masjid untuk uruskan jenazah.wasiatkan dulu,jangan lupa.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...