BACHOK - Hampir 200 penduduk Kampung Seri Kemunting dekat sini berhimpun menyatakan hasrat agar Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding kerusi parlimen, sekali gus membolehkan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) menerajui kerajaan pusat.
Timbalan Presiden Kelab Penyokong Setia Tok Guru Malaysia, Ab.Lah Suhaimi Ismail berkata, hari ini penduduk sekitar Unit Peti Undi (UPU) Redang, Teratak Pulai dan Bator berkumpul di pekarangan Masjid Al Aziz sebagai menyatakan hasrat agar Nik Aziz bertanding di peringkat parlimen.
Menurutnya, Nik Aziz berpengalaman lebih 22 tahun sebagai Menteri Besar dan layak untuk diangkat sebagai Perdana Menteri dalam Kabinet apabila PR memerintah Malaysia nanti.
“Beliau berpengalaman sebagai pemerintah berpuluh tahun dan kewibawaannya sudah terbukti. Beliau juga pernah bertanding di peringkat parlimen sekitar tahun 1980-an.
“Saya percaya berdasarkan pengalamannya, dia mampu menjadi seorang Perdana Menteri yang lebih baik untuk rakyat Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Timbalan Ketua Peti Undi Bator, Mohd Zawawi Rifin berkata, Nik Aziz sepatutnya bertanding di Bachok untuk menggantikan penyandangnya.
Katanya, apabila kelibat ahli Parlimen luar tidak lagi relevan untuk rakyat Bachok, Nik Aziz perlu merebut jawatan ini untuk ke peringkat lebih tinggi iaitu berada di Parlimen.
“Saya percayakan kebolehan beliau yang mampu mentadbir negara kerana lebih 22 tahun memerintah Kelantan corak pemerintahannya tidak menghampakan.
“Tok Guru mempunyai auranya yang tersendiri dan saya percaya jika beliau diangkat menjadi Perdana Menteri, Malaysia akan mempunyai sebuah negara yang aman dan makmur di bawah pemerintahan ulama,” katanya.
Penganjur program, Mohd Zanuri Abdullah berkata, rakyat akar umbi di Kelantan amat menyokong sekiranya Nik Aziz mengubah haluannya ke Parlimen kali ini.
“Saya terkilan kerana dalam Kabinet bayangan PR, tiada nama Tok Guru disenaraikan sedangkan beliau mempunyai ‘track record’ yang baik memerintah Kelantan selama ini dan mampu mempertahankan Pas di negeri ini.
“Saya percaya pengaruh beliau amat kuat dan tidak salah untuk saya katakan kemenangan Pas di beberapa negeri lain termasuk di Kedah dan Selangor pada PRU12 adalah kerana usaha beliau turun naik ke negeri tersebut untuk meyakinkan rakyat memilih Pas,” katanya.- Sinar Harian

molek sangat lah, hambo pun setuju benar.....hehehehe
ReplyDeleteKah!kah!kah!...track record baik ?? terRbaaeeekkkk!
ReplyDeletecakap dolak-dalik ada angan-angan nak jadi ahli parlimen.ahli lain mintak ko letak jawatan.
ReplyDeleteKalau Nik Aziz jadi PM, alamatnya seluruh Malaysia akan dapat 'teh tarik' atau 'milo' percuma terus dari paip air.
ReplyDeleteBagus jugak ni, dah ada cara utk menjimatkan perbelanjaan harian rakyat ...
La ada jugak yg bg cadangan ni.....lawak lawak.
ReplyDeleteUdah-udah lah tu nak 'jek' Father Nik Ajis. 22 tahun perintah, air karat dalam paip pun tak boleh nak settle. Bila kena smash gila hah keluar lah gambar nik ajis makan nasi bungkus, sembahyang soran-sorang...zuhud konon. Dah lah tu, rakyat bukannya bodoh. Yang bodoh-bodoh tu spesis yang letak otak kat kepala lutut. Kat Father Nik Ajis, ambo nak pesah satu perkara saja - Kubur dah panggil, rumah dok suruh pergi....mintak maaflah semantara ada masa lagi ni
ReplyDeleteTolak PR dlm PRU13 ni. Satu undi untuk PR adalah satu undi untuk PAS-pis-pus, DAPpigs, P'Gay'R dan
satu undi untuk tuhan 'Allah Trinity' DAPpigs mereka tu. Jangan kita gadaikan masa depan anak-anak
dan cucu kita dengan memangkah parti-parti yang bersekongkol bawah PR dlm PRU13 nanti.....
Ya betul. 22 thn pengalaman sebagai menteri besar. Begitu jugalah, 22 tahun tak buat apa perubahan pun. Malah menjahanamkan kelantan selama 22 tahun.
ReplyDeletemolep sangat2 la tu.Timbalan Presiden Kelab Penyokong Setia Tok Guru Malaysia, Ab.Lah Suhaimi Ismail kuat te jilat.tok kembe ko???eeiii,jijik.
ReplyDelete