Video Khas - "Kapankan Husam Di Salor Kebumikan Husam Di Putrajaya"

Permintaan khas rakyat di Salor Kelantan supaya wakil rakyat mereka sebelum ini yaitu Datuk Husam Musa agar dikapankan di Salor dan dikebumikan di Putrajaya bakal menjadi kenyataan.

Gk bersama team KCW blog Tukar-Kelate dan Haikal,  yang diketuai oleh Sdr EA telah berjaya merakamkan kenyataan beberapa penduduk di Salor mengenai keperibadian seorang pemimpin yang juga wakil rakyat disitu.

Kejadian yang telah lama berlaku ini semoga menjadi iktibar kepada semua lebih-lebih lagi buat mereka yang ingin menjadi pemimpin dan berdegar-berdegar mengaku untuk membantu rakyat.

Menurut salah seorang penduduk, Sulaiman Ahmad,  ketika kejadian, pemimpin berkenaan dalam perjalanan pulang kerumahnya dan melalui kawasan kemalangan itu tanpa menghiraukan mangsa yang juga ayah kepada pemimpin berkenaan.

Tanpa dapat dipastikan samada pemimpin berkenaan mengetahui ataupun tidak mangsa kemalangan itu sebenarnya ayah kepada beliau, namun penduduk tempatan mempersoalkan keperibadian beliau yang tidak menghiraukan mangsa kemalangan itu.

Seorang lagi saksi kejadian, Azizah Awang Mat mempertikaikan tindakan pemimpin itu yang tidak mempedulikan mangsa kemalangan.

"Soal dia tahu atau tidak mangsa kemalangan itu ayah dia, itu soal lain,  kalaulah mangsa tu bukan ayah dia sekalipun, dia sepatutnya memberhentikan kenderaannya dan turun membantu mangsa, kalau dia tu benar seorang pemimpin yang baik".

Peristiwa kemalangan maut yang melibatkan ayah kepada pemimpin tempatan ini hanyalah antara pembuka bicara kepada hasrat rakyat Salor 'Kapankan Husam Di Salor Kebumikan Husam Di Putrajaya'.

Banyak lagi isu-isu lain yang melibatkan pemimpin ini akan diterbitkan nanti untuk santapan seluruh rakyat khasnya pengundi di Putrajaya, antaranya ialah pembelian 30 ekar tanah, sikapnya dari kecil lagi gilakan populariti, bagaimana pemimpin ini meraih undi dengan 'pitis' dan syurga, sikap pemimpin ini terhadap rakyat dan rakan baiknya sebelum menang dan selepas menang pilihanraya, hubungannya dengan masyarakat setempat, budaya fitnah dimasjid, serta rakaman video pengakuan bekas orang kanan pemimpin ini dan beberapa orang muslimah yang terlibat dalam permainan kotor pemimpin berkenaaan.

Biarpun Husam terkenal dengan amalan menyaman mana-mana individu yang membuat tuduhan kepada beliau, namun itu langsung tidak menggetarkan kita untuk membuat pendedahan-pendedahan ini demi kebenaran agar rakyat tidak tersalah memilih pemimpin, setakat ini juga lebih 70 orang penduduk Salor yang kita temui sedia untuk tampil berdepan dengan tindakan saman sekiranya apa yang diceritakan oleh mereka itu tidak benar. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

4 comments:

  1. Dari sudut akhlak, nabi pun pernah buat silap dengan tidak menegur orang buta, inikan pula Husam Haji Musa. Jahat stagha mano gak dia klw nok banding pemimpin BN dengan pelbagai skandal. Pemimpin BN ni bukan setakat perlu dikubur, mayat kalau boleh dibakar biar lebur sekali dengan dosa2 dia..

    Pandirkah demo dalam menilai peribadi seseorang?

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH RAKYAT KELATE YG MEMILIH PAS UNTUK JADI PEMIMPIN. KENYATAANNYA ORE KELATE TELAH MENUNJAKKAN MEREKA DALAM PROSES PILAHANRAYA SECARA ADIL JADI ANDA TERIMALAH NASIB ANDA SEPATUTNYA. JGN SALAHKAN ORE LAIN DGN KEBODOHAN ANDA SENDIRI. UNTUK RAKYAT KELATE YG BERADA DILUAR DIPUJI DGN PEMERINTAHAN PAS. ANDA JGN BANGGA SANGAT ADA MAKSUD YG TERSIRAT DIDALAM SETIAP PUJIAN YG DIBERIKAN JGN TERLALU BANGGA DGN TOKGURU ANDA KERANA TIADA MANFAAT YG ANDA TERIMA DGN PUJIAN KEPADA TOK GURU ANDA ITU. TOKGURU ANDA TETAP MENGATAKAN ORE YG BODOH MEMILIHNYA TETAPI YG SEBENARNYA ORE YG BODOH MENGANGKAT ORE BODOH DIJADIKAN PEMIMPIN JD JGN SALAHKAN ORE LAIN. WALAUBAGAIMANAPUN TAHNIAH KEPADA ORG KELATE YG DIPINGGIRKAN OLEH PEMIMPIN ANDA SETELAH ANDA MENGUNDINYA. TAHNIAH KEPADA RAKYAT KELATE. TAPI SAYA SEDIH DGN CARA TOKGURU MELAYAN RAKYAT KELATE SETELAH DIBERI KUASA. TERNYATA SIKAPNYA BERBEZA SEBELUM DIBERI KUASA. LG SATU MALAYSIA DIIKTIRAF SEBAGAI NEGARA ISLAM BUKAN SEBAB NEGERI KELATE TETAPI SELURUH MALAYSIA JGN SEMPITKAN FIRKIRAN ANDA MENGATAKAN MALAYSIA NEGARA ISLAM SEBAB KERAJAAN KELATE UTK MOMOKAN ORE YG GILAKAN KUASA DGN CARA MENIPU NAMANYA. WALAUBAGAIMANA TAHNIAH ORE KELATE ANDA BERHAK TERIMA APA YG ANDA HARAPKAN. TAHNIAH, TAHNIAH & TAHNIAH. PESANAN UNTUK ORE KELATE, MALAYSIA DIIKTIRAF NEGARA ISLAM OLEH DUNIA TETAPI BAGI SAYA AMAT MEMALUKAN SEBAB KELATE BUKAN NEGERI CONTOH ISLAM TERBAIK JIKA DIBANDINGKAN DGN NEGERI-NEGERI LAIN YG LEBIH ISLAM JIKA HENDAK DIBANDINGKANNYA. JIKA ANDA MAKSUD ISLAM YG DIBANGGAKAN RAKYAT KELATE, MALAYSIA BAKAL TERGADAI NEGARA ISLAMNYA KERANA POLITIK SEMPIT ORE PAS.

    ReplyDelete
  3. husam syiah itu yg paling tak boleh diterima, mapuh gi dgn penyokong2 syiah

    http://gelombangkick.blogspot.com/2013/04/video-husam-berfahaman-syiah-jambatan.html

    ReplyDelete
  4. Saya percaya cerita itu sebab saya sendiri tahu dia ini sombong sebab saya pernah berselisih dg beliau ketika nak masuk ke bilik sembahyang di Airpot Pengkalan Chepa satu masa dulu.Usahkan nak tanya kabar senyum pun tidak! Saya sengaja tak tegor sebab takut di katakan bermuka2 nak berbaik dengan ahli politik! Macam ni kah seorang pemimpin berjiwa rakyat? Sepatutnya dia kena fikir kalu dah mampu naik kapal terbang tu saya ni bukan lah seorang kutu yang tak patut diberi sekadar sebuah senyuman!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...