Dr Asri Sindir Nik Aziz Dengan Pahala Orang Yang Menuduh 'Orang Umno Solat Tak Dapat Pahala'

Ketepatan masa didalam berkongsi Hadis 'berkait' oleh Mantan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin ketika mana Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang menggila dengan fatwa "Orang Umno solat tak dapat pahala" dilihat satu sindiran 'muflis' yang cukup tajam kepada Nik Aziz.

Sebelum ini Nik Aziz dalam satu kenyataan menyebut "Umno tolak Islam, Umno kena reti kerja buat dia tak dapat pahala, dia (orang Umno) solat tak dapat pahala".

Kata-kata Nik Aziz itu seolah-olah Nik Aziz mempunyai atau memiliki pahala yang cukup banyak sehingga mampu menentukan soal dosa pahala orang lain,

Bagaimanapun, ibarat menarik rambut didalam tepung, rambut tak putus tepung tak berterabur, Dr Asri memainkan peranannya sebagai seorang pendakwah dengan berkongsi sepotong hadis yang berkait dengan 'Orang solat tak dapat pahala" selain dimasukkan kedalam neraka, mereka itu disebut sebagai golongan yang muflis, yaitu golongan orang yang memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang.

Nabi s.a.w bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. 

Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Jelas didalam Hadis berkenaan yang tak pernah disampaikan oleh Nik Aziz itu langsung tidak menyebut 'orang Umno', bahkan golongan tersebut adalah sesiapa sahaja termasuk Nik Aziz sendiri 'JIKA' memaki hamun orang lain atau menuduh orang lain seperti tuduhan Nik Aziz terhadap orang Umno yaitu 'orang Umno solat tak dapat pahala'.

Jadi Nik Aziz kena reti, kerja menentukan dosa pahala orang lain ni bukan kerja Nik Aziz, dan pahala itu juga Allah Taala tidak khususkan kepada orang-orang Pas sahaja, Al-Quran itu diturunkan untuk sekalian umat diseluruh dunia. Jangan nak sempitkan pemikiran rakyat didalam guni derma Pas semata-mata.

Nik Aziz juga jangan berasa yakin dia akan masuk syurga lalu membuatkan dia angkuh, darimana Nik Aziz tahu dia akan masuk syurga secara mutlak sehingga berani menafikan syurga orang lain, dengan serban dan jubah serta amalnya itu belum cukup untuk memasukkan dia kedalam syurga tanpa rahmat Allah Taala.

Bermuhasabahlah kita semua semoga akan beroleh rahmat dari Allah Taala, dan yakinlah dengan hati bahawa mengundi Pas atau menampal poster Pas tidak akan mendapat pahala, sebaliknya untuk mendapatkan pahala ikhlas kerana Allah Taala utamakanlah amalan yang jelas dinyatakan didalam Al-Quran dan juga Hadis.

Daripada membantu Pas nemampal poster lebih baik kita membantu fakir miskin yang lebih memerlukan kerana mereka benar-benar daif, sebaliknya membantu Pas seperti membantu orang kaya yang zalim untuk memecahbelahkan umat. Anda Mampu Mengubahnya.

16 comments:

  1. Kisah Ahli Ibadah Masuk Neraka dan Ahli Maksiat masuk Syurga




    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

    Pada zaman Bani Israil dahulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap yang berbeza. Lelaki yang pertama suka berbuat dosa sementara yang kedua rajin beribadah. Setiap kali ahli ibadah itu melihat temannya berbuat dosa, ia meminta rakannya itu untuk berhenti daripada perbuatan dosanya itu.

    Suatu hari, ketika rakannya itu sedang melakukan suatu dosa, ahli ibadah itu berkata "Berhentilah daripada membuat dosa." Rakan nya itu menjawab "Jangan pedulikan aku, terserah Allah untuk menilai perbuatan ku. Adakah engkau diutuskan oleh Allah untuk mengawasi apa yang aku lakukan?".

    Ahli ibadah itu menjawab"Demi ALLAH, dosamu tidak akan diampuni oleh Nya dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah."

    Setelah kedua-duanya meninggal dunia, Allah s.w.t telah menghakimi kedua-duanya dihadapanNya. Allah menyoal lelaki ibadah itu " Adakah kamu lebih mengetahui daripada Ku? atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang telah berada dalam kekuasaan Ku?"

    Kemudian kepada ahli maksiat itu Allah s.w.t berkata "Masuklah kamu kedalam syurga berkat rahmat Ku". Sementara kepada ahli ibadah itu "masuklah orang ini kedalam Neraka"

    * Hadith riwayat Ahmad 2/323;Abu Daud. 4901;Ibn Mubarak dalam kitab al-Zuhd, 314; Ibn Abi Duniya dalam Husnuzh Zhan,45; al-Baghawi dalam syarh al-Sunnah; 14/385.

    Pengajaran.

    1. Sentiasalah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran

    2. Setiap individu hendaklah berusaha meninggalkan maksiat dan kemungkaran

    3. Jangan berputus asa daripada memohon keampunan kepada allah Yang Maha Penyayang

    4. Jangan Sewenang-wenangnya menggunakan nama Allah tanpa ilmu

    5. Allah s.w.t mengasihi para hambaNya

    6. Seseorang itu tidak berhak menentukan kedudukan seseorang manusia lain sama ada masuk syurga atau nereka, kerana hanya Allah s.w.t yang mengetahui dan menetapkannya.

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  2. RUPA RUPA NYA NIK AZIZ BELAJAR UGAMA ISLAM TAK CUKUP.
    TAK APA MASI ADA MASA UNTU SAMBUNG BELAJAR, HENTIKAN FATWA SONGSANG, DAN GUNAKAN MASA ITU BUKA KITAB.........BELAJAR DGN DR ASRI........OOOOOPS NIK AZIZ TAK ADA PHD.

    ReplyDelete
  3. Pengundi Johor4/08/2013 8:12 PM

    Sibuk berpolitik, lupa ngulangkaji !

    ReplyDelete
  4. Inilah jadinya apabila si=munafik gila mengaku dirinya sebagai ulamak.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..

    Main2lah dgn fatwa wahai Nik Aziz Nik Mat.. kau tanggunglah di akhirat nanti membuat fatwa kejahilan sehingga umat Islam keliru dan berbalah.. kau tk buat kerja mendamaikan ummah dan mengajak pd Islam tp kau sibuk untuk berbalah dgn UMNO berbalah dgn parti2 politik.. kau khianat dgn Allah wahai Nik Aziz..

    Umur kau pada adatnya sudah lanjut.. kau sepatutnya jadikan diri kau yg dh lanjut usia dan dipuja oleh penganut PAS itu untuk berdakwah cara yg Nabi sampaikan.. Mukharimul Akhlak (akhlak mulia) cara yang Allah suka.. cara yang hikmah.. bukannya taksub dan assobiyyah dgn parti PAS..

    Bila bersuara..kau bercakap terlalu RIAK.. kau UJUB dgn manusia.. kau tolak i'tiqad usaha manusia tidak beri bekas pada ketentuan Allah Ta'ala (Ahlul Sunnah Wal Jamaah)..sehingga kau letak perancangan parti kau lebih hebat.. kau letak kudrat kau dan parti kau yg beri bekas pd sesuatu sehingga parti kau sudah tidak kenal Allah lagi pada saat ini..

    Wahai Nik Aziz..tidak takutkah kau dengan kematian.. sedangkan kau telah banyak melukakan hati-hati Muslimin lain.. berterusan kau nafi dan kufur dgn nikmat Allah.. kau sesatkan beribu manusia dlm PAS, kau pisah2 jiwa-jiwa manusia dari berdamai hanya kerana TAKSUB pada parti pimpinan kau..PAS..

    Aku bimbang kau tak mampu mohon ampun pd beribu manusia yg kau rosakkan pemikiran dan silaturrhaim mereka.. Aqidah fahaman mereka.. apakah kau rasa cukup selamat di Mahsyar nanti dengan kepuasan sekarang?

    Wahai anak Nik Mat.. kau terlalu biadab dengan orang-orang yang berselsih pendapat dengan kau.. kau tidak ada adab dalam berkhilaf.. apabila suatu hujah Al-Quran dikeluarkan maka kau gagal menjawab, kau akan beremosi dengan jawapan nafsu. Kau pamerkan sifat BEBAL dan MENGELUARKAN kata2 kesat semata-mata mahu menakutkan dan menghina pihak lain.. sedangkan Allah SWT itu Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat dan Maha Pengampun.. kau mula bertindak melebihin Zat Allah Yang Maha Esa..

    Wahai Nik Aziz.. kau bertaubatlah sebelum pintu tertutup.. kau sedarlah betapa ramai manusia dlm PAS yg menjadi degil dan keras hati serta taksub pada parti yang kau ketuai.. sehingga mereka sgt membenci sesama saudara Islam hanya kerana beza faham.. kemudian disuburkan dengan fitnah.. benci mereka terlalu dalam.. kau ulang2 fitnah pada UMNO menolak Islam supaya rasa benci marah pengikut PAS dibakar-bakar setiap kali pilihanraya.. sedangkan kau sendiri yang hina HUDUD.. kau tidak benar dalam berkata-kata tentang hukum Allah.. kau berat sebelah dalam mengadili sesuatu masalah.. kau letak PAS seolah-olah seperti agama.. kau tidak pernah fikir dan muhasabah apakah kesan nya, dikampung2 bertelagah dgn penuh jahil.. sedangkan disisi Allah mungkin sebaliknya..

    Pernahkah kau menangis mengenangkan betapa ramai insan jahil dalam PAS yang tidak bersolat tapi hanya taksub bernafsu pada PAS?

    Kau sangat Munafik..pada UMNO kau hukumkan tolak Islam padahal mereka tidak pernah lakukan.. tapi kau sendiri yang hina dan tolak Islam secara harfiyyah.. kau hina Kerasulan Muhammad Al-Amin.. kerana mahu membela politik Kafir Harbi di Pulau Pinang tentang Maulid Nabi.. kau hina Ke-Esaan Allah Ta'ala sebelum kau U-Turn semula.. Kalimah Allah SWT adalah Tauhid Ketuhanan Allah.. tapi begitu mudah kau permainkan Aqidah bersama sekutu kau Abdul Hadi dan Rejim Pakatan Rakyat.. apakah ini ciri daie? atau kau adalah jelmaan SYAITON yang mahu merosakkan anak Adam?

    Semoga Allah beri petunjuk dan pelihara diriku jangan jadi seperti kau.. dan semoga kau diberi hidayah.. jika kau enggan berubah moga AZAB ALLAH YANG MAHA PEDIH BUAT KAU WAHAI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT.. AMINN YA ROBBAL A'ALAMIN..

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  6. aku kekadang learn smthing pasal org ada ilmu agama ni...

    mungkin sbb mereka fikir mereka lebih byk pahala..dan setakat mencemuh..memaki..apa la sgt bg mereka yg terasa byk pahala...dan mungkin mereka ambil kesempatan pintu taubat masih terbuka walaupun nyawa dihujung kerongkong...tp sempat ke masa tu...

    moga mereka2 itu insaf...dan sedar..PAS hanya parti politik hanya pada nama ISLAM shaja..tp ISLAM mereka tonjolkan amat memalukan...

    no wonder until now tak diperkenankanNYA memerintah negara...sebuah negeri pun masih mcm tu aje..tu pun dibanggakan sgt...

    -smh-

    ReplyDelete
  7. kesimpulannya Tok Nik ni...orang tua nyanyuk yang gila kuasa......umur mcm dia ni...patut dah lama bersara....segala-galanya dah ada....apa lagi...sepatutnya dah tak campur politik dah....beri ceramah agama secara tulus...or adakan majlis ilmu di setiap cerok...or paling tidak bukak kelas mengaji.....ni dok! masih lagi nak berpolitik....fatwa berkepentingan.....berucap tergantung...dok bagi orang betul2 faham!!!! masyarakat bertelagah...Islam berpecah.....dok faham kwn....pas bukan persatuan or pertubuhan Islam yang mempertahankan kedaulatan Islam....secara telus..Pas pado kwn hanya parti politik....yang samo dok gilo kuaso......fitnah memfitnah....mencaci maki.....Islam apo lagu niiii......dok faham kwn UMNO kafir, org UMNO sembahyang dok dapat pahala....mende niiii....sapa tok nik ni....mengaku diri Ulama Islam atau ketua padri....hambo kecewa dulu hambo sanjung dia....la ni..dok lagi...cakap2 dia buat kwn bercelaru...dok benci saudara sendiri........

    ReplyDelete
  8. seLAGI MASIH ADA pengikut2 pas yg terlalu sanjung Nik aziz...selagi itu lah dia Perasan tak abis abis!!

    ReplyDelete
  9. kalau dulu mungkin PAS hanya sekor serigala yg menyalak bukit....

    tapi 4 thn yg lalu, pas ada kuasa utk merobah...

    merobah demi kekuatan ummah... hj hadi syorkan UG - unity goverment

    tapi malangnya nik aziz tergila2kan buntut anwar dgn rancangan 916,....

    akhirnya terlepas lg umat islam utk bersatu padu di bumi nan bertuah ini...

    peluang yg terhidang ini tak mungkin akan dtg lagi...

    ReplyDelete
  10. UMNO lah pejuang Agama ...hidup UMNO ....Islam dimertabatkan oleh UMNO ..ya UMNO lah pejuang Islam sebenar ....renungkan lah apa yang telah dibuat UMNO selama ini....semuanya memperjuangkan Islam .... hmmmmmmmmm......

    ReplyDelete
  11. dr asri tak cukup ilmu lagi bercakap soal umno...dia mesti tahu kenapa solat org umno tak dpt pahala...bukan nak tunjuk pandai saja...kalau tak faham kena tanya...jgn nak pandai2 menilai fatwa org tak betul...lebih2 lagi fatwa ilmuan cam TG nik aziz tu...kalau menilai dgn ilmu cetek memang korang kata tak boleh tentukan dosa dan pahala...tapi kalau tak boleh pastikan yg mana dosa dan yg mana pahla...itu namanya jahiliyah...korang fikir solat itu mesti dpt pahalakah tanpa memikirkan syaratnya...akidah adalah syarat solat itu diterima atau sia2...kalau dah jadi ahli umno maknanya akidahnya dah rosak sebab maksudnya dah menjadi ahli yg menolak islam 24 jam sehari...mcm mana solat nak dpt pahala...sambil solat sambil menolak islam...ceciter...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan perlu buktikan yg UMNO betul-betul menolak islam. Berikan hujah yg berilmiah krn tuan tergolong dlm kumpulsn ilmuwan. Dakwaan UMNO menolak islam itu terlalu berat dan melulu. Benar UMNO serba kurang dan cacat disana sini krn ianya ditadbir oleh manusia yg sifatny tdk sempurna. Tetapi sumbangan UMNO dlm mengembang dan menaikkan nama islam di mata dunia itu tetap ada. Lalu dimana kewajarannya melemparkan tuduhan yg sgt berat spt menuduh UMNO tolak islam?

      Delete
  12. umno adalah parti pemerintah...kalau taknak atau tak mampu jalankan hukum islam yg sebenar menurut al Quran dan sunnah jgnlah sibuk nak jadi pemerintah...jauh sekali menghalang dan menolak org yg nak menjalankan hukum islam seperti pas...umno itu bermakna persatuan yg menolak serta menghalang org yg ingin melaksakan hukum dan undang2 islam...ahli umno bermakna penyokong atau menyokong 24jam utk menolak dan menghalang undang2 dan hukum islam dilaksanakan...jadi ...kalau solat pun sambil ahli umno...berarti solat sambil menolak islam....jdi camna nk dpt pahala...nak jadi ahli apa2 persatuan tu kena tahu apa perjuang persatuan itu...bukan membabi buta kerana dunia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hukum islam sebenar apa yg tuan bicarakan? Masih lg mahu bermain dgn hudud kah? Dimana letaknya hudud dlm pakatan tuan? Jika PAS menjadi pemerintah apa pula jaminannya yg mereka mampu melaksanakan hukum islam sebenar di bumi Malaysia ini? Adakah pd masa itu dibolehkan bg org UMNO menuduh PAS menolak islam? Solat org PAS tiada pahala?

      Sy secara peribadi mahukan jaminan yg hukum islam sebenar akan dilaksanakan oleh PAS. Gerak kerjanya, rancangan masa depannya, agensi yg akan dipertanggungjawabkannya, panel perundangan yg akan memantaunya, kajian dan soal selidiknya. Cerita tentang perundangan negara adalah suatu yg amat besar. Bukan hanya cakap-cakap pelaksanaan sebelum ayam berkokok dlm ceramah.

      Jika pimpinan tuan tidak mampu memberi jaminan yg boleh dinilai secara zahir akan kemampuan dan kesungguhan mereka dlm melaksanakan hukum islam sebenar, jgnlh terlalu celupar pula menuduh UMNO menolak islam. Tuduhan itu sgt berat tuan.

      Delete
  13. usahlah jadi terlalu naif...siapakah yg menjadi batu penghalang pelaksaan hudud di kelantan...dgn pr setidak2nya tiada munafik penghalang hudud itu dilaksanakan...pada ketika itu barulah boleh kamu melihat dan kebenaran perjuangan pas...sekarang ini kamu hanya boleh lihat penentangan umno sebagai pemerintah menghalang pelaksanaan dan menolak islam...jika nak dikatakan kezaliman dan penyelewengan umno sudah tidak terkira rasanya...

    ReplyDelete
  14. Mungkin ada hikmahnya Rasulullah SAW wafat pada umur 63 tahun. JIKA...diulangi JIKA... baginda berumur 82tahun mcm pok nik, adakah baginda akan jadi berkeadaan seperti pok nik yang akan mengeluarkan fatwa yang mengelirukan?? Adakah pok nik akan tolong jawab soalan munkar & nankir dalam liang lahad nanti...??? Mungkin pok nik nak jadi seperti nabi SAW yang mana semua perkara yang keluaq dari mulut nabi adalah diperkenankan Allah SWT..!!!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...