Ku Li Yakin Hanya Kerajaan BN Mampu Bawa Kemajuan Dan Kesenangan Kepada Rakyat

GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengingatkan rakyat supaya membuat pilihan bijak bagi memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, ini kerana rakyat mempunyai kuasa penuh untuk menentukan kerajaan selepas Dewan Rakyat dan Dun dibubarkan bagi membolehkan PRU13 diadakan.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mengumumkan pembubaran Parlimen (Dewan Rakyat) kelmarin bagi membolehkan PRU13 diadakan dan ia memberi kuasa penuh kepada rakyat memilih kerajaan baru bagi menentukan masa depan.

"Negara kita masih mengamalkan demokrasi untuk tujuan itu, tetapi rakyat harus menilai secara bijak sebelum membuat keputusan untuk mengundi siapa pemimpin yang layak bagi mereka," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bendahara, Jerek, di sini hari ini.

Hadir sama anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Mat Yusoff Ab Ghani dan Adun Galas, Ab Aziz Yusof.

Tengku Razaleigh percaya rakyat di mana-mana kawasan seluruh negara sudah menyimpan keyakinan mereka untuk memilih kerajaan yang benar-benar boleh membawa kemajuan untuk kesenangan masa depan.

"Apapun keadaan yang dihadapi, kita juga tidak boleh lari daripada mengekalkan perpaduan sedia ada untuk menjaga keharmonian hidup dan mengejar segala kemajuan yang diidamkan selama ini," katanya.

Beliau berkata, daripada negara mula mencapai kemerdekaan tahun 1957 sehingga sekarang, sudah banyak kemajuan dapat dinikmati seluruh rakyat termasuk kemajuan pendidikan bagi membolehkan pelajar mencapai keputusan terbaik dalam peperiksaaan. 

"Kini pelajar boleh dikatakan rata-rata bijak apabila mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan dan sekali gus mereka boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi termasuk mereka yang tinggal di kampung luar bandar," katanya. - Bernama

Biarpun Ku Li adakalanya bercanggah pendapat didalam kepimpinan BN, namun soal pentadbiran negara beliau tidak ada kompromi untuk terus mengekalkan kerajaan Barisan Nasional, mungkin beliau tidak yakin kerana setakat ini belum ada lagi mana-mana kerajaan yang boleh menandingi kecemerlangan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...