Video - Percanggahan Auta Antara Dua Pemimpin Kanan Pas Kelantan Menjawab Isu Lojing

Percanggahan jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan menerusi peguamnya Hisham Fauzi dan bakal Menteri Besar Kelantan yang juga Exco Kerajaan Negeri, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah berhubung isu penebangan balak dan pembotakkan hutan di Ulu Kelantan sepertimana yang ditimbulkan oleh NGO Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak) menambahkan lagi kekeliruan rakyat berhubung isu tersebut.

Apa yang difahamkan tentang isu yang dibangkitkan oleh pihak Ombak, ialah pendedahan melalui rakaman video yang memaparkan penggondolan bukit bermula dari Dabong, Kuala Krai ke Neggiri dan Gua Musang yang membabitkan ratusan hektar tanah termasuk hutan simpan.

Sejurus pendedahan dibuat oleh NGO berkenaan, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob menafikan rakaman berkenaan berlaku dilokasi yang didakwa sebaliknya menuduh pihak NGO Ombak mereka-reka cerita dan mencantum gambar-gambar tersebut.

Bagaimanapun Presiden Ombak Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad dalam satu sidang media menjelaskan apa yang didedahkan melalui rakaman video baru-baru ini bukan gambar cantum dan ianya adalah realiti apa yang berlaku.

“Kita tidak pernah mencantum gambar seperti yang didakwa oleh beliau dari tempat berasingan kerana kita menggunakan kamera yang berkualiti tinggi untuk merakamkan gambar terbabit dengan jelas di kawasan yang berlakunya aktiviti pengambilan tanah secara berleluasa.

“Dalam paparan itu juga, kita menggunakan koordinat tepat untuk merakamkan gambar dan apa yang ditunjukkan amat jelas wujudnya aktiviti seumpama itu di kawasan berkenaan.

"Oleh itu saya beri masa sehingga seminggu kepada beliau untuk menarik balik tuduhan ini dan menyiarkan dalam akhbar Sinar Harian, jika tidak saya akan mengambil tindakan undang-undang dan memfailkan tuntutan saman,” katanya.

Wan Khairul berkata, seperti yang dipaparkan, bukannya soal pembalakan yang diketengahkan, tetapi apa yang dipersoalkan ialah isu pengambilan tanah secara berleluasa yang digunakan untuk tujuan pertanian termasuk Ladang Rakyat.

“Beliau perlu bertindak segera di atas hal ini, dan setakat ini saya sudah membuat perbincangan dengan peguam saya untuk menghantar Letter Of Demand (LOD) kepada beliau pada hari ini (semalam).

“Jika beliau gagal melakukan tindakan selanjutnya, maka saya tidak teragak-agak untuk memfailkan saman kerana beliau juga dengan jelas mendakwa saya sengaja mengada-adakan cerita untuk memburukkan kerajaan negeri,” katanya.

3 comments:

  1. Ada satu syarat utama utk mengikuti dan mempercayai kata2 yg keluar drp mulut Nik Amar, pendengar mestilah mempunyai tahap kebodohan yg melampau.

    Ambo bagi contoh, Nik Amar memperlekehkan tahap ilmu Tuan Guru Abu Saamah yg pernah belajar di Mekah dgn membandingkan dgn unta yg juga hidup mati di Mekah ....... masya Allah.

    ReplyDelete
  2. Modus Operandi utk melapah tanah Lojing.

    1. Tanah itu dibahagi2kan kpd kroni PAS dan Pejabat Tanah.

    2. Kemudian tanah2 tersebut disewa kpd taukey2 sayur drp Singapore.

    3. Pemilik2 tanah mengutip duit sewa sehingga 5 - 10 tahun in advance.

    Telah berlaku pencemaran alam sekitar dan memusnahkan aliran sungai yg menjadi sumber air kpd orang2 Asli, namun kerajaan negeri tidak peduli.

    Serba sedikit karakusan PAS terbongkar semasa PRK Galas.

    Bacalah dgn hati yg terbuka

    ReplyDelete
  3. Hisyam fauzi Ada share dlm syarikat alam Cahaya sdn bhd... Memiliki kawasan seluas 15 ribu ekar di Hulu sat.. Sila siasat .. Di harap dpt mmbntu tuan utk menegakkan keadilan

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...