Showing posts with label umno kelantan. Show all posts
Showing posts with label umno kelantan. Show all posts

Penyonglap Sebenar Jentera Siber BN Kelantan Terbongkar, Terima Kasih Datuk Pi

Isu penyonglapan wang peruntukkan jentera siber BN Kelantan pada PRU 13 lalu mencapai kata sepakat untuk didedahkan oleh beberapa blogger seperti Tenteramaya, KakirayauKB, KelateToday dan Tukarkelate akhirnya mendapat gambaran kedudukannya yang sebenar daripada Badan Perhubungan Umno Kelantan apabila mendapat campurtangan daripada Bendahari Umno negeri tersebut, Datuk Hanafi Mamat beberapa hari lalu sebelum  pihaknya menghubungi wakil team Kelantan Cyber Warriors.

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, kecaknaan beliau memandang isu penganiayaan terhadap jentera Umno ini sebagai satu isu yang serius dan perlu ditangani telah beliau buktikan dalam tempoh kurang dari tiga hari.

Selaku seorang pemimpin yang bertanggungjawab, kesibukkan beliau menguruskan permasalahan rakyat serta membantu golongan memerlukan dibulan yang mulia ini tidak menjadikan alasan kepada beliau untuk membiarkan jentera yang sedikit sebanyak membantu BN dianiaya tanpa pembelaan. Lantas beliau mengambil tanggungjawab itu dan sedaya upaya berusaha dalam menyelesaikannya.

Untuk itu kami ucapkan jutaan terima kasih diatas kecaknaan beliau dan sikap berterus terang pihak Perhubungan Umno Negeri Kelantan yang telah memberi kerjasama dengan baik kepada pihak kami. Dalam penjelasan yang dibuat, dimana peruntukkan sebanyak RM 30, 000 diakui telah diberikan atau diamanahkan kepada seorang individu yang dikenali sebagai Ezwan Abdulah (nak tengok gambar klik SINI) untuk diagihkan kepada jentera siber serta menampung perbelanjaan operasi tersebut.

Dimaklumkan, sebelum penamaan calon, individu berkenaan dikatakan meminta peruntukkan itu atas nama jentera siber serta menamakan beberapa orang blogger dan Facebooker di Kelantan,  jumlah peruntukkan sebanyak RM 26, 000 yang diminta itu kemudian diluluskan sebanyak RM 30,000 dengan dua kali pembayaran, RM 15,000 dibayar sebelum penamaan calon dan RM 15,000 lagi selepas penamaan calon.

Bagaimanapun peruntukkan tersebut tidak termasuk dengan peruntukkan yang diberikan oleh agensi dan lain-lain, buat masa ini peruntukkan daripada agensi tidak dapat didedahkan diatas faktor-faktor yang tertentu. Namun dengan jumlah peruntukkan RM 30,000 itu pun ianya sudah dapat dicongak berapa yang dibelanjakan untuk operasi siber dan berapa pula yang disonglap.

Sikap sebegini tidak patut ada dalam diri manusia yang punyai maruah, ia langsung tidak menghargai kesungguhan UmnoBN Kelantan menawan negeri tersebut, bahkan ramai antara kita yang tidak mengetahui situasi sebenar berkaitan Umno Kelantan dan menganggap pemimpin Umno Kelantan sebagai 'kupit' atau kedekut dan mementingkan diri sendiri serta kroni, sedangkan mereka sudah sedaya upaya melakukan yang termampu tapi disebabkan ada segelintir yang tidak mengenal erti perjuangan sanggup menyonglap duit yang diperuntukkan buat rakan-rakan sendiri.

Andainya perkara ini tidak didedahkan, mungkin orang tidak tahu dan menganggap pemimpin Umno yang songlap, mustahil tiada peruntukkan untuk jentera, dan kemana peruntukkan tersebut ? Jadi disini jelas bahawa peruntukkan telah diberikan, tapi ianya disonglap oleh rakan kita sendiri, tiada kaitan dengan pemimpin Umno. Cuma dimasa akan datang kita tengoklah samada individu yang punyai rekod 'songlap' ini diberi kepercayaan lagi ataupun tidak, jika diberikan lagi, barulah kita boleh kata pemimpin Umno ni pun 2X5 juga dengan penyonglap.

Justeru perkara ini sudah jelas, sama-sama kita mengambil iktibar darinya, apapun kami mengharapkan pihak Umno Negeri dapatlah membantu mereka yang telah dianiayai agar sambutan hari raya mereka tahun ini bermakna sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, dan kami anggap meminta apa yang sepatutnya diterima itu jauh lebih mulia daripada menyonglap, bersihkan Umno dari penyonglap. Anda Mampu Mengubahnya.

Datuk Pi boleh bagi respon sebab Datuk Pi tak buat kerja songlap macam ni,  tapi kalau buat, yang tak besar dan bukan Datuk pun tak berani.....

Lihat! Kenapa Anak Johor Kata: "Jika Lebih Lama Lagi Kami Kat Kelantan, Tak Mustahil Kami Sokong Pas"

Pendedahan siri 1 dan 2 yang dibuat oleh beberapa buah blog team Kelantan Cyber Warriors (KCW) yang dilaporkan telah menjadi mangsa virus 'kencing tikus' difahamkan akan memasuki siri yang keseterusnya dimana pendedahan lebih terperinci akan dipertaruhkan oleh mereka. Pendedahan terbaru dibuat oleh anak kelahiran Johor yang merupakan salah seorang penulis di blog 'KelateToday' yang turut membantu jentera cyber BN Kelantan pada PRU 13 yang lalu. Antara luahannya seperti berikut:

Jika sebelum ini kami selaku orang luar sering terfikir kenapa Barisan Nasional begitu sukar untuk mengambil alih pentadbiran daripada Pas Kelantan, namun kini kami sudah punyai jawapan dari apa yang pernah kami fikirkan itu, dan anda semua usah berasa hairan dengan situasi berkenaan kerana sampai bila-bila pun BN tidak akan mampu untuk tawan negeri Kelantan jika masalah penyelewengan seperti yang berlaku sebelumnya itu gagal diselesaikan. 

Pengalaman kami di Kelantan sangat mendukacitakan, mungkin jika lebih lama lagi menetap disana dan berhadapan pula dengan sikap beberapa kerat sebagaimana individu yang diamanahkan untuk menjaga team media ini, tidak mustahil kami juga akan menjadi antara salah seorang dari penyokong Pas. Baca selanjutnya diSINI

Terdahulu blog TenteraMaya dan blog KakirayauKb turut membongkar mengenai isu yang sama dan dilihat kali ini hampir 'menjerlus' kepada sasaran, pendekatan mereka yang lebih berhati-hati sebelum mereka membongkar bukti secara keseluruhannya kerana mereka beranggapan selepas segala bukti didedahkan, tidak akan ada mana-mana pihak yang cuba menyalahkan mereka kerana masa yang diberikan kepada individu berkenaan supaya tampil menjelaskan perkara yang dibangkitkan itu sudah mengcukupi.

Kami sudah ada hitam putih sebagai statut untuk membuktikan bahawa kami benar kerana kami sudahpun bersemuka dengan 'penyumbang' dana tersebut untuk kepastian. Actualky, kami bukan jenis sondol macam kerbau rodeo sebab kami tahu dia seorang yang licik dan pantang tengok $$$.

PEMBONGKARAN MODUS OPERANDI:

- Kenapa la dia nak control semua peruntukan sampaikan salah seorang blogger, iaitu KELATE TODAY hanya dapat sejumlah amaun yang hanya cukup-cukup untuk membeli tiket bas untuk pulang ke kampung halamannya di Johor Bharu. Patut ke macam tu? Berbaloi ke?

- Sejumlah wang peruntukan yang telah dapat sebanyak ** telah dibelanjakan untuk membeli gadget tambahan (laptop, printer?) dan telah habis sebanyak %%. Aku tak kisah kalau nak beli benda yang berguna tapi apa yang peliknya, jumlah %% dia tak declarekan pada 'penyumbang' dan mana menghilang semua gadget-gadget tersebut sebaik tamatnya tarikh pilihanraya umum? 

Tidakkah itu semua hak 'penyumbang' dan perlu dikumpulkan untuk diserahkan semula. Takkan pisang berbuah dua kali? Benda yang sama pernah terjadi semasa PRN Sarawak lepas. (Sumber dalaman).

 Ini bukan amaran atau ugutan, sebelum muka awak terpampang dilaman-laman blog dan permanent menjadi maklumat di Google, Disyorkan supaya awak tampil beri penjelasan dan buktikan bahawa awak itu tak bersalah supaya semua Cybertroopers dan barisan pemimpin Kelantan tahu siapakah E***** A******* dan siapa berada dilandasan betul. 

Ini bukan cakap kosong dan ini bukan olok-olok seperti dialog percakapan dia. SATU saja kami mohon, sila tampil dan jelaskan satu persatu apa yang patut dijelaskan. Selanjutnya baca diSINI dan juga diSINI.

Umno Kelantan & Revolusi ABC - Asal Bukan Contractor

Revolusi keatas saf kepimpinan Umno di Kelantan seharusnya dilakukan jika ahli-ahlinya ingin terus melihat parti itu kekal relevan dan benar-benar berguna kepada bangsa Melayu secara keseluruhannya. Revolusi ini penting kerana umum boleh melihat bagaimana yang berlaku didalam Umno sekarang ini.

Perjuangan yang dilaungkan demi agama, bangsa dan negara itu cuma retorik belaka, perjuangan mereka yang sebenar adalah demi projek, kantung sendiri dan juga kroni, jelas kalau dilihat antara pertandingan dalam PRU dan pertandingan merebut jawatan didalam Umno, mereka lebih menumpukan untuk kemenangan pertandingan merebut jawatan didalam Umno, malah tidak keterlaluan jika dikatakan mereka sanggup menyimpan sebahagian wang peruntukkan PRU semata-mata untuk digunakan bagi memenangi jawatan didalam Umno. Amalan itu hanya menguntungkan pemimpin tertentu semata-mata, tanpa disedari amalan itu jauh tersasar dari matlamat dan perjuangan Umno yang sebenar.

Dalam pada itu, beberapa hari lalu, kami ditemui oleh kumpulan dan beberapa individu tertentu yang juga merupakan antara orang penting kepada Umno Kelantan, dimana rata-rata mereka melahirkan kekecewaan dengan apa yang berlaku didalam Umno serta buntu memikirkan formula bagi memulihkan keperibadian Umno supaya ianya kembali terpimpin oleh pemimpin-pemimpin yang berkaliber dan benar-benar menjiwai roh perjuangan Umno.

Kebimbangan yang disuarakan mereka mempunyai asas yang kukuh, kebanjiran kontraktor pelbagai kelas didalam kepimpinan Umno sangat merisaukan, perebutan jawatan didalam Umno terus berlaku hanya semata-mata untuk mendapatkan habuan projek dan bukannya untuk memperjuangkan dasar parti, dan jika secara berterusan 'kaki projek' mengepalai bahagian-bahagian Umno sekaligus menutup pintu untuk golongan akademik atau cerdik pandai dari menyertai Umno, bayangkanlah sejauhmana hayat Umno mampu bertahan.

Sedang UmnoBN kini berhadapan dengan pembangkang yang kuat yang mempunyai barisan kepimpinan muda yang mempunyai idea dan kreativiti dalam mengukuhkan parti masing-masing, pemimpin muda pembangkang menguasai isu dan lantang berhujah dengan merobek minda-minda golongan anak muda untuk lebih terarah kepada menyokong pembangkang.

Sebaliknya didalam Umno, selain mengekalkan pemimpin 'berkematu', sebahagian besar pelapis mudanya yang benar-benar berkaliber tidak mampu untuk bersaing dengan parasit projek, mereka dicantas gugur sebelum berjuang, akhirnya yang menguasai Umno hari ini sebagaimana yang dapat disaksikan dikawasan masing-masing dalam konteks Umno dinegeri Kelantan.

Difahamkan pemimpin bahagian dalam Umno kaku dan tidak memberi sumbangan yang besar bagi membantu UmnoBN menawan Kelantan pada PRU 13 yang lalu, yang ketara diperkatakan yaitu dari bahagian pemuda, kebanyakkan ketua pemuda dan naib dikatakan tidak mempunyai ilmu berpolitik serta tiada idea dan kewujudan mereka langsung tidak memberi apa-apa kesan yang boleh membantu UmnoBN mencapai sasaran kemenangannya di Kelantan.

Malah, orang diluar Umno seperti NGO pula dilihat lebih banyak membantu untuk memenangkan BN, kegagalan pemuda berfungsi sewaktu PRU perlu dikaji dan diberi perhatian, untuk apa ia ada jika gagal berfungsi? Apa yang diinginkan daripada pemimpin muda ini adalah sumbangannya kepada parti, tidak kiralah sumbangan itu dari segi material, idea atau ilmu yang boleh ditumpang oleh ahli Umno khasnya dan rakyat amnya.

Kami memperkatakan hal ini daripada kefahaman kami terhadap penjelasan yang diberikan serta celik butir mata melihat situasi yang berlaku, kalau pemimpin muda gagal menyumbang kepada parti sedangkan parti telah menyumbang jambatan, jalan dan projek-projek bangunan kepada mereka, apa lagi yang mereka mahu ? Mereka menumpang, tapi mereka sendiri tidak boleh ditumpang. Mungkin belum sampai masanya lagi untuk kita menyebut nama-nama mereka satu persatu.

Apapun bermuhasabahlah, dan renungkanlah, UmnoBN ni sebenarnya hak siapa ? Hak pemimpin kaki projek ataupun hak seluruh ahlinya ? Ini penting dan perlu bagi semua yang benar-benar berjuang diatas landasan parti sedar dan wajib melakukan perubahan. Perubahan bukan hanya untuk ia tertiti dibibir, tapi perubahan yang wajib dilaksanakan sebelum Umno berkubur.

Justeru, seruan semboyan revolusi kebangkitan Melayu Umno Kelantan makin menghampiri, maka perjuangan ABC - Asal Bukan Contractor wajib diteruskan bagi mengembalikan semangat perjuangan Umno sejati kepada pejuang Umno yang tulen. Hanya sejati dan tulen tanpa mengharapkan projek sahaja yang mampu mengembalikan kegemilangan Umno dimasa lampau. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

Ketua UMNO Bahagian Yang Gagal (PRU13) Di Kelantan Di Desak Berundur Secara Terhormat !

Apa pendapat anda tentang kenyataan yang terdampar pada kain rentang diatas ? Adakah anda bersetuju dengan pendapat berkenaan ? Anda sememangnya punyai hak untuk bersetuju atau tidak bersetuju bergantung kepada apa yang berlaku disekeliling anda.

Namun mungkin pendapat berkenaan sangat sesuai untuk sesetengah bahagian tapi mungkin juga kurang sesuai kepada bahagian-bahagian yang lain, ini kerana, bahagian-bahagian yang gagal untuk menyumbangkan meskipun hanya satu kerusi pada PRU13 yang lalu tidak boleh diletakkan 100peratus kesalahan tersebut kepada ketua bahagian semata-mata, malah, ahli dan jentera juga turut bertanggungjawab dengan kegagalan itu.

Kita tidak nampak sebahagian pelapis yang ada hari ini lebih baik dari yang sediaada, jika pelapis yang ingin menggantikan itu ada yang lebih baik, teruskan, dan kiranya tidak mahu undur secara hormat, buat kiralah lagu-lagumanapun untuk mengundurkan secara tidak hormat.

Bagi kawasan saya, yang sediaada sudah baik, kita tidak tergamak untuk menentang orang yang baik dan sudah melakukan yang terbaik, cuma penambahbaikkan saja yang kita fikir perlu dilakukan, penambahbaikkan itu ianya hendaklah ada sifat 'berani', dengan sifat itu sahajalah yang boleh menjaminkan kemenangan dalam PRU14 nanti.

Maksud kepada berani itu adalah berani membuat keputusan, mengenalpasti masalah yang menjadi punca kepada kegagalan dan membuat keputusan dengan menghakiminya secara jantan,  tidak kiralah ia melibatkan anak beranak ataupun orang luar, kalau tetap penakut, maka bolehlah untuk berundur secara terhormat, kerana sifat kepimpinan itu tidak ada, dengan tidak adanya sifat kepimpinan itu ia membawa kemudaratan kepada yang ramai ataupun parti, oleh demikian WAJIB untuk ia berundur.

Hakikat yang sebenarnya perlu berundur secara terhormat adalah Penyelaras DUN yang bersikap 'koya' lebih pada Menteri, yang tidak 'koya' tu janganlah terasa, kerana kita bagitahu ni yang 'koya' sahaja. Kerana Penyelaras DUN ni sepatutnya menjadi orang penting untuk menarik minat rakyat menyokong BN bukannya menambahkan kebencian rakyat kepada BN.

Untuk menarik minat rakyat, adakah cara 'koya' 'tukat' langit seperti pemilik syarikat Berhad relevan untuk digunakan ? Pemilik syarikat dia nak angkuh pun tak apa, sebab itu syarikat dia yang buat, bukan dia dibayar gaji dengan duit rakyat,  pemimpin-pemimpun perlu sedar dan bezakan perkara ini, jangan sampai timbul dihati rakyat dengan kebencian sehingga sanggup untuk melakukan revolusi menggulingkan kerajaan semata-mata ingin melihat pemimpin angkuh itu disiasat, dihukum dan disumbat kedalam penjara.

Apabila dilantik sebagai Penyelaras DUN, ia mesti berkhidmat sebagai wakil rakyat, jika tak mahu berkhidmat sebagai wakil rakyat dengan alasan wakil rakyat sebenar yang dipilih oleh rakyat sedap duk makan gaji buta, maka Penyelaras DUN itu perlu meletakkan jawatannya supaya ia juga tidak makan gaji buta, soal wakil rakyat Pas nak makan gaji buta itu dia punya pasal, sebab walau dia makan gaji buta tapi dia boleh menang, kalau kita makan gaji buta kita pun boleh menang, ok takder masalah.

Yang menjadi masalahnya kalah, sedang kerajaan duk umum peruntukkan berjuta-juta bagi pada Kelantan, tapi BN tetap juga gagal menawan Kelantan, sehingga persepsi orang luar menganggap orang Kelantan tidak tahu berterima kasih, diberikan bermacam-macam bantuan tapi tetap juga memilih Pas sebagai kerajaan. Persolannya adakah bantuan itu telus sampai kepada rakyat ? Jangan-jangan duit PPRT pun tiris puluhan juta ditengah jalan.

Penyelaras DUN perlu mendekati rakyat dan berkhidmat dengan jujur lagi amanah, sebagaimana kata YAB Perdana Menteri, BN perlu pemimpin yang ada idea, isi dan keintelektualan yang boleh menterjemahkan agenda nasional menjadi kenyataan. Tapi jika dilihat kepada Penyelaras DUN yang ada sekarang ni, agenda nasional jauh untuk menjadi kenyataan melainkan agenda peribadi mengumpulkan kekayaan.

Dengan elaun, peruntukkan serta kuasa yang diberikan kepada Penyelaras DUN, apakah ianya dimanfaatkan sepenuhnya ataupun mempunyai KPI tertentu sepanjang perkhidmatan yang diberikannya ? Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

Video: Hentaman Bekas Pejuang-Pejuang UMNOBN Kelantan Dan Rintihan Veteran

Sejauhmana pemimpin Umno hari ini benar-benar ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan negara ? Persoalan ini penting supaya kita benar-benar mendapat jawapan itu berpandukan dengan keberadaan semasa pemimpin itu sendiri, dan sedikit sebanyak ia akan membawa kesedaran pada ahli dan penyokongnya sekaligus melakukan sesuatu demi menyelamatkan wadah perjuangan kepada orang Melayu daripada terus dirosakkan dengan perjuangan yang meletakkan kepentingan peribadi mendahului parti.

Melihat kepada hakikat yang berlaku, Umno sedang menuju kepada jalan kehancuran dengan ianya semakin terpimpin oleh pemimpin yang kebanyakkannya mempergunakan parti untuk mencari keuntungan pada diri sendiri, bilamana perkara itu berlaku bermulalah pertembungan sesama sendiri yang pada akhirnya akan merugikan parti.

Dalam pertembungan sesama sendiri itu pula, kebanyakkan (tidak semua) mereka yang tersingkir samada yang keluar parti atau masih bersama parti tapi menyendiri itu adalah mereka yang lebih ikhlas berjuang daripada yang terus berkuasa, ini pendapat peribadi, jika anda tidak bersetuju punyai pendapat lain sama-sama kongsikan, kerana madah perjuangan bangsa ini lahir bersama jatidiri, roh dan semangatnya, jika perjuangan itu bermatlamatkan mencapai hasrat peribadi, maka perjuangan yang dibawa sesebuah parti itu akan menjadi semakin tidak relevan dan akan luput ditelan zaman.

Itulah yang berlaku hari ini, tapi apabila Umno dikritik dek perbuatan pemimpinnya, ada suara sumbang yang mempertahankan dengan mengatakan pengkritik itu kecewa tak dapat projek dsbnya, so Umno menjadi terus hanyut, ramai yang takut untuk mengkritik bimbang akan dilabel sedemikian namun tidak ramai yang mempersoalkan samada apa yang dikritik itu benar berlaku atau sebaliknya.

Mungkin sebahagian ada benarnya pengkritik itu tidak ikhlas dan punyai kepentingan lain, contohnya mengkritik dengan harapan supaya individu atau organisasi yang dikritik itu dimusnahkan dan dia berpeluang untuk menggantikannya atau mendapat manfaat dari itu, tapi jika kritikkan supaya penambahbaikkan dilakukan, itu mungkin ikhlas dan pengkritik itu ingin melihat sesuatu yang lebih baik dilakukan demi kepentingan umum.

Dalam pemerhatian saya samada secara langsung atau rakaman, veteran, bekas pemimpin dan ahli Umno (orang lama) kebanyakkannya masih mempunyai roh semangat perjuangan Umno dalam diri mereka, sebab itu walaupun keluar atau tidak bersama UMNO, serangan dan kritikkan mereka lebih terarah kepada pimpinan parti bukan dasar parti, bila sebut saja perjuangan mereka lebih suka bercerita perjuangan dizaman mereka, perjuangan dizaman Datuk Harun, pemuda tahan lasak dsbnya.

Dalam nada sebak, kata mereka perjuangan dizaman itu adalah sebenar-benar perjuangan demi agama, bangsa dan negara, mereka tidak mengharapkan projek, malah harta mereka pun sanggup diwakafkan kepada parti, selain itu, semangat setiakawan, ikhlas, jujur dalam berkhidmat menjadikan Umno kuat dan tunjang kepada pentadbiran negara bersama didalam BN, itulah zaman kegemilangan Umno yang digambarkan sudah sukar untuk dikembalikan dan mungkin hanya tersemadi didalam lipatan bahan sejarah di arkib negara selepas PRU14 nanti.

Ini kerana pemimpin UMNO hari ini begitu angkuh dan dikatakan hanya mesra rakyat menjelang pilihanraya semata-mata, selepas itu, rakyat tidak dipedulikan lagi, usahkan rakyat, bekas pemimpin, veteran atau mereka yang sedikit sebanyak membantu BN pun tidak dihiraukan, apakah itu yang disebut perjuangan demi agama, bangsa dan negara. Sukar untuk generasi hari ini tertipu dengan retorik lapuk seperti itu. Apa yang diperjuangkan sebenarnya ? Apakah perlu untuk kita menyiasat apa sebenarnya yang diperjuangkan..... ?

Apa yang diperkatakan oleh sebahagian bekas pemimpin dan veteran UMNOBN Kelantan pada rakaman video dibawah seharusnya dikaji dan dicari pendekatan atau jalan penyelesaian oleh Pengerusi BN Kelantan agar kesatuan dan usahasama terjalin akrab dengan tidak meminggirkan 'orang lama' yang telah banyak berjasa kepada UMNOBN. Kerana jasa mereka jualah kesinambungan perjuangan itu dapat diteruskan oleh pemimpin angkuh pada hari ini.

Andainya semua pihak mementingkan diri sendiri, dengan mengabaikan masalah berkenaan, selepas pada ini 12 Jun 2013, bolehlah sama-sama kita melihat siapa pula yang akan mengikuti jejak ini, mustahil tidak ada, jika Setiausaha Perhubungan Negeri, Ketua Pemuda Negeri pun melalui jalan ini, ketua cawangan lagilah...

Oleh demikian kembalilah kepada persoalan pokok yaitu, sejauhmanakah pemimpin Umno hari ini benar-benar ikhlas berjuang demi agama, bangsa dan negara ? - Bersambung. Anda Mampu Mengubahnya.

Alasan Tukar Tok Pa Sebagai Pengerusi BN Kelantan Tidak Relevan

Gelombang Tukar Tok Pa semakin kuat, ada sebahagiannya sudah mula mengzahirkan hasrat berkenaan secara nyata, ada secara sinis, namun dikatakan masih ramai juga yang berpendirian tunggu dan lihat.

Pada pendapat anda, relevankah alasan-alasan seperti 1 hingga 6 dibawah untuk menafikan kelayakkan Datuk Sri Mustapa Mohamad sebagai Pengerusi UmnoBN Kelantan ?, secara peribadi saya berpendapat alasan tersebut sebenarnya adalah membuktikan dimana beliau merupakan orang yang benar-benar layak, dengan pengalaman serta jawatan-jawatan yang dipikul itu adalah satu kelebihan untuk beliau terus mengepalai BN di Kelantan.

Namun jika ada mana-mana pemimpin yang ingin diketengahkan itu lebih layak dari beliau apalah salahnya untuk diberikan peluang, persoalannya siapakah yang lebih layak dari beliau ? Setakat ini kita belum nampak lagi orang yang lebih layak, asas yang utama adalah orang yang jujur dan amanah, bukan dikalangan penyonglap, itu paling penting, dan sudah terbiasa dan terbukti telah memiliki kuasa (spt Menteri dan Pengerusi BN) dan berpeluang untuk menyonglap tapi tidak sekali-kali melakukannya.

Itulah sebenar-benar orang yang jujur, kita faham jujur dan amanah belum cukup untuk diiktiraf layak tanpa memiliki muslihat politik keatas pihak lawan, dari segi taktikal dan berani membuat keputusan juga perlu ada, tapi sebagai manusia biasa kita juga perlu akur kepada kelemahan dan kekurangan seseorang, tidak ada yang sempurna, maka yang lebih baik adalah kita memperbaiki yang sedia ada serta mengekalkan perpaduan sesama sendiri dan menghapuskan penjahat yang sebenar-benarnya terutama penyonglap.

Isu mempertikaikan Tok Pa ini timbul selepas pengumuman nama calon PRU13 yang lalu, apa hubungkaitnya kita tak tahu, memang benar ada sebahagian calon yang tidak layak tapi direstui dan diketengahkan oleh beliau, sejak itu beliau mula dilabelkan sebagai 'penakut', disaat-saat akhir ada juga calon 'chipsmore', yang sebelumnya tiada nama tapi keesokannya ada, tapi takkanlah kerana itu penyokong yang ikhlas berjuang terus nak membuangnya ?

Apapun, jika dikatakan Tok Pa dikelilingi kabus yang tebal, yang adakalanya mungkin menutupi pandangan beliau untuk melihat pelangi yang indah selain diperdengarkan khabar-khabar yang baik belaka, ada baiknya jika penentang Tok Pa itu mengubah strategi dan bersatu sehati sejiwa dalam satu suara yang padu, tampil terbuka dengan diri sendiri, kemudian melaungkan satu perkataan yang sama yang boleh menggegarkan sekaligus mengcairkan kabus-kabus yang menutupi itu. (sedia berkerjasama)

Atau jika anda rasa anda punyai idea yang baik, cadangan yang bagus untuk dikongsikan bersama pemimpin, dan khuatir ia tak sampai kepada pemimpin disebabkan kabus yang tebal, bersatulah juga membuka satu ruang tertutup untuk diperbentangkan......., untuk membawa perkara yang baik, InsyaAllah ianya dipermudahkan  dan seharusnya mencuba.

Ini kerana dengan suara-suara sumbang yang berpecahan ia langsung tidak mendatangkan manfaat selain membuang masa, tidak ada ciri akan istiqamah, malah bila ada mana-mana pihak yang datang 'menggosok' ia akan mula layu dan rebah dipangku terisi dengan tidak seberapa, itu bukan nilai perjuangan, tapi itu adalah mencari kepentingan, kita tidak pernah takut untuk menyatakan kebenaran, cuma apa yang dihantar itu tidak menampakkan sebarang kebaikkan atau kejujuran untuk dikongsikan bagi kepentingan yang ramai, malah ia lebih bersifat peribadi tertentu.

Sedarlah, ditika bangsa lain bersatu dalam satu suara, kita masih gilakan kuasa idamkan projek berjuta-juta, menegur dan mengkritik pemimpin tidak bermakna membenci, jauh sekali untuk bersetuju menukar pemimpin yang jujur dan amanah selagimana belum hadir pengganti yang layak dan lebih cakna. Bagaimanapun ia juga tidak bermakna untuk membangkang hasrat hati sebahagian dari anda kerana hak kebebasan bersuara dijamin oleh perlembagaan. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Lebuhraya Rakyat Tidak Terbina, Lebuhraya Maut Di Jeli Ni Projek Siapa ?

Negeri Kelantan kini menjadi semakin unik, selain tidak terbinanya lebuhraya kutip derma dengan rakyat, Lebuhraya maut pula siap terbina di Jeli, lebuhraya menuju ke gaung sedalam 50 meter ini dibina tanpa diketahui tujuannya yang sebenar, dan sehingga hari ini kita belum lagi mendengar penjelasan daripada Ahli Parlimen Jeli, Datuk Sri Mustapa Mohamad .

Samada ia dibina untuk mencipta projek bagi mendapatkan keuntungan kepada individu tertentu ataupun projek terbengkalai, ianya tidak pasti, mungkinkah projek ini dibina terlebih dahulu bagi mengelakkan peningkatan kos sekiranya ia dibina pada masa akan datang ? statusnya masih samar, soalnya adakah pembinaan ini satu keperluan utama rakyat ?

Kelemahan Tok Pa menerajui BN Kelantan semakin diperkatakan oleh ahli Umno sendiri, banyak berlaku penentangan terhadap beliau, Tok Pa juga dikatakan hanya membawa pembangunan di Jeli sahaja dan mengabaikan kawasan-kawasan lain, semua dakwaan itu kita lihat memang benar berlaku, tapi kita tidak tahu apa tujuan dan alasan beliau.

Bagi kita yang tidak memahami bahasa politik yang punyai kamusnya tersendiri hanya mampu tunggu dan lihat, apa yang jelas secara zahirnya Tok Pa adalah seorang pemimpin yang rajin, berdisiplin dan bersih dari apa jua skandal, namun bagi ahli Umno semua itu tidak cukup kerana mereka mendakwa ianya tidak bersifat menyeluruh dan hanya tertumpu kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja, sedangkan untuk menjadi seorang ketua ia perlu adil dan 'rata'.

Kebanyakkan mererka menganggap Tok Pa hanya layak menjadi ketua di Jeli namun tidak layak untuk mengepalai Umno di Kelantan, 

Jika kita melihat kepada keputusan PRU13 lalu, dimana selain parlimen Jeli, Tok Pa turut bertanding di kerusi DUN Air Lanas dan menang dengan majoriti mungkin paling rendah dinegara yaitu 47 undi, bagaimanapun kerusi yang dimenanginya itu termasuk dalam 3 kerusi DUN yaitu Kok Lanas dan Selinsing yang akan difailkan petisyen pilihanraya oleh Pas.

Pada PRU13 lalu BN menang di DUN Kok Lanas dengan majoriti 169 undi manakala di DUN Selinsing  107 undi. Namun kemenangan tipis Tok Pa dikubu kuat dengan majoriti 47 undi selaku pemimpin yang mengepalai BN Kelantan seolah-olah memperlihatkan ada sesuatu yang tidak kena terhadap beliau.

Apakah yang dikatakan tidak kena itu juga seakan-akan menyerupai tidak kenanya dengan pembinaan lebuhraya maut tersebut. Sukar untuk diterjemahkan tanpa beliau sendiri yang memperjelaskannya. Anda Mampu Mengubahnya.

PRU14 - Tok Pa! Berulang Lagikah Retorik 'BN Mampu Tawan Kelantan' ?

Mengimbau kembali sejarah keyakinan BN menawan Kelantan pada PRU 13 yang lalu, ianya satu peristiwa yang sukar dilupakan, sasaran awal 24 kerusi yang mampu dimenangi meningkat pada saat-saat akhir sehingga 30 kerusi, mood kemenangan ketika itu diraikan oleh jentera serta pemimpin BN dengan penuh bergaya.

Dalam keghairahan itu terdapat sesetengah pihak mula merasa puas dengan momentum tersebut, ada antaranya mengabaikan nama-nama pengundi luar yang diberikan, seakan segala usaha sudah cukup dan hanya bergantung harap kepada pihak tertentu terutamanya NGO yang dilihat berperanan penting dalam mengumpulkan golongan muda sekaligus membentuk badai yang seakan mahu menghempas Kerajaan Pas Kelantan.

Sudah menjadi lumrah, yang dekat dah jemu, yang jauh merindu, keadaan tersebut sedikit sebanyak menyentuh sensitiviti anak Kelantan diperantauan yang kebanyakkannya ber-mood rindu pada kampung halaman, minda perantauan mula tersentap seolah-olah tanah tumpahnya itu hendak dijajah orang, lalu kebangkitan semangat mereka untuk pulang menyelamatkan negerinya makin membara, sehinggalah pada malam pengundian dapat dilihat kebanjiran pengundi luar menghijaukan kebanyakkan jalan-jalan di Kelantan yang sebelumnya kebiruan dan kemerahan.

Akhirnya sayang seribu kali sayang, BN Kelantan sekali lagi gagal menawan, tetapi jika semua pihak mengambil tanggungjawab dengan sebahagiannya mendekati anak Kelantan dirantau orang, impian pasti akan menjadi kenyataan, pihak parti perlu sedar dimana tahap kemampuan NGO agak terbatas, mereka bergerak secara sukarela, mustahil untuk mereka lakukan semua perkara tanpa mereka dibantu.

Menyedari akan hakikat yang berlaku itu,  perubahan perlu dilakukan untuk sekali lagi memperdendangkan perkataan 'BN mampu menawan Kelantan', supaya peruntukkan biasa pilihanraya diteruskan seperti sebelumnya, soal kalah menang tu adat pertandingan, apa yang lebih penting ialah 'masyuk', amalkanlah selagimana rakyat mampu untuk menyara BN sebagai kerajaan persekutuan.

Cuma, jika BN benar-benar sedar dan ingin berubah, dicadangkan Pengerusi BN Kelantan supaya bersikap lebih 'jantan' secocok dengan jolokan pahlawan, tidak hanya tertumpu dengan idea-idea dan strategi tertentu yang telah diterjemahkan oleh rakyat sebagai gagal. Penambahan sedikit kerusi yang berlaku itu perlu diambil kira dalam semua aspek termasuk faktor calon dan bantuan rakyat 1Malaysia BR1M dsbnya.

Justeru, difikirkan Pengerusi BN Kelantan perlu mewujudkan satu saluran khas dimana semua pendapat umum boleh sama-sama dikongsikan, sebagai contohnya mewujudkan satu FB group tertutup yang boleh dianggotai oleh semua jentera, disitu mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak lagi idea-idea yang mampu disumbangkan bertepatan dengan kepelbagaian cara berfikir pengundi. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

Fasal 3 dibawah perlu benar-benar difahami oleh pimpinan Umno Kelantan supaya pencarian projek tidak terus menjadi agenda utama pemimpin sekaligus lupa kepada matlamat asas dan tujuan penubuhan Umno itu sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...