Video - Menteri @shaberyc Jangan Mengarut Dengan 'Bon' 50k, Harga Domain Ni Kaji Dulu

Tak senonoh betul kenyataan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia ni, banyak-banyak perkara yang boleh dikaji, lesen media sosial juga yang nak dikajinya,( rujuk video dibawah) kalau bab kenakan 'charge' nak ikut Singapore, tapi harga domain tak nak pula ikut US. Inikah yang dinamakan transformasi ?

Ketika mana rakyat semakin agresif dengan maklumat dihujung jari, merentas dunia tanpa sempadan, agak malang sekali negara kita bilamana terlantiknya seorang Menteri yang langsung tidak punyai idea dalam meningkatkan tahap penerimaan rakyat terhadap medium berkenaan agar ia sejajar dengan perkembangan teknologi global hari ini.

Bahkan ia dilihat cuba menyempitkan lagi penggunaan media baru itu dengan pemikirannya yang lebih menjurus kepada sekatan, adakah satu kenyataan yang boleh dianggap bijak dari seorang Menteri apabila mengeluarkan kenyataan akan mengkaji satu peraturan supaya akhbar-akhbar online dan blog dikenakan lesen serta meletakkan 'bon' sebanyak RM 50,000 ?.

Kalau jadi Menteri  setakat nak buat peraturan 'kuno' macam tu baik tak payah, jangan jadi Menteri kalau asyik nak tunggu kena 'complain' jer, patutnya dasar yang akan dibuat atau telah dibuat itu sentiasa disemak dari masa kesemasa supaya ianya relevan serta tidak membebankan rakyat.

Daripada Menteri duk kaji peraturan 'kuno' tu, ada baiknya jika Menteri mengkaji semula mengenai harga domain beridentitikan Malaysia yang agak mahal dan tidak selaras diantara syarikat penyedia perkhidmatan tersebut. Harganya berbeza-beza, tapi harga paling murah ditemui pun hanya RM56 bagi domain .com.my.
 Kalau domain identiti US cuma RM29, kenapa domain identiti tempatan mencecah sampai RM 120 ? Sedangkan tidak ada bezanya diantara kedua-dua domain berkenaan melainkan hanya identiti negaranya saja yang berbeza.

Dengan harga domain yang begitu tinggi, bagaimanalah ia hendak menarik minat rakyat khasnya golongan muda untuk menggunakan domain identiti Malaysia yang mana maklumat lengkap mengenai pemilik website juga dapat didaftarkan.

Lebih hairan lagi apabila domain untuk personal yaitu .my lebih mahal daripada domain untuk syarikat .com.my . Sepatutnya domain untuk syarikat khasnya entiti syarikat Sdn.Bhd dan Bhd perlu lebih mahal daripada domain personal, melainkan syarikat milikan tunggal atau enterprise, tapi nampaknya kerajaan lebih suka pulun rakyat daripada pulun syarikat-syarikat besar seperti itu. Adakah hal seperti itu relevan dalam situasi hari ini ??? Anda Mampu Mengubahnya.

Selaraskan harga setiap domain RM30, untuk syarikat besar RM30k pun takder masalah !!!
                   Malaysia Domain Names

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...