Video - Pas Hina Ulamak Umno Kerana Miskin Rumah Berdindingkan 'Zink', Ni Ke Islam Pas?

1.) Kenkadang kita merasa pening dengan tuduhan, dakwaan dan tohmahan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam dalam parti PAS, Parti Islam Se-Malaysia atau juga dikenali oleh sesetengah pihak dengan Parti Ajaran Sesat.

2.) Apa tidaknya, jika mereka yang menyokong Umno itu dikalangan Ulamak yang kaya, pemimpin Pas akan kata Ulamak itu menjual agama dan dibayar oleh Umno.

3.) Jika Ulamak itu zuhud dan miskin, pemimpin Pas akan hina mereka sebagai contoh dengan mengatakan rumah Ulamak itu diperbuat daripada zink, sedangkan pondok telefon pun dibuat daripada besi.

4.) Jika Ulamak yang menyokong Umno itu ingin membina pondok menaiktaraf pondok sebagai pondok moden, pembinaan itu akan dihalang dan disita oleh Kerajaan Pas Kelantan menerusi Pihak Berkuasa Tempatan dinegeri yang diperintah oleh Pas.

5.) Jika golongan cerdik pandai dan profesional menyokong Umno, pemimpin Pas akan kata golongan itu tidak bernilai satu sen pun, kerana golonga itu hanya dijadikan alat seperti 'kore nyur' atau 'kukur kelapa'.

6.) Jika orang yang menyokong Umno itu melakukan amalan yang baik atau menunaikan ibadah seperti solat, pemimpin Pas khasnya Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan kata 'Segala amalan orang Umno tidak mendapat pahala, dia sembahyang tak boleh pahala'.

7.) Jika kerajaan UmnoBN membina masjid, pemimpin Pas akan kata bukan kerana nak bina masjid tapi kerana nakkan projek.

8.) Semua perkara asal berkait dengan Umno tiada satu pun yang elok dan dipandang positif oleh Pas, logik ke macam tu ? Hanya Pas saja yang betul lagi maksum, boleh masuk akal ke ? Kita jugak terfikir sebenarnya Pas ni bawa ajaran apa ? Perjuangkan apa ? Hah perjuangkan Islam !!! Sama-sama kita renungkan demi perjuangan Islam sebagaimana firman Allah Taala didalam surah Al-Hujraat 11 apakah sama dengan apa yang diamalkan oleh mereka yang mengaku memperjuangkan Islam didalam Pas itu.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. 

7 comments:

  1. Oloh laaaa, kalu mat din kecek ore dop sipe' perut, baso kecek belawok, kononnya cuba nok tunjuk dio ada banyok ilmu agama, tapi pada hakikat sebenar mat din nih ngaji pung dop habih.

    p/s: berapo ekar mat din behe tanoh lojing?

    ReplyDelete
  2. boddo mat din...

    ReplyDelete
  3. Allah S.W.T akan tunjukkan kebenarannya. Insyallah kita tunggu saja...

    ReplyDelete
  4. Ostat ni mmg x blh pakai.bkn ckp bab agama.bab politik dia mau la.ada masyukkkkkkk

    ReplyDelete
  5. sekarang dah jadi jutawan dah.......

    ReplyDelete
  6. Bab2 mcm ni dh buat aku tawar hati dgn PAS. Dulu aku sokong PAS. Tpi bile dh terlalu bersikap ekstrim sgt mcm ni, mcm bagus sgt, aku xkn sokong PAS utk PRU kali ini. Minta PAS lakukn perubahan dari dlam. Jgn asyik nmpk org lain je kurang, yg diri sndiri mcm maksum sgt.

    ReplyDelete
  7. saya takan lupa keceluparan mulut PAS ini.saya selalu berdebat dgn ustaz-ustaz PAS.kata-kata mereka sikit lah boleh pakai.raja putar belit.guna ayat quran yg ada kepentingan dgn mereka saja.sebenarnya PAS ini kurang arif ttg politik.dulu pantang ada berita maksiat habis UMNO dimaki hamun dgn segala mcm nama kutukan.tp skrg senyap saja...bkn maksiat makin kurang di PP,selangor tp makin meriah...inikan pula satu negara yg pasti ada Sabah , srwk yg tak ada rekod PAS.saya lihat islam di dua negeri ini akan tergadai kalau PR menang. adakah PAS bertanggungjawab dlm soal ini.adakah islam akan semakin di angkat lbh drpd yg BN buat...fikir dan lihat dunia jgn duduk di sekitar kelompok kita saja

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...