Ulamak Ke Paderi ? Kalau Non Muslim Tak Boleh Sebut Kalimah Allah Macammana Nak Syahadah !

Siapa pula yang kata non muslim ni tak boleh sebut kalimah Allah ?, Harakah siap angkat tunjuk sample lagu-lagu negeri ni apa ke hell-nya ? Alahai terdesak benar agaknya sampai dikatakan non-muslim tak boleh sebut kalimah Allah ni.

Nak tambahlah sikit lagi, kalau non-muslim tak boleh sebut kalimah Allah macammana dia nak jadi muslim atau nak peluk Islam ? dalam syahadah pun ada kalimah Allah, harulah macam ni, tak berkembanglah Islam.

Apa yang saya faham dan bersetuju sebelum ini adalah kalimah Allah hanya tidak dibenarkan kepada non-muslim untuk digunakan secara terbuka menerusi tulisan yang bertentangan dengan kepercayaan Islam termasuk terjemahan bible dalam bahasa melayu atau dengan kata lain yang boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam selaku umat majoriti didalam negara ini yang mengangkat agama Islam sebagai agama persekutuan.

Tidak timbul soal non-muslim tidak boleh sebut kalimah Allah, tu jauh sangat dah lari tu, lebih-lebih lagi kalimah Allah didalam penulisan atau lagu yang dikarang oleh orang Islam atau yang tidak bertentangan dengan Islam.
Non-muslim nak sebut Allah maha berkuasa, Allah Maha Esa, mahasuci Allah atau puji-pujian bagi Allah, sebutlah! Apa masalahnya ? Yang menjadi masalah jika kalimah Allah dibenarkan digunakan secara terbuka, sebagai contohnya mereka ingin menaikkan satu papantanda yang menyebut "Allah Bapa, Putra dan Roh Kudus", sedangkan pengertian mereka terhadap Allah itu bertentangan dengan Islam sekaligus mendatangkan kekeliruan disamping fitnah terhadap kepercayaan umat Islam itu sendiri.

Yang duk pertahankan sangat penggunaan kalimah Allah kepada non-muslim ni apa ke halnya, Islam mengajar berdakwah kepada mereka untuk memeluk Islam, bukannya memberi peluang kepada mereka mengelirukan umat Islam, Ulamak sepatutnya pertahankan Islam, kalau nak pertahankan bukan Islam, Kristian umpamanya, baik jadi paderi. Ini juga bagi mengelakkan umat Islam keliru yang mana paderi yang mana Ulamak, kerana sikap ulamak mengalahkan paderi. Anda Mampu Mengubahnya.

27 comments:

  1. itu lah ulamak sekarang yg tumbuh mcm cendawan sebenarnya ilmunye msih cetek...ulamak macm ni lah yg kita kene jauhi sbb boleh memesongkan umat islam

    ReplyDelete
  2. anti Dr maza1/08/2013 9:50 PM

    Allah yg di maksudkan yg dinyanyikan dalam lagu itu adalah nama khusus bagi tuhan umat islam iaitu Allah yg bersifat esa yg mana Allah tidak beranak dan diperanakkan. Orang buddha dan hindu pun faham, kristian bukan katolik pun faham.

    Allah yg hendak digunakan oleh Puak2 kristian ialah yg bersifat 3 dalam satu.

    Itu pun Dr Maza tak faham?

    ReplyDelete
  3. Dr Maza.. tolong gunakan akal yang waras.

    ReplyDelete
  4. Dr Maza masih tak faham apa yang puak-puak ini mahukan. Kalau satu patung dia buat, dia namakan ayat itu untuk tuhan mereka, apa Dr Maza nak kata.
    Tolonglah fahami Islam itu, bincang dulu, jangan asyik nak blast jer. Think before you write.

    ReplyDelete
  5. Dia ni faham ke atau buta perut buat tak faham..
    Jadi ulamak pun biarlah berbaloi bukan bodoh piang mcm ni..
    Tujuan syahadat utk msk islam bertujuan baik..yg kao meroyan dia guna..apa tujuannya..

    ReplyDelete
  6. Tiada bezanya Dr Maza dan Mawi.

    ReplyDelete
  7. Dr. Maza ni cm x paham je..ape kah??nk nmpak modern tapi ke laut..

    ReplyDelete
  8. Dr.Maza...sy menghormati Dr..tp sejak akhir2 ini nmpaknya sesekali 'coretan'Dr. makin bnyk menimbulkan kekeliruan...pada pndpt sy, tak ada org yg pertikaikan pengunaan kalimah @ pn sebutan Allah dlm lirik lagu oleh bukan Islam..krn apa..?tanpa kita sedar Islam sudah diakui sbg agama rasmi negara kita dan apabila org bukan islam menyebut Allah dalam lirik lagu tersebut ianya adalah satu cara mereka dididik untuk bersifat menghormati dan mengiktiraf Islam adalah agama rasmi umat Islam di Malaysia serta peranan Institusi Raja.Isu utama sekarang ialah apabila penganut Kristian mahu menterjemahkan dan menggunakan perkataan 'God' kepada ALLAH dalam kitab mrk yg ternyata AMAT BERBEZA pemahaman sifatNYA di dalam kitab mereka dengan Al-Quran..Katakanlah pada masa akan datang, sejak kita membenarkan mereka menggunakan nama ALLAH dlm kitab mereka mulai detik ucapan oleh TG hj Hadi menyebabkan ramai umat Islam terpesong akidahnya akan timbul persoalan...?? 1.Bgm nk mengawal dan mencegah supaya org Islam tidak mudah dipesongkan tambahan dengan arus kemodenan dunia tanpa sempadan ini...2.pihak manakah yg bertanggungjawab..pemerintah skrg yg telah memutuskan bahawa KALIMAH ALLAH tidak boleh digunakan oleh org bukan Islam @ pihak yg menyokong kalimah ALLAH digunakan oleh org Kristian?Jgn spi dah terhantuk br nak tengadah..nasi dah jd bubur..Sy rasa sekiranya berlaku keadaan sedemikian pada masa anak cucu kita, pihak yg menyokong penggunaan kalimah ALLAH hanya akan cuci tgn shj..tambahan lg sekiranya mrk berkuasa..semuanya LUPA..Fikir2 kanlah..tambahan pulak Dr. adalah seorang intelektual Islam..Gunakanlah ilmu Dr. demi kemaslahatan dn kejayaan umat Islam di Malaysia dunia dn akhirat..Jgn buat org pening..tq..
    sekadar renungan:Surah al-Ikhlas menyebut dengan jelas siapakah ‘Allah’ yang sebenar.Allah SWT berfirman:

    Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah yang
    Maha Esa; “Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon
    sebarang hajat; “ Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan
    tidak ada sesiapapun yang setara denganNya”.

    Allah SWT berfirman :surah Ali Imran ayat 64:

    Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah
    kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita
    semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan
    denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita
    mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang
    dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli
    Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka:
    “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.
    Persoalannya adakah Gereja Katolik bersedia untuk mempertimbangkan
    seruan al-Qur’an untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dengan merujuk
    kepada hakikat yang sama iaitu Tuhan Yang Maha Esa tanpa sebarang
    sekutu bagi-Nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerajaan yg ada bangkit selesaikan isu ALLAH ni ALLAH ini hak ISLAM bukan untuk ugama lain, kerana ugama lain dah ada nama tuhannya masing masing
      Tolong kerajaan , Malaysia kan Agama raminya Islam

      Delete
  9. Dr.Maza:Contoh yg Dr bg tu nmpk x berapa bijak...Anon 11.05pm..sy sokong!!!

    ReplyDelete
  10. Ni lah bahayanya orang ada ilmu dari orang tak ada ilmu. Orang tak ada ilmu buat salah may be dia tak tahu hukum hakam. Tapi orang yang ada ilmu akan cari jutaan alasan untuk menghalakan cara.... fikir-fikirkan....

    ReplyDelete
  11. Maza:Ularmak:Wahabiah.nothing more than that.

    ReplyDelete
  12. Dr Maza ni, peranan dia hanyalah sebagai nasi tambah je... Nak bagi isu jadi cacamarba bolehlah panggil dia untuk komen. Bukan nak jadi lebih jernih, tapi tambah huru hara adalah.

    ReplyDelete
  13. kalau kalimah Allah diguna pd kitab Injil Kristian yang sudah diubah maksud asalnya maka apabila orang baca pasti mereka ingat Allah yang suruh lakukan ajaran dlam kandungan kitab injil yang salah itu dan inikan boleh dilihat satu salah guna dan allah tidak menyuruh manusia melakukan perkara dalam kitab injil yang sudah diubah itu. Sedangka kitab injil sebenarnya salah dan tidak boleh diguna orang islam. pas ni dah bengong ko??

    ReplyDelete
  14. Terima Kasih dr maza. penjelasan yg bijak dan terbaik .Ulama mcm ni yg kita mahu.Allah.

    ReplyDelete
  15. Doc...tolong jangan menjual jiwa anda demi politik (don't sell your soul for the sake of politics)!

    ReplyDelete
  16. “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63)

    ReplyDelete
  17. Manusia tak perfect. Semua manusia pun ada banyak kekurangan. Tak semestinya bergelar Dr telah arif semuanya.

    Lebih baik berbincang sesama ulamak semalaysia yang ada. Berbincang dengan lebih detail lagi baik dari memberi keputusan secukup rasa. Mengguna minda saja tak cukup. Lihat dengan minda bersama deria yang ada.

    ReplyDelete
  18. ....ulamak tapi bercakap macam percakapan padri pula...eh kami sudah keliru la ...mungkin selepas ini Kristian akan minta pula perkataan padri ditukar kepada imam atau ulama atau ustad...belum keluar kitab injil terjemahan yg pakai kalimah Allah, orang Islam sudah ramai yg keliru, terkeliru kerana ramai ulama sendiri yg cakap mengelirukan...jadikan agama sendiri dan nama tuhan sendiri sebagai alat dan bahan permainan politik...

    ReplyDelete
  19. Hadi Awang guna ayat Ali'Imran:64 sebagai perisai beliau utk mempertahankan sokongan PAS untuk penggunaan kalimah Allah untuk kafir laknatullah. Ayat ini berkenaan seruan Nabi Ibrahim kepada Ahli Kitab untuk berpegang kepada satu kalimah iaitu "ALLAH"... tetapi di ayat seterusnya Ali'Imran:65, Allah berfirman "Wahai Ahli Kitab! kenapa kamu berbantah-bantah tentang hal Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan sesudah Ibrahim. Apakah kamu tidak berfikir?"... maksudnya seruan berpegang kepada kalimah Allah kepada Ahli Kitab umat Nabi Ibrahim ini tidak boleh digunapakai sesudah Taurat dan Injil diturunkan... Allah Maha Mengetahui...

    ReplyDelete
  20. Dunia akhir zaman.....kebodohan dan kebebalan sibodoh yg berlagak pintar semakin terserlah.....berperasaan pandai tetapi menjadi bahan ketawa org ramai yg melihat dan mendengar kebodohannya...ish ish ish.

    ReplyDelete
  21. Che Yor Gaal1/10/2013 2:00 AM

    Cuba kau orang bayangkan...Tahun depan kuil Buddha di Tumpat/ Ketip Siam Tumpat, Patung Buddha mengiring terbesar di Asia Tenggara membuat permohonan kepada kerajaan Kelantan Nik Aziz. Nama Ketip Siam itu mau ditukar kepada Ketip Tuhan Allah Tidur, Tumpat, Kelantan...Kau orang agak Nik Aziz dan Hj Hadi setuju ke tidak?? Aku yakin Guan Eng dan Anuwar akan amat bersetuju...asalkan Melayu undi PR dan nanar 24jam tentang Tuhan mereka.

    ReplyDelete
  22. Sejak Dr. Maza menerima alasan Nurul Izzah didalam isu membolehkan orang Islam Melayu murtad tanpa usul periksa tempoh hari, saya dapati Dr. Maza ni semakin hari semakin kurang cerdik. Alasan kali ini merupakan titik optima ketidak cerdiknya Dr. Maza. Maaflah Dr. Maza, bermula hari ni, saya delete nama Dr.Maza dalam senarai ulama rujukan saya. Dr.Maza ini sesat dan menyesatkan..

    ReplyDelete
  23. dia ni faham ke apa yg dimaksudkan jgn meleret2 ke benda lain . TIDAK PERLU JADI ULAMAK SEPEKARA BEGINA - TIDAK BOLIH KAFIR GUNA KALIMAH ALLAH DLM APA JUA TULISAN WAIMA KITAB MEREKA- NO TAK PERLU TINGGI AGAMA DLM HAL INI.
    INDONESIA ???
    YES MEREKA GUNA BOLIH LIHAT SIGN BOARD DIGEREJA2 DI INDON ''RUMAH ALLAH '' TAPI LIHAT 'BALA' YG ALLAH TURUNKAN , OLIH KERANA TINDAKAN SEGELINTIR KAMU ,,,KAMI AKAN MENDAPAT 'TEMPIAS' DARI BALA ALLAH ,,,,KAMU NI HEBAT ATAU BODOH ATAU 'RIAK' ,JGN ANGGAP KAMU2 TAHU AGAMA 'SYURGA' ITU MILIK KAMU ??? ULAMAK DUNIA BILA BERSYARAH MEREKA2 NI SEOLAH2 RASA HEBAT KAMU2 TDK BOLIH BOHONG ALLAH APA YG TERSURAT DA TERSIRAT ,,,TDK GUNA TAHU SEMUA TAPI KITA SENDIRI YG MENJURUSKAN DIRI KITA KE NERAKA ,,,TAK GUNA JADI 'GURU' KELAS MEMANDU JIKA DIA KERAP MELAKUKAN KESALAHAN JLN RAYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    PALING AKU TAKUT ORG YG PANDAI AGAMA,,,,,KRNA MEREKA RASA MEREKA 'RAPAT DGN ALLAH DISEBALIKNYA ALLAH 'MENJAUHKAN DARI MEREKA ,,,ALLAH ADA BERFIRMAN AKU TIDAK MENYEKSA KAMU TAPI KAMU SENDIRI YG MENYEKSA DIRI KAMU-bnyk kali disebut dlm alquran

    ReplyDelete
  24. Sebut tak salah tapi kita larang guna dalam kitab mereka. Sebut babi tak salah tapi salah guna babi dalam makanan. Sebut pelacur tak salah tapi haram langgan pelacur. Sebutlah apa hang nak sebut tapi silap2 sebut perkataan pun penampar naik ke muka. Kesimpulannya SEBUT dan GUNA PAKAI dua perkara yang sangat jauh maknanya. Berapa ramai non Muslim sebut ALLAH ketika nyanyi dalam lagu kebangsaan yang balik rumah tukar nama patung depa sembah jadi Allah. Rasanya tak de... tapi ini Kristian nak pakai Allah yang terang2 untuk tujuan dakyah mereka. Nak benarkan juga? Lepas ni kalu Hindu nak pinjam kalimah Allah ganti dewa Murugan amacam. Sanggupkah tengok depa usung patung sambil sebut ALLAH? Benda simple pun tak leh pikir. Orang bodoh mana terjemah BI ke BM semua guna bahasa Melayu alih2 tang god tukar jadi Allah, bukan tuhan, kalu nak guna bahasa Arab pun bunyinya ilah. Ade logik ke! Murah hati sangat kat kristian tu wat pe. Esok lusa orang nak guna anak bini hang pun bagilah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan, ini baru persoalan kalimah Allah..sudah ramai cendikiawan Islam Melayu, ahli partai Islam nanar dalam memberi ulasan dan penjelasan. Pengikut marhaen dikampung tentu akan jadi huru hara, buta kelu..hanya kerana SATU, ya SATU perkataan ALLAH..yang dipolemikkan oleh ketua politik Avengalis Kristian Malaysia, Father James Lim Guan Eng...banyak lagi akan menyusul.

      Cucu Dr.Maza pada tahun 2045 akan bernikah@kahwin lebih tepat, dengan Janice Yau, pengamal Avengalis. Masa itu Dr Maza dialam barzah tak sempat tarbiah cucu cicit. Cicitnya bebas memilih agama sebab ibunya Janice memberitahu dalam bahasa Melayu, Kitab Injil menerangkan Tuhan Allah,anak Allah ialah Allah Jesus. Al-Quran ditulis oleh Nabi Muhammad 640 tahun kemudian, gunapakai Tuhan Allah, tapi buang Allah Jesus sebab dalam shahadah Muhammad mau letak nama dia sendiri. Sudah pasti Injil itu teramat benar kerana Allah turunkan kepada anak dia sendiri Jesus. Manakala Al-Quran itu adalah kitab palagiat Injil. Islam disebar melalui mata pedang dan ekstrimism, saperti Hollywood dan Yahoo rekodkan dalam film dan media.

      Ilmu logik akal macam ini sudah 50 tahun didakyahkan oleh Kristian, terutama apabila mereka telah pun menggunakan petikan-petikan ayat suci Al-Quran untuk mengelirukan, menimbulkan pertelingkahan diantara sarjana Islam ( yang nipis keimanan dan aqidah ). Matlamat akhir adalah kelonggaran iman dan mempersoalkan kepercayaan kepada Al-Quran itu sendiri.

      Berpuluh ribu telah MURTAD di Mesir, Syria, Jordan, Tunisia, Algeria dan lain-lain negara Africa Utara, didalangi oleh icon-icon sarjana yang dikatakan Islamik sebelumnya, tetapi telah diselamatkan oleh Allah Jesus setelah menemui 'pembohongan' dalam Al-Quran. Ini adalah gerakan halus musuh Islam.

      Sabda Rasulullah saw..." Aku tinggalkan Qalam Allah, Al-Quran, dan Sunahku..." sebagai landasan Siratul-Mustaqim dalam pengabdian dan mencari keredhaan Allah.

      Jika Ulama' diperlekeh dan dicacaikan, Sunnah dan Hadith Rasulullah diWahabikan, terakhir Al-Quran dipersoalkan, dimana lagi tempat berpijak Siratl-Mustaqim, jalan lurus yang sebenarnya? Jauhilah jalan yang menyesatkan, jalan yang menjadi perangkap oleh musuh-musuh kebenaran.

      Delete
  25. macam mana pula kalau orang bukan Islam yang menyebut alhamdulillah di khalayak ramai dengan tujuan untuk mempelajari bahasa yang orang Melayu selalu sebutkan? apakah salah hukumnya? boleh berikan penerangan :)

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...