Saman Pertama Tok Pa Terhadap Husam Petanda Awal Kemenangan BN Di Kelantan

KOTA BHARU - Kebangkitan Barisan Nasional di Kelantan tampak jelas dan lebih yakin akan menguasai negeri itu selepas PRU 13 nanti, seakan mendapat suntikan baru, pemimpin BN kali ini dilihat lebih bertenaga dan tidak 'medu' seperti sebelumnya.
 
Tindakan agresif yang dibuat oleh nakhoda BN negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dengan memberi tempoh 48 jam kepada pemfitnah beliau yang juga Exco Kerajaan Pas Kelantan Datuk Husam Musa, menguatkan lagi semangat jentera BN sekaligus ia boleh membuka mata rakyat yang selama ini tertutup dengan melihat hanya Husam yang sentiasa tampil menyaman.
 
Husam dalam satu dakwaan beliau menyebut kononnya Mustapa telah memberi percuma 400 lot saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) kepada setiap ketua Umno bahagian negeri ini. Dakwaan itu dibuat ketika berucap melancarkan gerakan 'K' kekalkan negeri Kelantan di Machang pada 23 Mac lepas.

Diatas dakwaan fitnah itu, Mustapa telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis tuntutan maaf dan memberi tempoh 48 jam kepada Husam untuk berbuat demikian.

"Kita akan hantar dalam tempoh terdekat surat berdaftar kepada Exco kerajaan negeri ini (Husam), portal harakahdaily.net iaitu ketua pengarang dan pengarangnya, kerana mengeluarkan dan menyiarkan kenyataan yang menjejaskan kredibiliti dan imej saya, saya pandang berat perkara ini," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dalam ketegasan sama Mustapa selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang selama ini hanya berdiam diri apabila difitnah turut memberi peringatan sekiranya dalam tempoh 48 jam itu, Husam tidak memohon maaf, peguam beliau akan memfailkan saman fitnah dan tuntutan di mahkamah tinggi.

"Ini adalah satu perkara yang perlu untuk menjaga maruah dan kredibiliti diri saya, saya memimpin kementerian ini (MITI) empat tahun dan berbuat yang terbaik, saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut," katanya.

Kali ini nasib Husam terus terumbang-ambing, ura-ura nak lari bertanding di Putrajaya entah apakah perkembangannya, namun dikhabarkan tindakan Husam untuk mendapat perhatian dan meraih populariti itu tidak dilayan dek terselam dengan isu yang lebih besar, apakan daya, semua langkahnya tidak menjadi sepertimana semua projeknya. Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...