Video - Nik Aziz Sakit Perut Bila Husam Lebih Rela Tewas Di Putrajaya Dari Tewas Dikubu Sendiri

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menambahkan lagi kekusutan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila Husam disahkan akan bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya walaupun terpaksa akur akan menghadapi saingan sengit tapi tidaklah sesengit dikerusi parlimen di Kelantan.

Husam dari awal lagi sudah dapat menghidu penolakkan rakyat Kelantan terhadap Pas sangat ketara apabila kebangkitan gerombolan anak muda yang menyatakan sokongan kepada BN semakin positif.

Nampaknya Husam lebih rela tewas di Putrajaya berbanding di kubu kuat Pas di Kelantan, tewas tetap tewas, namun jika tewas di kawasan bukan kubu kuat Pas ianya menjadi kebiasaan tidak sebagaimana jika tewas dikubu sendiri.

Apapun Husam tetap mengharapkan keajaiban akan berlaku di Putrajaya sebagaimana beliau pernah mengharapkan keajaiban berlaku di Kelantan dengan terbinanya stadium, lebuhraya rakyat dan keretapi laju yang pada akhirnya hanya batu-batu asas saja terpacak yang bakal meninggalkan kesan kepada Nik Aziz.

Mungkin Husam terlupa akses maklumat pengundi di Putrajaya jauh lebih canggih dan mengatasi cara politik jumud kampung menggunakan mantik yang dipelajarinya dari Nik Aziz. Yang pasti penduduk di Putrajaya kenal yang mana satu kambing Jamnapari dan yang mana kambing boer.

Agaknya bagaimana dengan Nik Aziz yang berkemungkinan akan terkapai-kapai untuk mempertahankan Kelantan yang sudah tidak nampak jalan lagi mampu untuk dipertahankan setelah 23 tahun kerajaannya menghiasi negeri itu dengan pelbagai retorik. Akan berakhirlah sebuah kerajaan Abu Nawas dan berkuburlah segala retorik yang menderitakan rakyat Kelantan.

Menurut Husam, beliau perlu memastikan kerusi yang disandang Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor itu dimenanginya biarpun ramai penyokongnya menasihat dan menghalangnya daripada bertanding di Putrajaya.

"Kerusi Putrajaya agak sukar dimenangi. Tengku Adnan seorang pakar strategi, dan seorang tokoh, sebab itu dia boleh jadi Setiausaha Agung Umno dan kuasai seluruh negara.

"... 90 peratus ahli Pas yang saya temui nasihatkan supaya jangan pergi (bertanding), tapi kalau boleh tak boleh kalah," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.
Terdahulu, Pas mengumumkan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu akan bertanding di kerusi Parlimen Pendang, manakala Naib Presidennya, Datuk Husam Musa pula di Putrajaya, yang kini disandang oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Selain itu, dua lagi Naib Presiden Pas iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub masing-masing akan bertanding di kawasan Parlimen Pokok Sena di Kedah dan Pulai, Johor.

Pengumuman calon-calon tersebut dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang media di sini hari ini.

Dalam pada itu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad diumum sebagai calon kerusi Parlimen Kuala Terengganu manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari pula akan bertanding di Larut, Perak seperti dilaporkan sebelum ini.

Penyanyi Wan Aishah Wan Arifin pula diumum sebagai calon kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan.

Abdul Hadi mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Marang.

Sebanyak 76 kerusi Parlimen akan ditandingi Pas manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri pula parti itu akan bersaing di 230 kerusi.

Ketika Abdul Hadi ditanya pemberita mengenai masalah pertindihan kerusi yang berlaku khususnya di Labuan, beliau berkata, perkara itu akan diselesaikan di peringkat pusat dalam masa terdekat.

Sementara itu Nik Aziz akan kekal bertanding dikerusi Dun Chempaka, ia disahkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika ditanya pemberita selepsa majlis pengumuman calon tertinggi parti itu ibu pejabat Pas, hari ini.

Beliau ketika ditanya memberitahu pemimpin tertinggi parti itu akan kekal di kawasan yang dipegang sejak 1995.

"Ya... (Nik Aziz) kekal, kawasan dia memang Cempaka," katanya.

3 comments:

  1. kenapa org gila nik aziz tak bertanding parlimen,nak tgk gak mcm mane org gila ni jd MP mgkn bakal PM paling gila dunia sbb fatwa songsang ikut songsangnya anugerah tuhan

    ReplyDelete
  2. Aku ingat lagi debat Husam dgn Khairy Jamaludin sebelum PRU12 pasal isu hudud(ada lg dlm youtube). Masa tu si Jamnapari ni mmg bersemangat pasal masa tu PAS belum join DAP. Tapi sekarang senyap langsung pasal nak menegakkan hudud. Celaka sungguh si Husam Jamnapari ni. Malahan, Husam ni celaka dalam semua perkara.

    ReplyDelete
  3. Pemimpin atasan pas dah tak sebut lg psl hudud dan negara islam skrg ni tp pencacai bawahan terutama pak cik2 di kg masih percaya yg pemimpin haprak diaorg ni tgh bersungguh sungguh nak buat bl ke putrajaya.kesian sungguh

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...