Video - Rakyat Kelantan Desak Tabung Lebuhraya Disiasat, Khuatir Disalahguna Ke Putrajaya

Tabung derma Lebuhraya Rakyat yang dilancarkan oleh Pas Kelantan seharusnya disiasat bagi mengelakkan ia disalahguna menjadi dana untuk pilihanraya, ini kerana sejarah Pas yang pernah menggelapkan Derma Tabung Mangsa Memali  disamping cubaan mengelirukan akaun Tabung Derma mangsa Lahad Datu kepada akaun tabung parti Pas boleh dijadikan asas kepada kemungkinan Tabung derma lebuhraya itu akan turut disonglap.

Kecurigaan Rakyat Kelantan akan berlakunya penyelewengan terhadap tabung itu mula timbul setelah tidak ada progress dalam kerja-kerja pembinaan yang dijalankan dikawasan berkenaan. Sedangkan batu yang dipacakkan itu sudah berusia hampir setahun dan seakan-akan menjadi seperti batu-batu yang lain.

Lebih membimbangkan apabila pengasas kepada lebuhraya itu yang juga pemimpin kanan Pas Kelantan dicalonkan untuk PRU 13 ini bertanding di Parlimen Putrajaya, parlimen yang akan ditandinginya itu bukan sembarangan parlimen, selain faktor ia orang baru di Putrajaya, parlimen yang menjadi kubu BN itu pastinya memerlukan PITIS yang banyak sekiranya berangan-angan untuk memenanginya walaupun tidak ada jaminan untuk menang.

Sudah pasti tidak ada yang berani melabur untuk pemimpin berkenaan bertanding disitu kerana mereka tahu pelaburan mereka hanya sia-sia sahaja, dengan itu bagaimana pemimpin berkenaan ingin meneruskan perjuangannya disitu.

Tidak ada cara lain lagi selain menggunakan mana-mana dana yang ada, dan rakyat Kelantan sewajarnya bimbang Tabung Lebuhraya itu akan menjadi mangsa kerakusan kuasa politik pimpinan Pas.

Selain itu tabung lebuhraya berkenaan hanya diistiharkan jumlahnya kira-kira 8 bulan yang lalu, pada 4 Julai 2012 jumlah derma tabung itu sebanyak RM430,000 telah diumumkan oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa, hanya dalam tempoh dua minggu selepas itu, pengumuman terakhir yang dibuat beliau ianya berjumlah hampir RM 1 juta.

Dapatkah kita bayangkan setelah banyak program yang dianjurkan untuk mengumpulkan tabung berkenaan dalam tempoh 8 bulan ini, agaknya berapakah jumlah yang terkumpul setakat ini dan kenapa ia sudah tidak diumumkan sebagaimana yang diumumkan ketika mula-mula mengutip dahulu. Anda Mampu Mengubahnya.

Kalau rakyat bagi kereta tolak buruk yang tak der angin, Pas kata hina dia, Pas tak tahu rakyat Kelantan dah masak dengan 'kecep sajo' yang diamalkan lebih 23 tahun itu, nasib baik bagi kereta tolak buruk, kalau Tabung tu disonglap pun takderlah sakit hati sangat....
Projek RM 1.8 Billion hanya boleh wayang dengan sebuah jengkaut yang meratakan tanah tak sampai 50 meter takkan habis RM 200,000
Akan diletakkan di Arkib negara sebagai peninggalan sejarah bertapaknya kerajaan Abu Nawas di bumi Kelantan
Dua minggu kemudian ia diumumkan lagi..

6 comments:

  1. Lebuhraya 'prepaid'. Bayar dulu guna kemudian.

    ReplyDelete
  2. Lebih baik pakai lebuh raya berbayar, guna baru kutip tol. Pas minta tol dulu, baru bleh guna

    ReplyDelete
  3. keje tak tau tapi hanya tau bercakap... maka inilah jadinye.. hancuss...

    ReplyDelete
  4. Kalu jd kenyataan mu juga dok gunsnya..muka tak malu,baka penjilat,barua umno pencacai murahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guano demo ni.mipi ko.jange mipi lo leboh ghayo tu nok jd.duwik hok oghe buwi habih punoh doh huse guno wat gi putrojayo.demo guno lo jale dok ado tu lo sapa mapuh

      Delete
  5. duit tu semua dah guna utk pru13...
    abissslahhhh...gigit jari

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...