Showing posts with label tok pa. Show all posts
Showing posts with label tok pa. Show all posts

Syabas Tok Pa! Macamnilah Baru Nampak Transformasi @Mustapa_Mohamed @NajibRazak

JELI - Syabas Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed, sebagai rakyat saya merasa bangga dengan tindakan segera (kurang 24jam)  oleh pihak Tok Pa berhubung laporan akhbar Sinar Harian mengenai sebuah keluarga di Kampung Cabang Kalai, Batu Melintang, dekat sini, menuntut janji wakil rakyat dan pemimpin setempat untuk menghulurkan bantuan atas kematian seorang ahli keluarga itu kini selesai.

Seorang ahli keluarga terbabit, Ibrahim Saat, 32, berkata, isu itu diselesaikan selepas kunjungan Nasir Awang, Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ke rumah mereka, semalam.

Menurutnya, pada kunjungan selama kira-kira satu jam itu, apa jua salah faham yang timbul berhubung janji tersebut telah pun dijernihkan dan perkara itu dianggap selesai serta tidak perlu dipanjangkan lagi.

“Mewakili seluruh ahli keluarga, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau (Nasir) kerana sudi hadir ke rumah kami dan beri penjelasan berhubung perkara tersebut" Katanya.

- Biarpun hal ini tidak berlaku kepada diri sendiri, namun rasa bangga diatas keprihatinan dan respon segera wakil pemimpin turut sama dirasai, sekurang-kurangnya dapat dijadikan 'modal bercakap' mengenai kecaknaan pemimpin BN serta kelebihan bagi golongan yang menyokong BN.

Biarlah selaku penyokong yang bertanggungjawab mengangkat kerajaan yang ada pada hari ini diberi kelebihan atau layanan yang berbeza dengan golongan penentang, apa ertinya sokongan rakyat kepada BN kiranya mereka tidak diberikan kelebihan bahkan kesusahan yang dialami langsung tidak dihiraukan.
DUNGUN – Akibat kesempitan hidup, seorang isteri terpaksa menjual bot gentian kaca milik suami untuk mendapatkan wang agar anak dapat meneruskan persekolahan.

Zaimah Abdullah, 53, berkata, sejak suaminya, Mohd Zam Ismail, 56, diserang strok mereka hilang tempat bergantung.

"Suami tidak lagi dapat ke laut menangkap ikan dan kami hilang punca pendapatan.

“Kami perlukan duit untuk buat belanja, nak tanggung kos perubatan suami yang sakit dan anak sekolah lagi," katanya.

Kata Zaimah, lima anaknya sudah berumah tangga dan hanya dua lagi yang masih bersekolah.

Dua anaknya iaitu Asyaratul Akmal, 19, bersekolah di tingkatan enam Sekolah Menengah Sultan Omar dan seorang lagi Mohd Shawalaudin, 17, di tingkatan lima sekolah sama.

"Duit hasil jual bot tempoh hari sudah habis buat belanja berubat suami," katanya.

Sehubungan itu, dia merayu pihak tertentu membantu mengurangkan beban kewangan mereka.

Kata Zaimah, suaminya sebelum ini ada membuat caruman insurans melalui koperasi nelayan dan menjadi ahli sejak 10 tahun lalu.

Setelah Mat Zam terlantar sakit, Zaimah melaporkan kes itu kepada pejabat koperasi di bangunan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Dungun bagi mendapatkan bantuan.

Namun setelah hampir setahun berlalu, dia kecewa kerana masih tidak mendapat maklum balas mengenai permohonannya itu.

Kejadian menimpa Mat Zam berlaku kira-kira jam 11 pagi Oktober tahun lalu ketika nelayan tradisional itu keluar menangkap ikan di tengah laut.

Katanya, ketika sedang menarik pukat atas bot, Mat Zam tiba-tiba rebah lalu tidak sedarkan diri sebelum mendapat bantuan daripada seorang rakannya yang turut berada di atas bot berkenaan lalu membawanya ke darat.

Sebaik sampai di daratan, Mat Zam dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Hospital Dungun selama tiga hari untuk rawatan lanjut.

Kes Mat Zam kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan dia terpaksa ditahan di wad sekali lagi selama 18 hari sebelum dibenarkan pulang.

"Selepas keluar daripada wad, suami lumpuh separuh badan termasuk bahagian tangan menyebabkan dia tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan," katanya.

Alasan Tukar Tok Pa Sebagai Pengerusi BN Kelantan Tidak Relevan

Gelombang Tukar Tok Pa semakin kuat, ada sebahagiannya sudah mula mengzahirkan hasrat berkenaan secara nyata, ada secara sinis, namun dikatakan masih ramai juga yang berpendirian tunggu dan lihat.

Pada pendapat anda, relevankah alasan-alasan seperti 1 hingga 6 dibawah untuk menafikan kelayakkan Datuk Sri Mustapa Mohamad sebagai Pengerusi UmnoBN Kelantan ?, secara peribadi saya berpendapat alasan tersebut sebenarnya adalah membuktikan dimana beliau merupakan orang yang benar-benar layak, dengan pengalaman serta jawatan-jawatan yang dipikul itu adalah satu kelebihan untuk beliau terus mengepalai BN di Kelantan.

Namun jika ada mana-mana pemimpin yang ingin diketengahkan itu lebih layak dari beliau apalah salahnya untuk diberikan peluang, persoalannya siapakah yang lebih layak dari beliau ? Setakat ini kita belum nampak lagi orang yang lebih layak, asas yang utama adalah orang yang jujur dan amanah, bukan dikalangan penyonglap, itu paling penting, dan sudah terbiasa dan terbukti telah memiliki kuasa (spt Menteri dan Pengerusi BN) dan berpeluang untuk menyonglap tapi tidak sekali-kali melakukannya.

Itulah sebenar-benar orang yang jujur, kita faham jujur dan amanah belum cukup untuk diiktiraf layak tanpa memiliki muslihat politik keatas pihak lawan, dari segi taktikal dan berani membuat keputusan juga perlu ada, tapi sebagai manusia biasa kita juga perlu akur kepada kelemahan dan kekurangan seseorang, tidak ada yang sempurna, maka yang lebih baik adalah kita memperbaiki yang sedia ada serta mengekalkan perpaduan sesama sendiri dan menghapuskan penjahat yang sebenar-benarnya terutama penyonglap.

Isu mempertikaikan Tok Pa ini timbul selepas pengumuman nama calon PRU13 yang lalu, apa hubungkaitnya kita tak tahu, memang benar ada sebahagian calon yang tidak layak tapi direstui dan diketengahkan oleh beliau, sejak itu beliau mula dilabelkan sebagai 'penakut', disaat-saat akhir ada juga calon 'chipsmore', yang sebelumnya tiada nama tapi keesokannya ada, tapi takkanlah kerana itu penyokong yang ikhlas berjuang terus nak membuangnya ?

Apapun, jika dikatakan Tok Pa dikelilingi kabus yang tebal, yang adakalanya mungkin menutupi pandangan beliau untuk melihat pelangi yang indah selain diperdengarkan khabar-khabar yang baik belaka, ada baiknya jika penentang Tok Pa itu mengubah strategi dan bersatu sehati sejiwa dalam satu suara yang padu, tampil terbuka dengan diri sendiri, kemudian melaungkan satu perkataan yang sama yang boleh menggegarkan sekaligus mengcairkan kabus-kabus yang menutupi itu. (sedia berkerjasama)

Atau jika anda rasa anda punyai idea yang baik, cadangan yang bagus untuk dikongsikan bersama pemimpin, dan khuatir ia tak sampai kepada pemimpin disebabkan kabus yang tebal, bersatulah juga membuka satu ruang tertutup untuk diperbentangkan......., untuk membawa perkara yang baik, InsyaAllah ianya dipermudahkan  dan seharusnya mencuba.

Ini kerana dengan suara-suara sumbang yang berpecahan ia langsung tidak mendatangkan manfaat selain membuang masa, tidak ada ciri akan istiqamah, malah bila ada mana-mana pihak yang datang 'menggosok' ia akan mula layu dan rebah dipangku terisi dengan tidak seberapa, itu bukan nilai perjuangan, tapi itu adalah mencari kepentingan, kita tidak pernah takut untuk menyatakan kebenaran, cuma apa yang dihantar itu tidak menampakkan sebarang kebaikkan atau kejujuran untuk dikongsikan bagi kepentingan yang ramai, malah ia lebih bersifat peribadi tertentu.

Sedarlah, ditika bangsa lain bersatu dalam satu suara, kita masih gilakan kuasa idamkan projek berjuta-juta, menegur dan mengkritik pemimpin tidak bermakna membenci, jauh sekali untuk bersetuju menukar pemimpin yang jujur dan amanah selagimana belum hadir pengganti yang layak dan lebih cakna. Bagaimanapun ia juga tidak bermakna untuk membangkang hasrat hati sebahagian dari anda kerana hak kebebasan bersuara dijamin oleh perlembagaan. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Lebuhraya Rakyat Tidak Terbina, Lebuhraya Maut Di Jeli Ni Projek Siapa ?

Negeri Kelantan kini menjadi semakin unik, selain tidak terbinanya lebuhraya kutip derma dengan rakyat, Lebuhraya maut pula siap terbina di Jeli, lebuhraya menuju ke gaung sedalam 50 meter ini dibina tanpa diketahui tujuannya yang sebenar, dan sehingga hari ini kita belum lagi mendengar penjelasan daripada Ahli Parlimen Jeli, Datuk Sri Mustapa Mohamad .

Samada ia dibina untuk mencipta projek bagi mendapatkan keuntungan kepada individu tertentu ataupun projek terbengkalai, ianya tidak pasti, mungkinkah projek ini dibina terlebih dahulu bagi mengelakkan peningkatan kos sekiranya ia dibina pada masa akan datang ? statusnya masih samar, soalnya adakah pembinaan ini satu keperluan utama rakyat ?

Kelemahan Tok Pa menerajui BN Kelantan semakin diperkatakan oleh ahli Umno sendiri, banyak berlaku penentangan terhadap beliau, Tok Pa juga dikatakan hanya membawa pembangunan di Jeli sahaja dan mengabaikan kawasan-kawasan lain, semua dakwaan itu kita lihat memang benar berlaku, tapi kita tidak tahu apa tujuan dan alasan beliau.

Bagi kita yang tidak memahami bahasa politik yang punyai kamusnya tersendiri hanya mampu tunggu dan lihat, apa yang jelas secara zahirnya Tok Pa adalah seorang pemimpin yang rajin, berdisiplin dan bersih dari apa jua skandal, namun bagi ahli Umno semua itu tidak cukup kerana mereka mendakwa ianya tidak bersifat menyeluruh dan hanya tertumpu kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja, sedangkan untuk menjadi seorang ketua ia perlu adil dan 'rata'.

Kebanyakkan mererka menganggap Tok Pa hanya layak menjadi ketua di Jeli namun tidak layak untuk mengepalai Umno di Kelantan, 

Jika kita melihat kepada keputusan PRU13 lalu, dimana selain parlimen Jeli, Tok Pa turut bertanding di kerusi DUN Air Lanas dan menang dengan majoriti mungkin paling rendah dinegara yaitu 47 undi, bagaimanapun kerusi yang dimenanginya itu termasuk dalam 3 kerusi DUN yaitu Kok Lanas dan Selinsing yang akan difailkan petisyen pilihanraya oleh Pas.

Pada PRU13 lalu BN menang di DUN Kok Lanas dengan majoriti 169 undi manakala di DUN Selinsing  107 undi. Namun kemenangan tipis Tok Pa dikubu kuat dengan majoriti 47 undi selaku pemimpin yang mengepalai BN Kelantan seolah-olah memperlihatkan ada sesuatu yang tidak kena terhadap beliau.

Apakah yang dikatakan tidak kena itu juga seakan-akan menyerupai tidak kenanya dengan pembinaan lebuhraya maut tersebut. Sukar untuk diterjemahkan tanpa beliau sendiri yang memperjelaskannya. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Dr Asri Dan Tok Pa Sependapat: Nak Jadi Seorang Pemimpin Tak Semestinya Ulamak

KOTA BHARU - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan rendah diri mengakui ilmu agama yang dipelajari beliau tidak tinggi dan setanding dengan ilmu Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti yang didakwa oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Menurut Mustapa, untuk menjadi seorang pemimpin tak semestinya ia Ulamak, seorang pemimpin memerlukan ciri kepimpinan yang cemerlang dan bukannya hanya satu sifat sahaja.

Beliau berkata, diakui golongan ulama boleh memimpin tetapi apa yang berlaku di Kelantan pada masa ini, BN yakin boleh memberi kepimpinan lebih baik.

"Gabungan antara ulama dan umarak (pemimpin) itu kita mantapkan. Kita yakin ada barisan calon-calon mahu pun tokoh agama yang boleh kita tonjolkan.

"Yang pokoknya (penting) ialah membangunkan negeri perlu selari dengan agama dan kemajuan , buat perubahan, kemakmuran, perpaduan, dan agama itu penting tetapi bukan itu sahaja kerana banyak juga perkara lain," katanya dalam satu ucapan bersama jentera BN Kelantan disini.

Mustapa atau lebih mesra dengan panggilan Tok Pa oleh rakyat Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Sinar Harian bahawa PAS Kelantan mendakwa tiada seorang pun pemimpin Umno negeri yang ada kini berkelayakan memimpin Kelantan, apatah lagi mahu menggantikan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Amar dipetik sebagai berkata, pemimpin yang ingin mengganti atau mengambil alih kuasa kepimpinan sekarang haruslah seorang yang mampu untuk mentadbir negeri dan mempunyai pengetahuan ulama yang luas.

Mustapa yang juga Pengerusi BN Kelantan berkata, tidak semestinya ulama boleh memimpin dengan baik atau mungkin boleh untuk memimpin tetapi apa yang dimahukan parti itu adalah kepimpinan yang cemerlang.

"Ini bukan satu perkara baru, itu merupakan bahan kempen (PAS) sejak tahun 90-an lagi sampai sekarang.

"Rakyat Kelantan pada hari ini sudah mula bangkit dan inginkan perubahan kerana rakyat Kelantan tahu dalam mana-mana pemimpin dalam organisasi pun memerlukan banyak sifat kepimpinan, bukan satu sahaja," katanya.

Biarpun Tok Pa tidak digelar Ulamak atau Tok Guru, namun kenyataan Tok Pa itu dilihat selari dengan pendapat Ulamak, ini kerana Mantan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin juga berpendapat, ciri-ciri menjadi seorang pemimpin ia tidak semestinya seorang Ulamak, Islam tidak meletakkan syarat untuk menjadi seorang pemimpin ianya mesti Ulamak.
Jika ia seorang Ulamak yang sudah tidak berkemampuan darisegi kesihatan mahupun ilmu mentadbir, ianya tidak layak untuk dilantik menjadi pemimpin, Pemimpin sebuah negeri tidak tertumpu kepada duduk di'balaisoh' atau berceramah semata-mata, lebih-lebih lagi ceramah Ulamak yang 85 peratus isi ceramahnya mengajak rakyat kepada Pas bukan kepada Allah.

Bukti gambar diatas turut menunjukkan pentadbiran negeri bukan sekadar punyai ilmu agama yang tinggi sahaja, pentadbiran memerlukan kerjasama dengan pihak luar dalam menjayakan sesuatu projek untuk membangunkan negeri, sudah pasti orang asing seperti diatas tidak tahu bercakap loghat 'Kelate', namun adakah Nik Aziz tahu bercakap 'Omputeh' ? Kalau tak tahu berdiri kat belakang je jadi 'tukang perati'.

Jika merasakan persolan mengenai adakah Nik Aziz tahu bercakap 'Omputeh' itu satu penghinaan kepada Nik Aziz yang memang tidak tahu bercakap 'Omputeh' itu, bagaimanapula dengan dakwaan Nik Amar yang mengatakan "tiada seorang pun pemimpin Umno negeri yang ada kini berkelayakan memimpin Kelantan" kerana disifatkannya tidak mempunyai ilmu agama setinggi Nik Aziz. Anda Mampu Mengubahnya.

Saman Pertama Tok Pa Terhadap Husam Petanda Awal Kemenangan BN Di Kelantan

KOTA BHARU - Kebangkitan Barisan Nasional di Kelantan tampak jelas dan lebih yakin akan menguasai negeri itu selepas PRU 13 nanti, seakan mendapat suntikan baru, pemimpin BN kali ini dilihat lebih bertenaga dan tidak 'medu' seperti sebelumnya.
 
Tindakan agresif yang dibuat oleh nakhoda BN negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dengan memberi tempoh 48 jam kepada pemfitnah beliau yang juga Exco Kerajaan Pas Kelantan Datuk Husam Musa, menguatkan lagi semangat jentera BN sekaligus ia boleh membuka mata rakyat yang selama ini tertutup dengan melihat hanya Husam yang sentiasa tampil menyaman.
 
Husam dalam satu dakwaan beliau menyebut kononnya Mustapa telah memberi percuma 400 lot saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) kepada setiap ketua Umno bahagian negeri ini. Dakwaan itu dibuat ketika berucap melancarkan gerakan 'K' kekalkan negeri Kelantan di Machang pada 23 Mac lepas.

Diatas dakwaan fitnah itu, Mustapa telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis tuntutan maaf dan memberi tempoh 48 jam kepada Husam untuk berbuat demikian.

"Kita akan hantar dalam tempoh terdekat surat berdaftar kepada Exco kerajaan negeri ini (Husam), portal harakahdaily.net iaitu ketua pengarang dan pengarangnya, kerana mengeluarkan dan menyiarkan kenyataan yang menjejaskan kredibiliti dan imej saya, saya pandang berat perkara ini," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dalam ketegasan sama Mustapa selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang selama ini hanya berdiam diri apabila difitnah turut memberi peringatan sekiranya dalam tempoh 48 jam itu, Husam tidak memohon maaf, peguam beliau akan memfailkan saman fitnah dan tuntutan di mahkamah tinggi.

"Ini adalah satu perkara yang perlu untuk menjaga maruah dan kredibiliti diri saya, saya memimpin kementerian ini (MITI) empat tahun dan berbuat yang terbaik, saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut," katanya.

Kali ini nasib Husam terus terumbang-ambing, ura-ura nak lari bertanding di Putrajaya entah apakah perkembangannya, namun dikhabarkan tindakan Husam untuk mendapat perhatian dan meraih populariti itu tidak dilayan dek terselam dengan isu yang lebih besar, apakan daya, semua langkahnya tidak menjadi sepertimana semua projeknya. Anda Mampu Mengubahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...