SHAH ALAM - Di sebalik laporan bahawa kedua-dua mereka bertembung dalam isu hukum hudud dan bagi menyatakan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat (PR), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam mengunjungi rumah Pengerusi DAP, Karpal Singh di Jelutong, Pulau Pinang.
Nik Aziz tiba di kediaman Karpal kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam di Jalan Scotland.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berada dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa program anjuran Pas di negeri itu.
Ia dilihat sebagai pertemuan bersemuka kedua selepas konvensyen nasional PR tahun 2009 di Shah Alam dan juga ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu negara 12 Januari lalu.
Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulang tahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, Pas dan PKR.
Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata, beliau terkejut kerana pemimpin Pas itu tiba 30 minit lebih awal.
"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.
"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya dipetik Harakah Daily.
Pada konvensyen 19 Disember 2009, Nik Aziz menyifatkan "di dada Karpal Singh ada bulan" dengan merujuk kepada lambang Pas adalah bulan, pada jaket khas dikenakan pemimpin DAP itu.
Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama PR.
Sebelum Nik Aziz berucap, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, beliau bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi di antara Nik Aziz dan 'Tok Guru Abdul Hadi'.
Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau akan memberikan ucapan penutup.
"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz...apa salahnya...saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan tiga tahun lalu.
Kedua-dua mereka mempunyai sejarah perhubungan tersendiri dan konvensyen 2009 mencatat satu sejarah baru politik negara.
Dalam pada itu, Harakah Daily semalam memetik Nik Aziz mempelawa rakyat negeri Pulau Pinang melawat Kelantan yang didakwa terlalu miskin oleh Kerajaan Pusat.
Pelawaan itu dibuat beliau ketika memberikan tazkirah Zohor sempena lawatannya ke Masjid Jamek Batu Uban iaitu masjid pertama yang dibina di Pulau Pinang tengah hari semalam.
"Marilah pula ke Kelantan lawat negeri miskin sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri bila berkempen. Saya pun hairan yang dikatakan miskin macamana sedangkan kapal terbang banyak yang turun menandakan banyak pelancong tiba, " jelasnya.
Beliau bersyukur memimpin negeri yang didakwa miskin kerana tidak payah mengarahkan penangkapan penyelewengan, rasuah atau memberi projek kroni.
Sebaliknya hanya mengarahkan pembangunan rohani supaya diseimbangkan dengan jasmani. -Sinar Harian

...penumpang kapalterbang yg turun dari kapalterbang tu kebanyakannya rakyat kelantan yg terpaksa berulang alik ke KL kerana urusan perniagaan dan yg bekerja diluar Kelantan kerana peluang kerja yg terhad Kelantan..
ReplyDeleteKalu hok molek dia mula menyohor hok dia padahal 22 tahun ggapo dia buat pun, dia sdiri tak tahu go satu.
ReplyDelete1) dulu kata mahathir gila kuasa, tp dia sdiri lebih lagi
2) dulu kata mahathir kroni, tp lo ni abih anak branak, menantu, ank sdara bui jwtn ptg
3) dulu kata haram bsaing dgn org kapir, lo ni dok ssaing dgn si harbi
4) dulu kata bn rasuah tp kalu puok dia namanya derma, wakaf, pemberian dll
5) dulu x bui sure heboh, lo ni gegea riuh
6) dulu kata soro org tino haram, lo ni bawak artis ttino siap berceloteh atah petas lagi.
7) dulu kata sambutan maulidurrasul tu x molek, pas tu dia sdiri beloh kek ... ada hok sapa 3 tikat
8) hari tu kata blh guna nama Allah, nasib baik kaba cepat ... tp masih x tarik balik mitak maaf.
Lama2 kena blsn la mu tuh !!!!
IKOT MU LAH NK KATO GAPO PUN.. MU ADA OTOK BULEH PIKIR...
ReplyDelete1) mana bukti TGNA gila kuasa? jgn tuduh n fitnah ulama' kerana dia org dekat dgn Allah swt
2) Jawatan apa?? jawatan dalam Pas, msti diberi dlm kalangan org yg arif....tanpa mengira siapaa mereka...
3) sapa kata haram bersaing dgn kapir? mung tu bagi andaian jah hok reti, buka la buka agama, tgok hukum buleh ke x....jgn duk main cakap ikot SEDAP tanpa selidik dulu
4)MMG BETUL PUN BN RASUAH, bkn dulu shja..SEKARANG lg kuat...weiii derma, wakaf tu lah yg tolong MUNG dlm kubor seksok....mu xdok sedekoh, amal jariah, xdok lah pahala mu hok berterusan
5)kat mana gege riuh tuh?? xdok pun konsert joget2 kat kelantan, setakat jualan tu...mmg gege pun
6)loni pun suara tino haram UNTUK menyanyi lagu2 melalaikan even nasyid pun haram. kALAU taranum, tilawah..ianya dibolehkan ikot pandangan sesetengah pandangan yg kuat. KAlau untuk bg CERAMAH, PERINGATAN...ia BOLEH.. semuanya atas niat!!! dan cara menghalalkan hukum
7)ni so lg..sapa kata sambutan maulidurrasul tu x molek?? mmg lah xda sambutan ni pada zaman nabi, n para2 sahabat..tapi ini boleh untuk tujuan kita mengingatkn diri kpd Allah n rasulNya..sbg sati wasilah untuk dekatkan diri..yg xboleh n jadi bidaah bila timbulnya persoalan nak puasa sempena maulid nabi, xsambut dapat dosa..n semua yg xberkaitan... PASAL potong kek pula, ianya boleh...yg xboleh nya meniup lilin diats kek itu...itu perbuatan sama dgn YAHUDI..lg satu, pikir logik la skit..kalau x potong mcm mana nk makan??????????????adoi...pikir n selidik dulu sebelum bg pendapat....MEMALUKAN!
8)mmg boleh guna nama Allah untuk bukan islam bg tujuan agama mereka, tetapi x untuk d tempat awam (jika mereka menyebarkan agama mereka di tempat awam, n melakuakn aktiviti agama di tempat awam)... lagipun dah lama lagu2 negeri ada perkataan Allah...dulu xtimbul pun persoalan ni dalam berita..skrg nak runtuhkan pakatan rakyat ke sbb pakatan ada cina, india n melayu ( DAP-PKR-PAS)..kalau niat tu jahat....xkemana lah
MU ni aku harap jgn duk x puas hati dgn Ulama' atau golongan yg menegakkan keadilan negara.... Lagi satu, baca lah buku2 agama..untuk tahu hukum...ni pakai hentam ikot perasaan...