Nasihat Tun M Kepada Nik Aziz: "Kita Ni Dah Tua, Eloklah Berundur"

PASIR MAS - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  supaya bersara serta berlapang dada bagi memberi laluan kepada generasi muda meneruskan kepimpinan.

Dr Mahathir berkata, beliau sendiri bersara ketika berusia 76 tahun kerana mahu memberi laluan kepada pemimpin muda dan meminta supaya Nik aziz turut berbuat demikian.

"Saya bersara bukan kerana lemah. Tetapi saya bersara kerana hendak beri peluang kepada generasi muda bagi mengambil alih pentadbiran negara.

"Hanya mereka yang akan mewarisi kerajaan ini. Alangkah elok sekiranya mereka diberi peluang melatih diri untuk mentadbir dan membangunkan negara," katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Dataran Tok Him di sini, Ahad.

Turut hadir ialah isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa; calon Bebas-Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, calon Barisan Nasional (BN)-DUN Tendong, Datuk Hanafi Mamat.

Dr Mahathir berkata, jika generasi muda diberikan peluang, maka mereka dapat menunjukkan kebolehan untuk memimpin negara.

"Kita ni dah tua, eloklah berundur. Janganlah sampai di ceramah pun kita sampai didukung, masih nak jadi menteri besar... sampai bila-bila.

"Peganglah kepada kebenaran. Kebenarannya ialah kalau tak mampu nak mentadbir. Berilah peluang kepada orang yang lebih cekap di kalangan orang-orang Barisan Nasional bersama-sama dengan Datuk Seri (Najib Tun Razak)," kata Dr Mahathir yang berusia 87 tahun.

Dilaporkan bahawa walaupun keadaan kesihatan Nik Aziz, 82, sering dipersoalkan tetapi Nik Aziz tetap untuk bertanding sehingga akhir hayatnya termasuklah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa sebabnya Nik Aziz begitu sukar untuk berundur dan melepaskan jawatannya sebagai MB, bukankah lebih baik kiranya Nik Aziz melepaskan jawatannya itu dan memberi laluan kepada mereka yang lebih mampu, kemudian beliau bertindak sebagai penasihat atau tempat rujukan pimpinan muda.

Selama 23 tahun memimpin Pas di Kelantan, apa mungkin Nik Aziz masih tidak percaya akan taatnya pimpinan Pas kepada beliau ? Pimpinan Pas yang ada sekarang menghormati batang tubuhnya sebagai 'Tok Guru' atau takut kepada jawatan beliau sebagai MB ?

Andai Nik Aziz seorang yang jujur dan amanah, sudah pasti beliau tidak takut untuk melepaskan jawatannya itu, kerana beliau pasti yakin dengan akhlak beliau yang baik itu akan ditaati oleh anak-anak buahnya biarpun beliau tidak memegang jawatan sebagai MB. Kerana pembaharuan itu penting dalam satu-satu pentadbiran agar ia tidak lapuk dan jumud serta relevan dan seiring dengan kehendak semasa.

Dalam perhitungan kita, kepayahan Nik Aziz untuk melepaskan jawatannya adalah disebabkan kerana Islam yang dilaungkan oleh beliau itu tidak berlaku sebagaimana yang disyariatkan, beliau sendiri turut rakus mengaut kekayaan namun berselindung dibalik lilitan serban. Jika bersara, mungkin Nik Aziz bimbang segala kesongsangannya akan terbongkar.

Kerana Nik Aziz tahu, pimpinan Pas Kelantan disekelilingnya tidak boleh diharapkan dan hanya menikus disebabkan beliau masih berjawatan MB, bagaimanapun segala lakonan Nik Aziz yang tampil dengan imej zuhud bakal berakhir apabila sebahagian dari pemilikkan asetnya berjaya dibongkar, rujuk disini. Anda Mampu Mengubahnya.

4 comments:

  1. Izzazil dulu pun masa dia jadi penghulu, tak nak dia turun pangkat lepas wujudnya Adam...itu Izzazil...kalo manusia biasa....ermmm

    ReplyDelete
  2. Masalahnya si Nicky ni ada masalah kesihatan, dah tua, sampai org kena dukung. Jgn la bandingkan dgn yg xde masalah kesihatan. Klu aku lempang kang, sia2 je hidup

    ReplyDelete
  3. Pemimpin yang kene pimpin.

    Budak-budak main, main tepi pantai,
    Mulut bau busuk lepas makan petai,
    Pok Pok Nick Pok Amai-Amai,
    Siapa kata tua dia baru turun buai.

    ReplyDelete
  4. Dah merasa manisnya dunia dan kuasa, diagung agungkan oleh pentaksubnya, mk melekat pd kerendahan dunia, sukar dilepaskan. Penyakit wahan, cinta dunia dan membenci mati.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...