Penyonglap Sebenar Jentera Siber BN Kelantan Terbongkar, Terima Kasih Datuk Pi

Isu penyonglapan wang peruntukkan jentera siber BN Kelantan pada PRU 13 lalu mencapai kata sepakat untuk didedahkan oleh beberapa blogger seperti Tenteramaya, KakirayauKB, KelateToday dan Tukarkelate akhirnya mendapat gambaran kedudukannya yang sebenar daripada Badan Perhubungan Umno Kelantan apabila mendapat campurtangan daripada Bendahari Umno negeri tersebut, Datuk Hanafi Mamat beberapa hari lalu sebelum  pihaknya menghubungi wakil team Kelantan Cyber Warriors.

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, kecaknaan beliau memandang isu penganiayaan terhadap jentera Umno ini sebagai satu isu yang serius dan perlu ditangani telah beliau buktikan dalam tempoh kurang dari tiga hari.

Selaku seorang pemimpin yang bertanggungjawab, kesibukkan beliau menguruskan permasalahan rakyat serta membantu golongan memerlukan dibulan yang mulia ini tidak menjadikan alasan kepada beliau untuk membiarkan jentera yang sedikit sebanyak membantu BN dianiaya tanpa pembelaan. Lantas beliau mengambil tanggungjawab itu dan sedaya upaya berusaha dalam menyelesaikannya.

Untuk itu kami ucapkan jutaan terima kasih diatas kecaknaan beliau dan sikap berterus terang pihak Perhubungan Umno Negeri Kelantan yang telah memberi kerjasama dengan baik kepada pihak kami. Dalam penjelasan yang dibuat, dimana peruntukkan sebanyak RM 30, 000 diakui telah diberikan atau diamanahkan kepada seorang individu yang dikenali sebagai Ezwan Abdulah (nak tengok gambar klik SINI) untuk diagihkan kepada jentera siber serta menampung perbelanjaan operasi tersebut.

Dimaklumkan, sebelum penamaan calon, individu berkenaan dikatakan meminta peruntukkan itu atas nama jentera siber serta menamakan beberapa orang blogger dan Facebooker di Kelantan,  jumlah peruntukkan sebanyak RM 26, 000 yang diminta itu kemudian diluluskan sebanyak RM 30,000 dengan dua kali pembayaran, RM 15,000 dibayar sebelum penamaan calon dan RM 15,000 lagi selepas penamaan calon.

Bagaimanapun peruntukkan tersebut tidak termasuk dengan peruntukkan yang diberikan oleh agensi dan lain-lain, buat masa ini peruntukkan daripada agensi tidak dapat didedahkan diatas faktor-faktor yang tertentu. Namun dengan jumlah peruntukkan RM 30,000 itu pun ianya sudah dapat dicongak berapa yang dibelanjakan untuk operasi siber dan berapa pula yang disonglap.

Sikap sebegini tidak patut ada dalam diri manusia yang punyai maruah, ia langsung tidak menghargai kesungguhan UmnoBN Kelantan menawan negeri tersebut, bahkan ramai antara kita yang tidak mengetahui situasi sebenar berkaitan Umno Kelantan dan menganggap pemimpin Umno Kelantan sebagai 'kupit' atau kedekut dan mementingkan diri sendiri serta kroni, sedangkan mereka sudah sedaya upaya melakukan yang termampu tapi disebabkan ada segelintir yang tidak mengenal erti perjuangan sanggup menyonglap duit yang diperuntukkan buat rakan-rakan sendiri.

Andainya perkara ini tidak didedahkan, mungkin orang tidak tahu dan menganggap pemimpin Umno yang songlap, mustahil tiada peruntukkan untuk jentera, dan kemana peruntukkan tersebut ? Jadi disini jelas bahawa peruntukkan telah diberikan, tapi ianya disonglap oleh rakan kita sendiri, tiada kaitan dengan pemimpin Umno. Cuma dimasa akan datang kita tengoklah samada individu yang punyai rekod 'songlap' ini diberi kepercayaan lagi ataupun tidak, jika diberikan lagi, barulah kita boleh kata pemimpin Umno ni pun 2X5 juga dengan penyonglap.

Justeru perkara ini sudah jelas, sama-sama kita mengambil iktibar darinya, apapun kami mengharapkan pihak Umno Negeri dapatlah membantu mereka yang telah dianiayai agar sambutan hari raya mereka tahun ini bermakna sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, dan kami anggap meminta apa yang sepatutnya diterima itu jauh lebih mulia daripada menyonglap, bersihkan Umno dari penyonglap. Anda Mampu Mengubahnya.

Datuk Pi boleh bagi respon sebab Datuk Pi tak buat kerja songlap macam ni,  tapi kalau buat, yang tak besar dan bukan Datuk pun tak berani.....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...