Video - Hj Hadi Dedah Calon PKR Berfahaman Komunis Dan Pengedar Pil Kuda

Bagaimana individu-individu seperti yang disebutkan oleh Presiden Pas itu boleh berlegar didalam PR sehingga ke peringkat pentadbiran iaitu cubaan untuk diletakkan sebagai calon, kalau setakat tampal poster parti tu bolehlah kita terima lagi, ini boleh terlepas sampai ke peringkat jadi calon ni sudah tahap membahayakan negara ni.

Bila perkara semacam ini boleh timbul didalam pemilihan calon-calon dalam PR, mampukah untuk kita percaya mereka punyai barisan kepimpinan yang baik ? Ini bukan kes terpencil, dapat kita faham dimana disetiap yang berlaku pertindihan kerusi diantara calon-calon dalam PR ia mempunyai masalah seperti yang dijelaskan oleh Presiden Pas itu.

Sejauhmana mereka mampu mengekang masalah ini ? kerana kalau kita lihat Pas sendiri pun gagal untuk membariskan pemimpin mereka dikalangan individu yang berakhlak, sebagai contohnya Timbalan Presiden Pas sendiri yang terkantoi di bilik 121 serta terbaru Setiausaha Agungnya dengan isu skandal 'spender'.

Mereka yang berlatarbelakang tidak mempunyai akhlak ini diletakkan sebagai calon dan pemimpin dalam parti kemudian ia di make-up baik punyer bahkan dinobatkan sebagai ulamak maka seluruh rakyat akan tertipu, namun perkara ini hanya akan terbongkar setelah ianya kantoi.

Bagaimanapun akibat make-up yang dipakai terlalu tebal, walaupun kantoi ia tetap suci dan masih boleh diterima oleh sebahagian penyokong mereka, tapi apa yang kita tahu, jika ia seekor lembu, bagaimana sekali sukanya ia kepada dedak, namun rumput tetap menjadi pilihan. Anda Mampu Mengubahnya.

2 comments:

  1. Polis kena ambil tindakan, soal siasat haji hadi sebab dia tahu siapa pengedar pil itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemudian polis tahan calon PKR tersebut, jatuh la reputasi calon pkr itu. Pandai haji hadi tembak pkr.. ini bukan tikam belakang dah ni, tembak terus.

      Delete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...