The Battle NKPUM - Khairul Azwan Layak Ganti Posisi Razali Ibrahim

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia antara sayap kanan parti UMNO telah melalui pelbagai cabaran dan perubahan sejak ia ditubuhkan pada 1 dan 2 Mac 1947. Penubuhan sayap (jabatan) yang diputuskan ketika Persidangan Agung UMNO yang diadakan di Seremban bertujuan menarik minat golongan muda melayu untuk menyertai UMNO.

Walaupun telah melalui pelbagai perubahan serta kepimpinan, peranan pemuda masih utuh dengan matlamat perjuangannya, iaitu sebagai kumpulan pendesak dan pembela terhadap pelbagai isu membabitkan agama, bangsa dan Negara.

Menjelang pemilihan UMNO 2013, pertandingan yang bakal menarik perhatian ramai pihak adalah pertembungan 6 penjuru bagi merebut jawatan Naib Ketua Pemuda yang ditinggalkan Dato Razali Ibrahim yang telah melebihi usia 40 tahun.

Setakat ini daripada enam individu yang dikatakan bakal merebut jawatan nombor dua pergerakan pemuda, penulis difahamkan hanya tiga daripada mereka telah membuat kenyataan rasmi iaitu Jamawi Jaafar (Ketua Pemuda Umno Bahagian Tenom), Lokman Adam (Exco Pemuda UMNO) dan Khairul Azwan Harun (Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Salak).

Daripada ketiga-ketiga yang menawarkan diri, penulis tertarik dengan dua calon iaitu Jamawi Jaafar dan Khairul Azwan Harun atau lebih dikenali dengan nama Wan Bro di kalangan pemuda Perak. Pertembungan dua individu ini dilihat menarik kerana Perak dan Sabah masing-masing mempunyai 26 bahagian iaitu negeri terbanyak menghantar perwakilan ke perhimpunan agung pemuda.

Dari segi populariti di peringkat pusat Jamawi Jaafar mempunyai kelebihan berbanding Wan Bro namun jika dilihat dari segi ketokohan serta keberanian yang pemuda inginkan, penulis lebih yakin untuk memilih Wan Bro.
Keberanian Wan Bro terbukti apabila secara terbuka membuat cabaran debat kepada Nizar Jamaluddin, namun ia tidak diperkatakan ramai pihak memandangkan isu tersebut lebih terjurus kepada isu negeri. Malah boleh dikatakan tidak ramai yang berani tampil untuk bersemuka atau berhujah bersama pembangkang.

Cabaran Azwan kepada Nizar Jamaluddin :

Bukan mahu berkempen buat Khairul Azwan Harun yang penulis sendiri tidak pernah kenali tetapi sebagai anak muda, sememangnya penulis mahu melihat individu yang menduduki jawatan nombor dua dalam pergerakan pemuda dimenangi oleh calon yang berani untuk ke hadapan lebih-lebih lagi terhadap pembangkang bukannya individu yang hanya mampu berkokok dalam gelanggang sendiri.

Kenyataan Khairul Azwan Harun mengesahkan untuk bertanding NKP :
Selanjutnya di Tansformasi13

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...