Sayu terasa dihati bilamana melihat kemewahan yang diangkuhkan oleh pemimpin Pas dalam perilaku penindasan mereka terhadap rakyat Kelantan, mereka mencandui rakyat dengan Islam, pada masa sama mereka merampas tanah-tanah Tuhan yang berpuluh tahun sudah diterokai oleh rakyat.
Diatas nama ehsan dengan memberi keadilan didalam Islam, biarpun rakyat tidak punyai geran apakah berdosa besar untuk memberikan tanah-tanah yang sudah lama diusahakan oleh rakyat itu, dikatakan tanah kerajaan !!! Siapa kerajaan ? Wujudkah kerajaan tanpa rakyat ? dimana hak mereka sebagai rakyat pribumi Kelantan ? sedangkan cina-cina luar diberi hak bermaharajalela di bumi ini.
Dari mana hasil kekayaan pimpinan Pas Kelantan serta kroni termasuk anak dan menantu mereka, cuba kita bertenang dan renung sejenak, sebagai pemimpin yang kononnya berkerajaan untuk menegakkan Islam sehingga mengkafirkan orang-orang Umno serta mendakwa amalan orang Umno termasuk solat tidak mendapat pahala,berbaloikah tuduhan itu dengan apa yang pimpinan Pas sedang amalkan.
Kalaulah kita nak persoalkan tentang amal, dasar dan perbuatan realiti antara Pas dan Umno ianya terlalu panjang, dan tidak cukup dengan penulisan tanpa perbahasan, namun disini apa yang nak dipertikaikan adalah tentang gaya hidup pemimpin Islam yang perjuangannya sehingga mengkafirkan orang lain.
Anda dapat lihat didalam rakaman dibawah dimana rumah Adun Pas Kota Lama tersergam indah dibalik halaman yang luas, dalam kemunduran mentadbir negeri dan terdapat ramainya rakyat yang miskin, sebagai pejuang Islam ia agak tidak wajar untuk mendiami rumah sebesar itu, tidak cukupkah jika mendiami rumah banglo sederhana dan berkereta sederhana yang bersesuaian dengan zuhud seorang pejuang Islam ?
Melihat kepada kekayaan YB yang jika menyokong partinya dikatakan mendapat pahala serta syurga, Kekayaan YB itu tidak sepadan dengan elaun yang diperolehinya yaitu setara dengan gaji guru gred DG 54, kerana guru-guru gred DG54 dilihat tidak mampu untuk memiliki kekayaan seperti YB Pas walaupun gaji mereka setara dengan elaun YB Pas. Persoalannya kenapa dan mengapa serta bagaimana YB Pas memiliki kekayaan seperti yang dimiliki itu ?
Apakah ianya ada kaitan dengan pembotakkan hutan dan penarahan balak di Ulu Kelantan ? Seterusnya kekayaan yang dimiliki oleh menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, selepas menantunya meletakkan jawatan sebagai CEO di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), kehidupannya maintain bahkan mampu untuk menyambung rumah yang sedia besar itu.
Ia berbeza dengan apa yang berlaku kepada mereka yang meletakkan jawatan dan bukan menantu kepada MB, kebiasaannya mereka yang meletak jawatan disebabkan skandal akan mengalami masalah kewangan, namun menantu MB ni nampaknya tidak ada apa-apa masalah, aneh bukan ? Mungkin disebabkan keanehan inilah yang buatkan pemimpin kerajaan Pas Kelantan takut untuk mengistiharkan harta mereka kepada umum.
Bagaimanapun pembongkaran ini tidak terhenti disitu, Gk bersama team KCW blogger Tukar-Kelate sudahpun berjaya merakamkan rumah-rumah YB Pas dan sedang mendapatkan pengesahan mengenai pemilikkan aset-aset tersebut untuk didedahkan kepada seluruh rakyat Kelantan yang selama ini menyangka pemimpin Pas adalah zuhud. Zuhud ke ? cehh pelawok hangit!!! Anda Mampu Mengubahnya.
'Semua kaki songlap memang menyusahkan, wajar dibongkar !!!'
Tahniah kepimpinan PAS Kelantan.....teruskan menggunakan ISLE utk memperbodohkan rakyat...
ReplyDeleteTahnah warga kelantan yg berada di luar negeri Kelantan.....anda cari makan di negeri negeri pemerintahan BN....balik kampong, undi PAS....anda menganinaya sedara mara sendiri...
Hanya orang pas / PR sahaja boleh kaya. Orang lain kalau kaya, rasuah, kronisme, nepotisme .... dan macam macam -isme.
ReplyDeleteAksi yang dirakam ketika keganasan dicetuskan oleh penyokong politik ekstrem ------->>>>>>>> ohpilihanrayaku
ReplyDeleteTAHNIAH RAKYAT KELATE YG MEMILIH PAS UNTUK JADI PEMIMPIN. KENYATAANNYA ORE KELATE TELAH MENUNJAKKAN MEREKA DALAM PROSES PILAHANRAYA SECARA ADIL JADI ANDA TERIMALAH NASIB ANDA SEPATUTNYA. JGN SALAHKAN ORE LAIN DGN KEBODOHAN ANDA SENDIRI. UNTUK RAKYAT KELATE YG BERADA DILUAR DIPUJI DGN PEMERINTAHAN PAS. ANDA JGN BANGGA SANGAT ADA MAKSUD YG TERSIRAT DIDALAM SETIAP PUJIAN YG DIBERIKAN JGN TERLALU BANGGA DGN TOKGURU ANDA KERANA TIADA MANFAAT YG ANDA TERIMA DGN PUJIAN KEPADA TOK GURU ANDA ITU. TOKGURU ANDA TETAP MENGATAKAN ORE YG BODOH MEMILIHNYA TETAPI YG SEBENARNYA ORE YG BODOH MENGANGKAT ORE BODOH DIJADIKAN PEMIMPIN JD JGN SALAHKAN ORE LAIN. WALAUBAGAIMANAPUN TAHNIAH KEPADA ORG KELATE YG DIPINGGIRKAN OLEH PEMIMPIN ANDA SETELAH ANDA MENGUNDINYA. TAHNIAH KEPADA RAKYAT KELATE. TAPI SAYA SEDIH DGN CARA TOKGURU MELAYAN RAKYAT KELATE SETELAH DIBERI KUASA. TERNYATA SIKAPNYA BERBEZA SEBELUM DIBERI KUASA. LG SATU MALAYSIA DIIKTIRAF SEBAGAI NEGARA ISLAM BUKAN SEBAB NEGERI KELATE TETAPI SELURUH MALAYSIA JGN SEMPITKAN FIRKIRAN ANDA MENGATAKAN MALAYSIA NEGARA ISLAM SEBAB KERAJAAN KELATE UTK MOMOKAN ORE YG GILAKAN KUASA DGN CARA MENIPU NAMANYA. WALAUBAGAIMANA TAHNIAH ORE KELATE ANDA BERHAK TERIMA APA YG ANDA HARAPKAN. TAHNIAH, TAHNIAH & TAHNIAH. PESANAN UNTUK ORE KELATE, MALAYSIA DIIKTIRAF NEGARA ISLAM OLEH DUNIA TETAPI BAGI SAYA AMAT MEMALUKAN SEBAB KELATE BUKAN NEGERI CONTOH ISLAM TERBAIK JIKA DIBANDINGKAN DGN NEGERI-NEGERI LAIN YG LEBIH ISLAM JIKA HENDAK DIBANDINGKANNYA. JIKA ANDA MAKSUD ISLAM YG DIBANGGAKAN RAKYAT KELATE, MALAYSIA BAKAL TERGADAI NEGARA ISLAMNYA KERANA POLITIK SEMPIT ORE PAS.
ReplyDeletePEERAAAHHHH admin ni buta ka? marilah putrajaya pemimpin duduk dalam pondok ke?
ReplyDeletePAS yang zuhud tahap gaban depan rakyat, punyai rumah macam itu? wow.. Kalau zuhud mana boleh camni, kena fikir rakyat dahulu.
DeleteAnon 1:54 ni pun sorang bangang..itu rumah kerajaan lah ngok..
ReplyDeleteRasanya rumah yg baru dibina di kelantan skarang lebih kurang cm ni.. x pyah ckp menantu MB ke, pemimpin ke, sebab dibina di atas tanah sendiri, kalo kt KL cmni hrga berlipat kali ganda hrga. X pelik lah...rkyat kelantan yg jadi businessman kan ramai... x payah ckp pemimpin PAS ke UMNO kalo dh kaya mesti la rumah besar dan cantik, tgok rumah Tan Sri Anuar Musa cmne...jgn dok peghak sangat gak admin!!!!
ReplyDeleteDia siarkan kebenaran , yg mana ,pemimpin pas yg mengaku zuhud & alim tu , sebenarnya hidup bermewah2 mengalahkan jutawan . tak nampak kesusahan rakyat marhaen mcm makcik2 dlm video td tu . tu yg ko buta . bisness pun, bisnesslah ,rakyat kat bawah susah , nk buat toilet pun tak mampu , ko sebagai adun kena la bantu . bongok ko ni . hati dh gelap ikut parti spender ke ? puihh!
Deletedemo ni taksub terlajak dah. dalam ceramah mereka selalu sebut "kita pilih pemipin ni adik kakok kena pilih hak sederhana, fikir hal rakyat, susah payoh rakyat. adik kakok kena fikir akhirat, kita hidup tak lamo, kemewahan de kemajue hak ada cukup dah adik kakok, harta kemewahan dunio tak bawok mati" rakyat hak dengar terbuai dan mengiyakan, terangguk-angguk dan berkata- "tengok pemimpin kito zuhud sungguh, tak pikir hal kemewahan dunio, hal diri sediri, pikir hal rakyat. betullah tok wokil kito ni mace khalipah uma Ab. Aziz" mereka pun undi sebab fikir pemimpin mereka hidup serupa mereka jugak-tidak mewah. pemimpin pulak bele2 zuhud kerit secopeng-secopeng. kalu ada orang beritahu pemipin mereka hidup mewah mereka kata pewok, fitnoh. pade muko mu kena tipu. ore royak bakit lawak.
DeleteSALAM SEMUA.... SEMASA PAS BARU2 MENGAMBIL KELANTAN PADA TAHUN 1990 DULU ADALAH BERBEZA DENGAN PAS SEKARANG. TAHUN 1990 DULU, MANA ADA PEMIMPIN YANG 'TAMAK' HARTA DUNIA MCM NI... IMBAS KEMBALI BILA MULA2 AMBIL ALIH KELANTAN, KEBANYAKAN ELAUN DAN GAJU DI TOLAK DEMI RAKYAT... SEKARANG NI, GAJI DAN ELAUN DI NAIK DEMI RAKYAT... MANA BOLEH TAK NAIK, KIRI KANAN SEMUA BANGLO MEWAH SEMUA, TIMBUL LA NAFSU UNTUK MEMILIKI TANPA MEMIKIRKAN NASIB RAKYAT YANG MEMILIHNYA, LAGI PULAK, KAT JALAN, MCM MODEL KERETA YG TERBARU SUDAH KELUAR... MERC C250 LA... MERC C350 LA... MAKA SYAITAN PUN DATANG MEMBISIK KAT HATI.." BELI LA... KALAU BELI RAKYAT BUKAN BOLEH WAT APE PUN... C250 TU BEST WO... NASIB RAKYAT MISKIN TU LANTAK LA... DIA MISKIN BUKAN SBB KAMU TAPI SBB DIA MMG MALAS WAT KERJA... ".. UNTUK IKTIBAR, LIHAT LA BILA MANA ALLAH TELAH MENCIPTAKAN SYURGA DAN NERAKA.... MCM MANA KAH PAGAR SYURGA DAN MCM MANA PULAK PAGAR NERAKA.... WALLAHU ALAM...
ReplyDeletealah tak tengok rumah pemimpin umno? lagi hebat...belum ada jawatan dalam kerajaan tp rumah macam istana....rumah ko tunjuk tu biasa jer....tp umno lagi hebat...hasil duit derma rm 2.6 biolion kut...huhu...kalau umno perintah lagiu teruk kelantan...
ReplyDelete