Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

@NajibRazak Dengar @Khairykj Jawab Betul Ke Habis RM7.2 Billion Bayar Blogger ?

Penyakit bo#@$ kronik lagi kritikal salah seorang Exco Pergerakkan Pemuda Umno, Ibdillah Ishak yang baru dilantik menjadi Pengerusi Biro Media Baru (BMB) jelas diserlahkan menerusi satu kenyataan yang dibuat sebagaimana yang didedahkan oleh rakan-rakan blogger disini, sini, sini, sini, sinisini, sini dan sini serta ramai lagi yang difahamkan sedang OTW.

"Kita rasa satu kesilapan kerana membayar blogger, kalau tak dibayar mereka akan hentam kita pula. Sekarang BMB akan cari sukarelawan yang sanggup berkhidmat pada parti secara sukarelawan tetapi mereka tiada platform.

Melihat kepada kenyatan beliau itu, rasanya kalau nak sumpah, habis nama binatang dalam bukit akan keluar, jadi tak payahlah..., cuma kita nak tanya jer apa masalah 'bedil' ni ? Belum apa-apa lagi dah meroyan menyalahkan pengurusan media Umno sebelum ini yang dikatakan silap kerana membayar blogger. Agaknya 'silap' tu dah berapa banyak duit Umno yang habis dibayar kepada blogger Melayu ni, dah mencecah RM7.2 BILLION ke ?

Dah tu yang duk kalut melalut berkira tu apa ke jadahnya ? Dah takder kerja lain nak buat ? Kalau awal-awal lagi dah buat statement bengong macam tu, eloklah jika dipertimbangkan semula perlantikkan beliau sebagai Pengerusi BMB supaya kesan buruk kepada Umno dalam menghadapi PRU14 dapat diminimumkan.

Kita rasa satu kesilapan kerana membayar blogger 
Sebagai Pengerusi BMB parti Melayu Umno, seharusnya beliau lebih prihatin kepada pengamal media baru seterusnya merencanakan satu alternatif pelan yang boleh memberi manfaat seimbang antara parti dan juga pengamal media baru memandangkan kedua-duanya itu juga adalah Melayu.

Mengatakan membayar blogger adalah satu kesilapan ianya seolah-olah langsung tidak menghargai sumbangan blogger, tahukah beliau akan situasi politik hari ini yang banyak dipengaruhi oleh maklumat tanpa sempadan ? Pernahkah beliau bayangkan bagaimana situasi Umno dalam menghadapi PRU13 lalu tanpa kewujudan pejuang-pejuang maya ini ? Adakah beliau membuat kenyataan itu berdasarkan fakta dan kajian sebelum mengesahkan sepertinya pelaburan yang tidak berbaloi ?

Kalau tak dibayar mereka akan hentam kita pula
Dah tu, bayarlah kalau tak nak dihentam!...., Sebenarnya siapa yang hentam dan kepada siapa kenyataan itu hendak ditujukan ? Benarkah ia begitu ? Kalau ia berlaku hanya kepada 2, 3 orang blogger, usahlah diperbesarkan seolah-olah semua blogger pro Umno ni bersikap seperti itu.

Kalau betul dihentam, apa yang dihentam itu ? benar atau fitnah ? Kalau benar terimalah..., kalau fitnah samanlah...Apa masalahnya ? 'Hentam' itu perlu dilihat dalam pelbagai sudut, jangan nak jadikan kami ni blogger penjilat bontot, bayar atau tidak itu bukan isunya, walau dibayar sekalipun tapi jika perbuatan dan tindakkan pemimpin itu melampaui batas takkan kami nak jilat semua ? Yang patut ditegur wajib ditegur demi kebaikkan semua. Lagipun PM pun kata tak salah setakat menjentik...

Kami blogger tidak ingin bersekongkol dengan sebarang kemungkaran melampau yang dilakukan oleh pemimpin, kami takkan mengkhianati kepercayaan rakyat pada kami. Bayaran yang didakwa diberikan kepada kami itu kami anggap ia sebagai saguhati diatas kemesraan kami dengan UmnoBN.  Jika lepas ni tak mahu bayar atau bagi saguhati...Ok kami tak kisah, jangan buat kami ni macam pelahap sangat dimata rakyat, dan begitu juga kalau kami 'hentam' selepas ini, jangan pula dianggap 'hentam' itu sebab kami tidak dibayar, kerana itu memang kerja kami yang ikhlas berjuang demi agama bangsa dan negara, mengerti !!!

Sekarang BMB akan cari sukarelawan yang sanggup berkhidmat pada parti secara sukarelawan tetapi mereka tiada platform
Apa maksud sukarelawan ? Kami rasa kamilah sukarelawan, sebab kami takder makan gaji tetap dengan parti atau kerajaan. Sukarelawan tapi mereka tiada platform ? platform LRT ke monorail ? Platform apa yang ada tersedia pada BMB ? Pasal istilah platform dan sukarelawan ni saja kalau nak ulas memang panjang, kalau nak panjangkan lagi, lagilah panjang....

Kesimpulannya, Red Bean Army, pasukan khas tentera cyber yang diwujudkan oleh pembangkang, jika sukarelawan yang dimaksudkan itu bersifat separuh masa dan tidak dibayar, tolong bayangkan sekejap insiden di Lahad Datu tempoh hari kerajaan hantar Askar Wataniah dan RELA untuk menghadapi Tentera Sulu, macammana agaknya ?.

Begitu juga apabila mengambil kira faktor situasi politik semasa, sepatutnya yang sukarelawan tu sukarelawanlah, tapi yang tetap dan khas itu wajib perlu ada dan diperkasakan, takkan sukarelawan nak jadi pasukan khas sepenuh masa tanpa dibayar? Rasanya takder lagi sukarelawan yang bengong tanpa dibayar nak bekerja sepenuh masa, sebab sukarelawan pun nak makan, ada anak isteri, nak bayar bil itu dan ini, ke kalau jadi sukarelawan Umno ni boleh ambil beras kat kedai runcit tanpa perlu membayar ?

Oleh yang demikian, Ibdillah perlu berfikir menggunakan otak yang berakal jangan menggunakan lutut yang tidak berair, fahami apa tujuan KJ lantik anda jadi Pengerusi BMB, untuk perkasakan media baru Umno atau untuk mengjahanamkan kesatuan kami blogger brotherhood ? Jangan sampai kami bandingkan pencapaian dan keintelektualan anda dengan Pengerusi UMB sebelum ni, kerana kami tak fikir anda lebih baik atau se-agresif pencapaian beliau, dan hal itu hanya akan memalukan dan mencemar imej anda sendiri sebagai Pengerusi BMB. Anda Mampu Mengubahnya.

Etika Kewartawanan - Blogger Cabut VS Wartawan Profesional

Sangat menarik apa yang telah dikongsikan oleh blog saudara RBF Online mengenai etika kewartawanan akhbar Sinar Harian, beliau membangkitkan perkara tersebut apabila akhbar berkenaan yang punyai lesen, wartawan bertauliah, ketua pengarang dsbnya itu dikatakan kurang beretika dari aspek 'sensitiviti' dalam melaporkan sesuatu berita.

Berbeza dengan media sosial, kerana menurut beliau, pemilik akaun media sosial tidak pernah dilatih, tidak pernah diberi penerangan atau garis panduan tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh disiarkan di media sosial. Mereka boleh jadi wartawan yang tidak bertauliah dan media yang tidak berlesen dalam masa dua minit sahaja. 

Pada masa sama beliau turut mengumpamakan seperti buka mee maggie dalam plastik, letak dalam bekas dan tuang air panas. Sementara tunggu air panas memasakkan mee maggie, mereka boleh buka satu akaun blog atau FB. Dalam masa 2-3 minit siap dan mee maggie sudah boleh dimakan. Waktu itu mereka dah jadi seorang wartawan yang tidak bertauliah dan memiliki satu medium media yang boleh diakses di seluruh dunia.selanjutnya diSINI.

Menarik bukan! Kenyataan beliau itu juga mengingatkan pengalaman lalu saya ketika pernah bertugas bersama beberapa wartawan akhbar utama di sebuah portal online, hampir setahun saya berkhidmat dengan portal berkenaan pelbagai pengalaman baru yang saya timba didalam dunia kewartawanan.

Namun mungkin sudah menjadi lumrah bilamana blogger cabut seperti saya berada dalam kalangan segelintir wartawan profesional, segala yang tidak betul itu akan mutlak diletakkan menjadi milik saya, biarpun kesilapan yang tidak disengajakan itu hanya melibatkan tanda baca seperti koma dan sempang.

Sengaja atau tidak, kesilapan tetap kesilapan, saya akui dengan rela tanpa membantah atau menegakkan benang yang basah, oleh kerana kesilapan sekecil itu menjadi isu utama yang dibangkit dalam satu mesyuarat harian dan menjadikan saya sebagai sasaran, timbul dihati kecil saya adakah saya sahaja yang melakukan kesalahan?

Sehinggalah selesai mesyuarat saya pulang dengan ke'bengangan', lantas membuka dan menyemak balik setiap artikel yang diterbitkan diportal berkenaan dan mendapati kesilapan yang dibangkitkan keatas saya turut dilakukan oleh wartawan propesionel, bahkan ada diantara mereka mengeja pun salah.   Namun semua itu tidak menjadi isu mungkin kerana mereka adalah wartawan propesionel.

Tidak tahan dengan tekanan itu perasaan seperti dibuli datang membuak-buak, gaji yang diterima setiap bulan dirasakan menjadi kecil dek kerana tekanan, kita boleh akur dengan kesilapan, tapi bila kesilapan itu menjadi satu perkara untuk kita diperlecehkan, sedang perkara itu mereka yang pro pun tidak terkecuali dari melakukannya, mulalah hati menjadi panas.

Setelah melakukan pertimbangan diatas beberapa faktor, saya mengambil keputusan untuk berhenti, bukan mengalah dengan cabaran kerja atau situasi berat sebelah itu, tapi khuatir perkara yang lebih mudarat akan berlaku jika 'berat sebelah' itu berterusan, biarlah kita mengalah mungkin bukan rezeki kita disitu, daripada memendam rasa lebih baik berambus saja, tak gitu ? hehehe.

Apapun saya bukan jenis pendendam, yang lepas tu biarkan ia berlalu, andai bermanfaat boleh dijadikan iktibar buat rakan-rakan pembaca, kenkadang kita tak perasan mungkin ada mereka yang profesenel ni kurang senang dengan wartawan 'mee maggi' seperti blogger, yerlah pelajaran entah setakat mana, kursus pun tidak, sedar-sedar 2 minit dah boleh jadi wartawan.

Kalaulah ada yang berfikiran macam tu, kita kena ingat, rezeki ni hak Allah pada hambanya yang berusaha, redha jerlah seadanya, usahlah kerana kebencian kita kepada 'mee maggi' menyebabkan kita sakit hati sehingga hal-hal yang kecil pun kita perbesarkan atau dengan kata lain bersikap serba tak kena...Jangan macam tu! tak baik, Allah marah, makin sempit rezeki kita...

Kita yakin bukan semua wartawan profesional bersikap seperti itu, mungkin hanya segelintir saja, ketahuilah jauh disudut hati seorang pejuang bangsa seperti blogger untuk menyaingi ke'profesionalan' para wartawan, secara peribadinya, sebagai blogger kita tak tekankan sangat mengenai konsep 5W+1H sebagaimana yang diamalkan oleh wartawan.

Malah kita lebih menumpukan kepada perkara yang menjadi isu khasnya berkaitan politik negara, mungkin tanpa blogger seperti saya, rakyat Malaysia sedikit sukar mengetahui bahawa dalam dunia ini tidak ada perjuangan yang lebih suci daripada perjuangan Pas, dan Allah telah mengarahkan Pas untuk ke Putrajaya sebagaimana diungkapkan dalam video yang pernah saya siarkan seperti dibawah, bahkan ada lebih 200 video seumpamanya, rujuk Youtube disini.

Apakah segelintir wartawan profesional merasakan berita itu punyai 'value' ? Tidak bukan ? Kerana tahap profesional  segelintir wartawan akan menafikannya kalau tanpa di'jolok....' Hanya kami blogger cabut saja yang memainkan isu-isu seumpama itu, soal punyai 'value' atau tidak, biar pembaca dan penonton menilainya. Nak terima atau tidak terpulanglah kepada masing-masing. Blogger hanya berkongsi pada mereka yang sudi.
Betul ke ni gambar Nik Amar TMB Kelantan ? Media berlesen SH yang siarkan....
Blogger dan wartawan punyai banyak perbezaan, sebagaimana yang pernah wartawan kritik kepada blogger di http://www.hazrey.com/2012/03/829-etika-wartawan.html.

Apapun blogger adalah pejuang, blog adalah senjata berjuang, agama, bangsa dan negara adalah dasar perjuangan, kebenaran merupakan aset yang wajib dikongsikan.....Begitu juga dengan wartawan media konvensional, kita berbeza pada perlaksanaanya namun pada dasarnya tujuan kita mungkin sama. Cuma segelintir yang angkuh saja enggan menerimanya. Anda Mampu Mengubahnya.

Jika ada yang pertikaikan kekuatan blog dalam memenangkan parti politik, harus diingat kekuatan media bukan blog pun sudah berpuluh tahun wujud masih gagal mengalahkan Pas di Kelantan....Kalaulah itu yang menjadi ukuran...

Lihat! Kenapa Anak Johor Kata: "Jika Lebih Lama Lagi Kami Kat Kelantan, Tak Mustahil Kami Sokong Pas"

Pendedahan siri 1 dan 2 yang dibuat oleh beberapa buah blog team Kelantan Cyber Warriors (KCW) yang dilaporkan telah menjadi mangsa virus 'kencing tikus' difahamkan akan memasuki siri yang keseterusnya dimana pendedahan lebih terperinci akan dipertaruhkan oleh mereka. Pendedahan terbaru dibuat oleh anak kelahiran Johor yang merupakan salah seorang penulis di blog 'KelateToday' yang turut membantu jentera cyber BN Kelantan pada PRU 13 yang lalu. Antara luahannya seperti berikut:

Jika sebelum ini kami selaku orang luar sering terfikir kenapa Barisan Nasional begitu sukar untuk mengambil alih pentadbiran daripada Pas Kelantan, namun kini kami sudah punyai jawapan dari apa yang pernah kami fikirkan itu, dan anda semua usah berasa hairan dengan situasi berkenaan kerana sampai bila-bila pun BN tidak akan mampu untuk tawan negeri Kelantan jika masalah penyelewengan seperti yang berlaku sebelumnya itu gagal diselesaikan. 

Pengalaman kami di Kelantan sangat mendukacitakan, mungkin jika lebih lama lagi menetap disana dan berhadapan pula dengan sikap beberapa kerat sebagaimana individu yang diamanahkan untuk menjaga team media ini, tidak mustahil kami juga akan menjadi antara salah seorang dari penyokong Pas. Baca selanjutnya diSINI

Terdahulu blog TenteraMaya dan blog KakirayauKb turut membongkar mengenai isu yang sama dan dilihat kali ini hampir 'menjerlus' kepada sasaran, pendekatan mereka yang lebih berhati-hati sebelum mereka membongkar bukti secara keseluruhannya kerana mereka beranggapan selepas segala bukti didedahkan, tidak akan ada mana-mana pihak yang cuba menyalahkan mereka kerana masa yang diberikan kepada individu berkenaan supaya tampil menjelaskan perkara yang dibangkitkan itu sudah mengcukupi.

Kami sudah ada hitam putih sebagai statut untuk membuktikan bahawa kami benar kerana kami sudahpun bersemuka dengan 'penyumbang' dana tersebut untuk kepastian. Actualky, kami bukan jenis sondol macam kerbau rodeo sebab kami tahu dia seorang yang licik dan pantang tengok $$$.

PEMBONGKARAN MODUS OPERANDI:

- Kenapa la dia nak control semua peruntukan sampaikan salah seorang blogger, iaitu KELATE TODAY hanya dapat sejumlah amaun yang hanya cukup-cukup untuk membeli tiket bas untuk pulang ke kampung halamannya di Johor Bharu. Patut ke macam tu? Berbaloi ke?

- Sejumlah wang peruntukan yang telah dapat sebanyak ** telah dibelanjakan untuk membeli gadget tambahan (laptop, printer?) dan telah habis sebanyak %%. Aku tak kisah kalau nak beli benda yang berguna tapi apa yang peliknya, jumlah %% dia tak declarekan pada 'penyumbang' dan mana menghilang semua gadget-gadget tersebut sebaik tamatnya tarikh pilihanraya umum? 

Tidakkah itu semua hak 'penyumbang' dan perlu dikumpulkan untuk diserahkan semula. Takkan pisang berbuah dua kali? Benda yang sama pernah terjadi semasa PRN Sarawak lepas. (Sumber dalaman).

 Ini bukan amaran atau ugutan, sebelum muka awak terpampang dilaman-laman blog dan permanent menjadi maklumat di Google, Disyorkan supaya awak tampil beri penjelasan dan buktikan bahawa awak itu tak bersalah supaya semua Cybertroopers dan barisan pemimpin Kelantan tahu siapakah E***** A******* dan siapa berada dilandasan betul. 

Ini bukan cakap kosong dan ini bukan olok-olok seperti dialog percakapan dia. SATU saja kami mohon, sila tampil dan jelaskan satu persatu apa yang patut dijelaskan. Selanjutnya baca diSINI dan juga diSINI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...