Kafirkan Umno - 15 Jawapan Tun Mahathir Kepada Nik Aziz

1. Dalam Utusan Malaysia 18hb Februari, 2011, Nik Aziz bertanya apa bukti dia mengkafir UMNO. Allah Maha Kaya.

2. Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, “Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini”. Jadi nasionalis UMNO di dakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan dia bertanya, “apa nama kerja ini”. Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh UMNO kafir.

3. Nik Aziz menuduh saya fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya. Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan. 

4. Tetapi sebelumnya dia mendakwa “sokong PAS ertinya sokong Islam”. Kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah – “Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah”.

5. Apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap “sokong PAS” baru jadi Islam dan sebelum itu kafir? Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya.

6. Tidak ada pengertian lain dengan dakwaan UMNO tolak Islam selain daripada mendakwa UMNO adalah kafir.
 
7. Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh Nik Aziz yang dia telah mengkafir saya dan UMNO kerana kami nasionalis yang tidak sokong PAS.

8. Nik Aziz membandingkan dirinya dengan malaikat yang menegur Nabi. Saya bukan Nabi dan Nik Aziz bukan malaikat. Nik Aziz dan saya hanya manusia biasa dan ahli politik. Teguran ahli politik kerana kepentingan politiknya tidak sama dengan teguran malaikat.

9. Lagi pun teguran Nik Aziz menidakkan ke-Islaman saya, satu teguran (lebih tepat lagi satu tuduhan) yang amat serius.

10. Apakah ada orang Islam yang tidak melenting jika sesiapa mengkafirkannya? Apakah Nik Aziz tidak akan melenting jika saya kata dia sudah kafir? Belum saya kata itu pun Nik Aziz sudah melenting.

11. Berkenaan dengan Nik Aziz dan PAS memperkenalkan Islam kepada DAP, bukti menunjukkan PAS yang telah dipengaruhi DAP.

12. Lihat sahaja tindakan biadap terhadap Sultan dan Raja Muda Perak oleh ahli PAS, berguling-guling atas jalan menghalang kereta Raja. Sebelum berbaik dengan DAP ahli PAS lebih berpegang kepada budaya Melayu. Kerana mahu sokong DAP ahli PAS mengenepikan ke-Melayuan mereka. Dan sekarang tuntutan untuk mendirikan negara Islam pun sudah tidak didengari lagi.

13. Apabila bapa kepada DAP menyarankan supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran Islam, Nik Aziz tidak menolaknya kerana anggapannya yang saranan ini tidak seburuk nasionalisme orang Islam UMNO. Janganlah melenting jika saya kata Nik Aziz sudah terima saranan Lee Kwan Yew supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada Islam kerana ini tidak dahsyat seperti menjadi nasionalis Melayu Islam dalam UMNO.

14. Sekarang Nik Aziz mahu Melayu diutamakan kerana mereka adalah masyarakat majoriti di negara ini. Bukan masalah orang Melayu yang menyebabkan Nik Aziz mengubah pendirian terhadap bangsanya tetapi kerana Melayu menjadi majoriti dan dianya memerlukan undi orang Melayu, tidak lebih daripada itu.

15. Kenalilah Nik Aziz, orang yang utamakan hanya undi orang Melayu, bukan keprihatinan terhadap masalah hidup mereka.
 
Tun Dr Mahathir Mohamad
Mantan Perdana Menteri Malaysia

7 comments:

  1. semoga ALLAH MERAHMATI DAN MENGAMPUNI TUN DR MAHATHIR

    ReplyDelete
  2. Nik Aziz masih bernyawa lagi dah diaibkan dengan mainan kata-kata politiknya yang diibaratkan makan tuan. Di akhirat entah macam manalah aibnya. Allah s.w.t. bagi tunai sebahagian dari dosa-dosa Nik Aziz dengan menuduh sesama Islam kapir. Orang yang Nik Aziz kata kapir hidup masih sihat sejahtera dan nampak ketenangan jiwanya dari Nik Aziz yang nampak lebih uzur dengan buah fikiran seperti orang nyanyok.
    Semoga Allah s.w.t. memberkati kehidupan Tun Dr. Mahathir.

    ReplyDelete
  3. nik aziz puak pas panggil tuan guru, siapa anak murid nya, kalau ada guru solat di stadium merdeka tidak akan sampai 4 arah kiblat, stadium merdeka bukan ada kaabah, semua penjuru adalah kiblat, pekara simple pun tok guru tak boleh ajar anak murid , jangan sampai ada yang baca talkin seperti ini, 'ashes to ashes,dust to dust, from gravel you come from gravel you return...amen? inilah akibat belajar ugama tak tahu nak mengkaji, kalimah Allah swt di permaikan, gelap hati TGNA,kalimah tauhid jgn main main bro?
    insaf lah,sakartullah maut dah dekat....

    ReplyDelete
  4. semoga Allah swt mengampuni kita, membuka pintu hati kita utk menerima hidayahNya dan membimbing kita semua di atas jlnNya , amin !!!

    ReplyDelete
  5. sunggoh cantik kata 2 dan susunan points of arguement by Tun, you right Tun. May Allah bless you with health and a sharp mind

    ReplyDelete
  6. Benar kata kata Tun. Intipati dan susun hujah jelas dan tepat. Amat senang difahami.

    ReplyDelete
  7. Aku taat. sujud dan bertawakal kepada Allah dan aku kagum dengan Tun. Semoga kita semua akan dirahmati.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...