Sehari dua ini cuaca di Kelantan agak mendung dan adakalanya hujan, seakan cuaca yang berlaku menguji serta menyambut kehadiran pemerintah baru di bumi Kelantan selepas gersang hampir 23 tahun akibat kegagalan pemerintahnya sebelum ini.
Perlu diberi perhatian oleh calon yang disebut sebagai 'Winnable Candidate', kerana faktor cuaca juga sedikit sebanyak turut mempengaruhi keputusan PRU di Kelantan ini, isu utama seperti air dilihat kurang popular jika bukan musim kemarau, sikap Melayu mudah lupa akan buatkan pemerintah sediaada akan terus dikekalkan rakyat.
Biarpun kebajikan rakyat diakui BN lebih terkedepan dengan pelbagai pengumuman bantuan, namun sejauhmana bantuan yang diumumkan dan dijanjikan itu melalui proses ketelusan untuk sampai kepada rakyat sekaligus tepat pada masanya.
Diperingkat kepimpinan tertinggi kita tahu ianya telus, namun bilamana sampai ke peringkat bawah kita merasa agak sangsi daripada apa yang kebanyakkannya alami, untuk kali ini jika BN gagal menguasai Kelantan, mungkin sudah tidak ada lagi peluang kedua untuk BN.
Ini kerana momentum yang dicetuskan oleh NGO serta gerakan rakyat yang turut dibantu pakar dibelakang tabir juga pada kali ini cukup kemas sekali dan diterima baik oleh rakyat, sukar untuk mengjangkakan momentum seperti ini akan berlaku lagi jika calon dan pihak berkaitan tidak mengambil kesempatan diatas kelebihan yang ada ini.
Bagaimanapun jika sikap calon dan pengurusan BN tidak cekap ia akan memusnahkan apa yang telah diusahakan mereka selama ini.
Kebajikan itu mulia, bila BN kata nak beri kebajikan dan janji nak bantu rakyat, seluruh rakyat gembira serta menyambutnya dengan baik, tapi jika apa yang dijanjikan itu tidak diberikan atau diberikan tidak tepat pada masanya, ia pasti akan melipatgandakan kekecewaan rakyat terhadap BN dan mengukuhkan lagi tohmahan Pas sebelum ini.
Sebagai contoh bantuan membaiki rumah yang dimohon rakyat kepada Penghulu, JKKP dan Penyelaras Dun misalnya, (tak pasti), jika bantuan yang dipohon itu merupakan atap rumah, ianya perlu disegerakan tanpa perlu membiarkan rakyat merungut setiap kali turunnya hujan.
Bila terlalu lama rumah ditirisi hujan sementara menantikan bantuan yang dipohon, lebih-lebih lagi sehingga merosakkan barangan dalam rumah, rakyat pasti kecewa dan benci selain berusaha sendiri berhutang dengan jiran atau kenalan untuk menggantikan atap yang bocor itu.
Setelah selesai menggantikannya dan rumah tidak lagi bocor, muncullah bantuan JKKP sebagaimana yang dipohon, namun ketika itu adakah anda fikir bantuan itu benar-benar bermakna kepada rakyat ? Mungkin rakyat menerima atap yang diberikan itu walaupun sudah menggantikan dengan atap yang baru, akan tetapi akibat menunggu lama sehingga merosakkan barang dalam rumahnya, mungkin sekelumit perasaan negatif akan lahir dihati mereka, dan ucapan terima kasih rakyat tidak lagi akan sama dengan ucapan terima kasih jika bantuan itu tiba tepat pada masanya.
Lebih parah lagi, pemimpin Pas sentiasa menghasut rakyat dengan bantuan yang diberikan itu bukan duit Umno tapi duit rakyat, namun jika pemimpin Umno tidak mengendahkan situasi itu dengan mengambil sikap seperti 'robot' gilakan projek, maka PRU13 ini sama-sama kita lihat mampukah BN menawan hati rakyat Kelantan. Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.