Video - Akhirkan Pengharapan Anda Kepada Anwar Ibrahim! Kenapa ? Ini Sebabnya

Apa lagi yang hendak penyokong Pakatan Rakyat harapkan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ?

Tidak cukupkah dengan drama 16 September ?, atau mungkin lupa dengan dua minggu sudah menang di Kampung Buah Pala, belum lagi dikira dengan derita ibu tunggal menagih janji di Selangor.

Namun ada baiknya akhirkan pengharapan anda kepada Anwar itu dengan cakap tak serupa bikin terbarunya mengenai beliau akan bertanding di Tambun Perak sebelum membuat u-turn kembali ke Permatang Pauh.

Apa hikmah disebalik perkataan Anwar yang lebih lajak dari laju itu ? Itulah yang menunjukkan apa yang Anwar cakap langsung tidak boleh diterima pakai, Anwar terlebih dahulu menggunakan mulut daripada menggunakan otak.

Apabila Anwar terlebih dahulu menggunakan mulut daripada menggunakan otak, maka segala apa yang dicakap serta dijanjinya itu sudah pasti tidak akan menjadi realiti kerana masalah yang akan timbul disebalik apa yang nak dilakukan itu belum lagi difikirkannya.

Apapun yang hendak kita lakukan seharusnya kita berfikir terlebih dahulu, barulah apa yang kita janjikan itu mampu untuk kita laksanakannya.

Atau adakah anda masih menyimpan kepercayaan bahawa hari ini PR menang esok harga minyak akan diturunkan ? atau pendidikan percuma ? atau harga kereta diturunkan ? atau harga elektrik diturunkan ?

Percayalah jika anda percaya dengan apa yang dijanjikan oleh Anwar, anda akan menjadi bodoh untuk kali kedua setelah bodoh kali pertama dengan mempercayai agenda 16 September, Anwar bukan seorang yang bermaruah, Anwar langsung tidak malu dan tidak merasakan apa-apa setelah memperbodohkan penyokongnya dengan kebodohan tulen yang jelas nyata lagi berwarna.

Dalam pada agenda 16 September yang sememangnya gagal atau tidak wujud, pada 15 September itu Anwar boleh lagi mengencing penyokongnya seolah-olah agenda 16 Septembernya itu akan berjaya, dengan selambernya Anwar meyakinkan penyokongnya akan pembodohan 16 September.

Bayangkanlah, esok dah nak kantoi dengan 16 September, namun hari ini sempat lagi Anwar menunjukkan reaksi tidak bersalah bahkan terus menerus memalu agenda 16 September tersebut.

Habis tu kita nak bodoh tahap mana lagi, kalau tak, takkanlah hampir 40 orang pemimpin PR bertindak meninggalkan Anwar, sudah menjadi kewajipan setiap manusia, apabila kita sedar dengan hakikat yang sebenar, maka kita perlu bertindak. Adakah anda sedar dan akan bertindak seperti mereka. Jika belum sedar anda boleh tonton rakaman video dibawah. Anda Mampu Mengubahnya.

1 comment:

  1. Walau sehebat mana pn kepetahan Anuar berpidato, namun tidak sebesar zarah pn saya terpengaruh dengan kehebatannya itu. Kelantangannya berceramah ibarat Tin Milo PAS yang kosong menagih simpati.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...