Niat murni seorang remaja untuk menyambung pelajaran ke menara gading menggunakan wang perbelanjaan sendiri tanpa menyusahkan kedua orang tuanya tidak kesampaian setelah virus 'kencing tikus' dilaporkan telah mengjangkiti remaja berkenaan.
Kesungguhan remaja itu datang ke Kelantan dalam usaha membantu jentera maya UmnoBN ketika PRU 13 sebelum membina sebuah blog yang dikenali sebagai 'KakirayauKB' itu dikatakan langsung tidak dihargai, malah segala janji pihak pengurusan Siber BN Kelantan kepada remaja itu juga didakwa turut dimungkiri, dan biarpun sudah 4 bulan hal ini berlalu, namun difahamkan tidak ada sebarang respon daripada pihak terbabit, bahkan panggilan dan pesanan ringkas yang dibuat oleh beliau dan 'mangsa' juga tidak dilayan.
Di usia remaja yang baru hendak mengenali dunia politik dan perjuangan, beliau sudah terkena dengan penangan 'perosak' yang berimej Umno, apa yang remaja ini akan rasakan setelah beliau dikencing sebegitu kejam? niat murninya yang sudah diberitahu kepada kedua ibu bapa, adik beradik dan rakan-rakan sedikit sebanyak membuatkan beliau rasa malu apabila perkara itu tak dapat ditunaikan. Pernahkah pemimpin Umno terfikir akan akibat dari merosakkan jiwa anak muda ? Tidak memberontakkah mereka ini ? Bukankah Umno juga yang akan jadi mangsanya ?.
Sedarlah, sejauhmanakah kita ingin melindungi perbuatan yang langsung tidak bermoral ini ? perbuatan yang menyusahkan sekalian 'orang' tidak seharusnya bermaharajalela lagi didalam Umno. Andai ringan mata memandang, sangat berat bahu yang memikulnya, andai hari ini terkena pada orang, esok lusa entah giliran siapa pula.
Antara hasil kerja yang dibuat oleh blogger kakirayauKB sebagaimana video dibawah, biarpun beliau bukan berasal dari Kelantan, tapi kesungguhannya dalam membantu BN pada PRU 13 lalu memberanikan beliau untuk turun padang dan meninjau serta menemuramah penduduk kampung yang telah diabaikan oleh kerajaan Pas Negeri Kelantan. Usaha yang sepatutnya dihargai ini tidak terlepas dari menjadi mangsa kepada virus 'kencing tikus' berkenaan.
Semasa saya berkhidmat dalam Team Jentera Siber Kelantan yang diketuai oleh Dot Dot Dot tersebut, saya dijanjikan dengan elaun dimana dalam fikiran saya elaun tersebut saya mahu simpan dan guna untuk menampung perbelanjaan saya ketika saya mula melanjutkan pelajaran. Tetapi malangnya, elaun tersebut hanya didalam fikiran sahaja dan tidak pernah wujud didalam alam nyata.
Saya juga pernah mendengar bahawa Dot Dot Dot tersebut menjanjikan elaun harian kepada jentera. Tetapi seperti saya katakan tadi, hanya dijanjikan sahaja tetapi elaun tersebut tidak pernah ada depan mata. Saya bukan mata $ ataupun kaki kipas, saya hanyalah orang yang berpegang pada janji. Saya lakukan kerja apa yang.....Selanjutnya baca diSINI
# Untuk makluman juga, difahamkan pembongkaran mengenai individu, bukti
dan maklumat
berkaitan mungkin tertangguh seketika bagi menghormati permintaan Datuk
Hanafi Mamat yaitu Bendahari Umno Kelantan yang berjanji akan menyiasat dan cuba menyelesaikan masalah ini. Terima kasih diatas keprihatinan
beliau terhadap nasib mangsa-mangsa terbabit. Jika beginilah tahap kecaknaan
yang ada pada diri Datuk Hanafi Mamat, maka beliau mesti dipertahankan
untuk terus menjadi nakhoda Umno Bahagian Pasir Mas, supaya
'transformasi' didalam Umno dapat dipacu oleh pemimpin yang benar-benar
mempunyai kewibawaan seperti beliau... Anda Mampu Mengubahnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.