Negeri Kelantan kini menjadi semakin unik, selain tidak terbinanya lebuhraya kutip derma dengan rakyat, Lebuhraya maut pula siap terbina di Jeli, lebuhraya menuju ke gaung sedalam 50 meter ini dibina tanpa diketahui tujuannya yang sebenar, dan sehingga hari ini kita belum lagi mendengar penjelasan daripada Ahli Parlimen Jeli, Datuk Sri Mustapa Mohamad .
Samada ia dibina untuk mencipta projek bagi mendapatkan keuntungan kepada individu tertentu ataupun projek terbengkalai, ianya tidak pasti, mungkinkah projek ini dibina terlebih dahulu bagi mengelakkan peningkatan kos sekiranya ia dibina pada masa akan datang ? statusnya masih samar, soalnya adakah pembinaan ini satu keperluan utama rakyat ?
Kelemahan Tok Pa menerajui BN Kelantan semakin diperkatakan oleh ahli Umno sendiri, banyak berlaku penentangan terhadap beliau, Tok Pa juga dikatakan hanya membawa pembangunan di Jeli sahaja dan mengabaikan kawasan-kawasan lain, semua dakwaan itu kita lihat memang benar berlaku, tapi kita tidak tahu apa tujuan dan alasan beliau.
Bagi kita yang tidak memahami bahasa politik yang punyai kamusnya tersendiri hanya mampu tunggu dan lihat, apa yang jelas secara zahirnya Tok Pa adalah seorang pemimpin yang rajin, berdisiplin dan bersih dari apa jua skandal, namun bagi ahli Umno semua itu tidak cukup kerana mereka mendakwa ianya tidak bersifat menyeluruh dan hanya tertumpu kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja, sedangkan untuk menjadi seorang ketua ia perlu adil dan 'rata'.
Kebanyakkan mererka menganggap Tok Pa hanya layak menjadi ketua di Jeli namun tidak layak untuk mengepalai Umno di Kelantan,
Jika kita melihat kepada keputusan PRU13 lalu, dimana selain parlimen Jeli, Tok Pa turut bertanding di kerusi DUN Air Lanas dan menang dengan majoriti mungkin paling rendah dinegara yaitu 47 undi, bagaimanapun kerusi yang dimenanginya itu termasuk dalam 3 kerusi DUN yaitu Kok Lanas dan Selinsing yang akan difailkan petisyen pilihanraya oleh Pas.
Pada PRU13 lalu BN menang di DUN Kok Lanas dengan majoriti 169 undi manakala di DUN Selinsing 107 undi. Namun kemenangan tipis Tok Pa dikubu kuat dengan majoriti 47 undi selaku pemimpin yang mengepalai BN Kelantan seolah-olah memperlihatkan ada sesuatu yang tidak kena terhadap beliau.
Apakah yang dikatakan tidak kena itu juga seakan-akan menyerupai tidak kenanya dengan pembinaan lebuhraya maut tersebut. Sukar untuk diterjemahkan tanpa beliau sendiri yang memperjelaskannya. Anda Mampu Mengubahnya.
Jln lubuh raya Jeli-Dabong-Gua Musang ke tu? Projek diluluskan semasa Tun Abdullah ke tu? Nak cari isu tu..tengok-tengok le..nampak sangat...Nampak macam ke Grik...kot-kot jalan ke perkampungan org asli di Dalam Rual yang pembinaan berperingkat atau ke tempat tanaman di Raja...Kalau ke tempat tanaman di raja memang jalan setakat itu sahaja...saya dok litas gi-mari dari Kuala Balah-Jeli-Tanah Merah tak jumpa pun.. sebut la nama kampung.. Kalau kami la..jika Dato; buat jalan sekerat pun kami bersyukur..tahun depan minta sambung lagi..lama-lama sempurnala ia. Nak komen boleh..org kampung jalan tar sekeratpun telah meringan beban mereka..lain lah org Pasir Mas..Kota Bharu..angkuh..sombong kerana tempat mereka sudah maju.
ReplyDelete