Kegagalan Barisan Nasional Kelantan selama empat penggal berturut-turut untuk menawan negeri itu daripada Pas telah memaksa Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Sri Mustapa Mohamad melakukan transformasi didalam kepimpinan negeri yang diterajuinya itu.
Mustapa ketika ditemui pemberita hari ini berkata "Kita rasa sudah tiba masanya, perubahan dilakukan keatas Umno negeri memandangkan situasi politik hari ini benar-benar mengharapkan kemenangan BN disetiap kawasan yang ditandingi, walau sebelum ini sudah banyak perubahan dilakukan namun tidak memberikan apa-apa kesan yang boleh dibanggakan"
"Kali ini kita akan memulakan satu pendekatan baru kerana saya fikir sudah tidak ada lagi cara lain yang boleh mengubah persepsi rakyat Kelantan terhadap Umno selain memisahkan pimpinan Umno dengan 'projek', setiap projek atau pembangunan yang dibawa ke Kelantan tidak lagi diberikan kepada orang perseorangan atau pemimpin parti seperti yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya keuntungan daripada projek yang dimajukan itu akan disalurkan bagi dana parti dalam usaha untuk meneruskan kesinambungan perjuangan parti sekaligus membela nasib rakyat".
Menurut Mustapa lagi, sudah lama parti memberi peluang kepada pemimpin, kali ini biarlah pemimpin pula memberi peluang kepada parti, beliau juga berharap seluruh pemimpin dan ahli Umno bersetuju dengan pendekatan itu jika benar pemimpin Umno ikhlas berjuang demi agama, bangsa dan negara, oleh itu kita perlu membuktikan kata-kata kita itu bukan sekadar retorik.
"Tidak selamanya Umno akan terus relevan jika kita mengamalkan dengan cara yang sekarang ini, parti nak bergerak tak boleh, peruntukkan tidak mengcukupi, ramai jentera-jentera yang membantu terpaksa diabaikan kerana kita tidak mempunyai kewangan yang secukupnya, selalunya bila hampir dengan PRU barulah pemimpin nampak muka dan turun padang, perkara ini telah menjemukan rakyat".
"Sebaliknya jika keuntungan projek itu disalurkan kepada parti, parti akan punyai kewangan dan tidak akan kedekut untuk mengeluarkan perbelanjaan diatas perkara yang boleh membawa kebaikkan kepada parti, selain itu bantuan-bantuan secara berterusan kepada rakyat juga akan dapat diberikan sepanjang masa dan bukan hanya sewaktu hampir pilihanraya semata-mata".
Terkejut sakan kaki projek membacanya, apapun kaki projek masih boleh menarik nafas lega kerana pahlawan mereka tidak seberani itu untuk melakukan perubahan, itu hanyalah rekaan dan gambaran jika seseorang pemimpin itu ikhlas berjuang dan lebih mementingkan parti daripada kepentingan peribadi, kalau ianya boleh membawa kebaikkan kepada parti tak salah untuk pemimpin berkorban.
Tapi berapa orang pemimpin Umno Kelantan yang ada hari ini sanggup untuk berkorban?, sebenarnya jika keuntungan projek tidak diberikan kepada individu (individu/pemimpin hanya makan gaji mengurus) sebaliknya diberikan kepada parti untuk bergerak dan membantu rakyat, ia jauh lebih baik, rakyat pasti akan undi BN, Umno pasti bertambah kuat, tiada politik wang, tiada kepentingan dan tiada perebutan jawatan. Kalau hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Ini tidak, bercakap berdegar-degar memperjuangkan agama, bangsa dan negara, tapi degaran itu semua hanya masa hampir pilihanraya kerana nakkan undi, habis pilihanraya, usahkan rakyat, jentera, penceramah pun tidak lagi dipedulikannya, lepas tu nak suruh orang Kelantan sokong ? bila kalah bikin idea cadangkan nak buat undi pos kepada pengundi diluar Kelantan, mahu tidak dibenci rakyat! sepatutnya pemimpin tu perlu berubah biar rakyat betul-betul yakin, barulah mereka akan sokong.
Orang Kelantan ni bukannya bodoh, tengok masa PRU11 yang lalu, masa imej Pak Lah dilihat bersih dan digambarkan dengan 'Mr Clean', Pas hanya mampu memerintah Kelantan dengan kelebihan satu kerusi, disitu bukti rakyat Kelantan nakkan perubahan, dan perubahan mereka bergantung kepada perubahan pemimpin, kalau pemimpin dan konco-konconya macam penyangak, macammana rakyat nak sokong?
Pemimpin yang memang terkenal dengan rembatan puluhan juta duit fakir miskin pun rakyat Kelantan boleh maafkan jika benar-benar nampak berubah dan meyakinkan rakyat, buktinya pemimpin itu menang pada PRU13 yang lalu walaupun dengan majoriti yang kecil. Jadi sedarlah apa sebenarnya yang rakyat mahukan. Cukuplah beretorik dengan ikhlas berjuang demi agama, bangsa dan negara, kerana rakyat tak buta dan masih waras untuk berfikir dan menilainya.
Teringat kata-kata Najib masa last datang ke Kelantan sebelum PRU13, katanya "Kalau tahun ini tak tukar jugak saya tak
tahu la bila lagi". Memang sampai bila-bila pun atau sampai kiamat pun takkan tukar selagimana pemimpin tak berubah, kalau orang luar Kelantan tahu sikap sebahagian pemimpin BN Kelantan yang sebenar, pasti selepas ini anda tidak lagi akan memandang serong kepada rakyat Kelantan. Kerana pilihan mereka itu adalah terpaksa....Anda Mampu Mengubahnya.
Pengerusi Perhubungan perlu lebih berani melaksanakan kebaikkan, tunjukkanlah kecintaan anda kepada agama, bangsa dan negara itu melebihi kecintaan anda kepada kepentingan peribadi, berkorbanlah demi agama, bangsa dan negara. Kami yang ikhlas akan terus setia walaupun tanpa projek berjuta-juta.
pe la...ngaku pun pemimpin dpt banyak projek..persepsi da terbukti..pasal tu la org tak suka Umno lagi. kecewa tul aku bila baca artikel ni
ReplyDeleteapa la tok pa ni.dh bnyk pitih abih baru nk stop mcm2!
ReplyDeleteBanyak projek diKlaten dibawa ke Jeli. Kawasan lain tak dapat apa. Makna orang Jeli jah yang benar2 sokong UMNO, rakyat kawasan lain dop. Tok Pa pun tak snonoh juga, tak adil kepada rakyat jelata. Dia cuma mengenyangkan badut-badut keliling dia saja. Dalam bahasa lain, pemimpin setakat kapung sediri saja la, lepas gertak keretapi kuala nal, lepas bukit bunga orang tak pakai dah nama ni.
ReplyDeletebuat semula...bagi kemudahan pd hok sayang kat ko sajer...hok benci kat ko....bo layan...nama pengundi dan penyokong umno kan doh ader pada ketua cawangan...layan puok2 niihh dulu...
ReplyDeleteklu umno layan puok hok benci kat umno serupa macam puok hok sayang kat umno...baik kiter semua benci kat umno...kemudahan dapat macam penyokong umno jugok..
Bukan setakat memperkayakan parti sahaja tetapi mempertingkatkan kuasa ketua cawangan..semasa arwah abah saya jadi penghulu tahun 1978..mana-mana anak mukim perlu mendapat sokongan ketua cawangan bagi membolehkanya memohon jawatan dalam kerajaan. Manakala seseorang yang ingin diluluskan oleh pihak kerajaan, kerajaan menghantar pegawai penyiasat berjumpa ketua cawangan, baru diluluskan. Kalau buat macam ni.. parti akan berkuasa. Orang akan menumpang kuasa parti. Begitulah semasa Ku Li mula-mula jadi ahli Parlimen, Pendekatan itu telah diambil oleh PAS semasa dia memerentah..Dato Pha bukan tak tahu YDP Majlis Daerah Jeli semasa dia mula-mula jadi ahli parlimen Jeli dulu telah memberi amaran bahawa mana-mana penguat-kuasa Majlis Daerah Jeli ahli UMNO akan dipecat jika tidak masuk PAS.Cubalah fikir-fikirkan.
ReplyDelete