Rakyat Kelantan terus tertipu dengan permainan politik suku sakat Abu Mawas, formula yang digunapakai mereka cukup senang, mudah atau simple.
Nik Aziz style - " Kalau Umno tukar dasar kepada Islam kita akan bubar Pas serta merta", bukankah itu satu hal yang mustahil, kerana dasar Umno itu sendiri pun sudah Islam, jika tidak apa yang bezanya antara Pas dan Umno dari segi tindakan bukan darisegi 'kecep sajo', namun dongeng itu jugalah yang dipegang sebahagian besar penyokong Pas.
Tapi ramai yang tak sedar, kalau Pas berjuang atas dasar Islam sehingga terjualnya tanah-tanah dibumi Islam kepada kafir, apa maknanya dasar Islam Pas itu ? Belum lagi dikira dengan isu kalimah ALLAH dsbnya.
Royalti: Antara Hak dan Manipulasi

Mereka cukup tahu bahawa mana-mana Menteri pun tidak akan menyahut cabaran untuk berdebat, sepertilah juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak menyahut cabaran Minda Pondok untuk berdebat dalam isu doa 'KO BN' beberapa bulan lalu, tindakan mengajak pemimpin berstatus Menteri untuk berdebat hanyalah satu tindakan untuk meraih publisiti semata-mata, tidak kiralah ia berlaku kepada mana-mana pihak sekalipun.
Begitu juga soal pengikut, Syed Azidi Syed Abdul Aziz bukannya seorang pemimpin mana-mana parti atau NGO, beliau hanya seorang rakyat biasa yang pernah bekerja dibawah pentadbiran Pas Kelantan dan kebetulan waktu itu beliau diberi tugas khas bersama rakan-rakan lain untuk belayar menjejaki telaga-telaga minyak yang didakwa berada didalam kawasan perairan Kelantan.
Diatas rasa tanggungjawab beliau sebagai anak Kelantan, beliau tidak sanggup untuk terus membohongi rakyat Kelantan diatas perkara sebenar yang beliau tahu mengenai kedudukan royalti ini.

Namun Setiausaha NGO R, Syam Ghaz dilaporkan bakal mengambil tempat Presidennya untuk berdebat dengan Syed Azidi.
Kesanggupan Setiausaha R itu tetap disambut baik oleh Syed Azidi yang tidak menilai soal kedudukan lawannya malah turut mengulangi kenyataan beliau sebelum ini bahawa “Kita debat untuk ilmu dan untuk menjernihkan pengetahuan rakyat Kelantan terhadap isu sebenar”.
Bagaimanapun masa dan tempat belum dapat dipastikan lagi, difahamkan ianya akan ditetapkan dalam masa terdekat ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.