Isu Kalimah Allah - Nik Aziz Mengaku Tak Konsisten, Hj Hadi Kata Tak Salah

Kalimah ALLAH boleh digunakan kepada bukan Islam berdasarkan ketetapan tertentu. Ketetapan apa lagi sebenarnya ? Jika ada ketetapan maksudnya orang bukan Islam juga terikat dengan undang-undang atau perkara-perkara tertentu mengikut ketetapan yang digariskan oleh Islam. Maknanya seperti juga Hudud akan dikenakan keatas orang bukan Islam jika mereka turut terikat dengan ketetapan itu.

Hal ini sudah pasti merumitkan lagi keadaan, mungkin disebabkan pandangan yang tak sudah itu Nik Aziz awal-awal lagi mengaku pandangannya itu tidak konsisten dan bergantung kepada keputusan yang akan dibuat oleh parasit nanti.

"Ini pandangan saya, sekiranya mesyuarat nanti tidak memberikan kebenaran, saya akan ikut," katanya kepada media.

Lihatlah betapa rumitnya kerajaan dahulu untuk memutuskan sesuatu perkara bersabit hal agama, namun semua keputusan itu dibuat menguntungkan umat Islam, tetapi tetiba sahaja PR ni muncul segalanya hendak diubah, segalanya hendak diberikan kepada DAP termasuk tanah seluas lebih 10,000 ekar di Gua Musang Kelantan.

Selepas ini apa lagi yang nak didesak oleh DAP dan hendak diberikan oleh Pas kepada mereka. Kekalkanlah perkara sediaada tanpa cuba-cuba  untuk menggangu-gugatnya. Golongan agamawan memutuskan perkara ini dahulu, bukannya melihat kepada keuntungan politik, akan tetapi mereka melihat keuntungan kepada Islam.

Namun mereka yang megaku diri mereka ulamak pada hari ini, apabila membuat sesuatu keputusan, mereka lebih memikirkan soal keuntungan politik berbanding kepentingan umat.

Kalau nak cakap bab memberi itu baik, sememangnya semua adalah baik, kalau Nik Aziz bagi Mercedes dia kat saya pun baik, saya akan lebih hormat dan berusaha untuk zuhud macam Nik Aziz, tapi kenapa Nik Aziz tak bagi ? Sebab Nik Aziz rasa lebih memerlukan, dan saya tidak berhak keatas Mercedes Nik Aziz itu melainkan Mercedes yang lain.
Begitu juga dengan kalimah Allah, jika dari satu sudut kita fikir ianya baik untuk diberi gunakan kepada bukan Islam, tapi pernahkah kita fikir dari segi sudut yang lain, umpamanya ia disalahgunakan.

Hal disalahgunakan ini juga sedikit berkait dengan kenyataan Presiden Pas Hj Hadi Awang dimana menurut beliau jika ia tidak disalahgunakan, Islam tidak melarang kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

Bukankah kenyataan Hj Hadi itu umpama polis tak tangkap kalau beri dadah kepada penagih dadah asalkan ianya tidak disalahgunakan, dah nama lagi penagih dadah, mana mungkin dadah yang diberikan kepada penagih dadah itu tidak disalahgunakan.

Begitu juga dengan bukan Islam, dah nama lagi bukan Islam mana mungkin kalimah Allah itu tidak disalahgunakan atau ianya digunakan sebagaimana orang Islam. Kalau tak disalahgunakan dah jadi orang Islamlah.

Habistu kalau pandangan Hj Hadi tak betul, Nik Aziz pun tak betul, apa yang betulnya ? Yang betulnya adalah kekalkan kerajaan sediaada yang telah menetapkan perkara ini dan perkara-perkara yang lain juga. Diatas perkara-perkara yang ditetapkan itu ia telah terbukti akan keamanan yang kita kecapi sehingga hari ini.

Cuma penyonglap, penyeleweng dan penjahat didalam kerajaan BN itu sahaja yang perlu dihapus musnahkan kerana turut terbukti telah merosakkan kepercayaan rakyat kepada BN selama ini. Untuk menghapuskan pendurjana-pendurjana itu tidaklah perlu menumbangkan kerajaan yang sekaligus akan mengganggu-gugat perkara-perkara yang menjaga kepentingan semua,

Menghapuskan pendurjana itu cukup saja dengan membongkar segala aktiviti mereka sehingga terhadapnya mereka ke mahkamah atau terhukumnya mereka diatas penyonglapan yang dilakukan. Sekiranya khuatir dan ragu-ragu terhadap proses pengadilan, ayuh saja kita bangkit kejalanraya, bukan sebagai pembangkang yang ingin merampas kuasa, tapi sebagai pembangkang keatas perkara yang tidak betul dilakukan oleh Kerajaan. Anda Mampu Mengubahnya.

9 comments:

  1. terbaik bro!gua sngt stuju dgn pandangan ini.

    ReplyDelete
  2. KALAU "ALLAH" DIGUNAKAN DALAM BIBLE, MAKA MUDAHLAH ANAK CUCU KITA DIKELIRUKAN.....DAN INILAH CARA EREKA NAK KEMBANGKAN KRISTIAN DIKALANGANANAK ISLAM.
    TIDAK KAH HADI AWANG KAJI FAKTOR INI, DAN APAKAH WAJAR MAJLIS SYURA SETUJU.
    INI AGENDA LON TERM MEREKA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang yang baca kitab injil akan ingat Allah yang suruh lakukan dalam kitab injil yang sudah diubah kandungan asal krn tertulis nama Allah dalam kitab Injil yang sudah diubah kandungan asal dan inilah salah guna yang akan berlaku.

      Delete
  3. SETUJU, KUDIS KUDIS DAN NANAH NANAH DALAM UMNO. M E S T I. DISINGKIRKAN.
    UMNO FOREVER.........SATU PERJUANGAN YANG SUCI.

    ReplyDelete
  4. Haji Hadi mana boleh berfikiran jauh macam tu, tambah tambah pula nak buat kajian, mereka cuma memikirkan keuntungan jangka pendek sahaja, sedangkan umur mereka pun semakin pendek, hanya penyatuan orang Melayu sahaja yang dapat menebatkan perkara ini dari terus mengalirkan arus kebinasaan bagi jenerasi akan datang.

    ReplyDelete
  5. Skarang nie pn x yah gne kalimah kt bible pn tp amai cam dh ikut bible dr al quran...

    ReplyDelete
  6. Penjelasan isu Kalimah Allah

    Note: tolong ketepikan soal parti politik dan cuma baca ia dengan mata kebenaran dan kerisauan terhadap keadaan umat semata-mata.Bila saya keluarkan kenyataan yang penggunaan kalimah Allah patut diharamkan ke atas orang kristian,nanti ada lah mangkuk hayun yang bodoh2 fitnah saya ni pengikut umno lah apa lah.Tolong jangan politikkan kenyataan saya.

    Saya sebenarnya sibuk nak exam ni,jadi online kejap2 je,tapi tiap kali online,soalan sama yang sering menyerang ialah berkenaan kalimah allah digunakan orang kristian...hmmm...

    Ada yang haramkan,ada yang haruskan,ada yang berbaur politik ada yang berjuang pada kebenaran dan kerisauan terhadap umat...

    Apa yang saya lihat ialah dalam masalah macam ni,yang terbaik ialah kita terima kedua2 pendapat dan ambil jalan tengah yang adil dan saksama....

    Ulama A cakap HARUS
    Ulama B cakap HARAM

    Ibnu Batoota pulak cakap...

    Asal hukumnya tu harus sebab tidak ada pengharamannya yang jelas dan jelas dalam quran menyatakan yang orang2 kafir pun sebut nama "allah",jadi hukum asalnya jadi HARUS...dan ini lah pendapat ulama A...

    Tapi kita kena lihat pula keadaan di MALAYSIA ni,adakah hukum harus tu sesuai atau tidak?Kena faham realiti berikut:

    1)Kenapa paderi kristian kat malaysia ni TIBA-TIBA timbulkan isu ni?Sebelum ni tak de masalah pun?

    2)Kenapa mereka beria-ria sangat nak pakai kalimah Allah tu sedangkan sebelum ni tak kecoh pun?Mereka sedang merancang sesuatu...

    3)Kalau kristian pakai kalimah allah,nanti mereka akan tulis banyak artikel tentang 'agama' dan hias ia dengan nama ALLAH dan orang2 islam yang jahil yang telah tersedia keliru dengan islam,wahabi,syiah bertambah2 keliru dgn kristian pulak,last2 pakat murtad belaka.

    4)Gereja-gereja pula akan dihiasi dengan nama Allah,salib akan ditulis nama allah,di kubur kristian ada nama allah,di keranda kristian ada nama allah,dalam tandas pun main masuk je dengan nama allah,dan kita semua tahu nama allah itu suci.Patut ke kita biar?Di depan gereja pula akan tertera papan tanda "ISA itu anak ALLAH",bagi saya perkataan tu sangat pedih di hati berbanding perkataan "ISA itu anak TUHAN",kalau anak2 kecil kita baca,akan terngiang di fikiran mereka yang nabi isa itu anak ALLAH,sedangkan kalau guna lafaz "tuhan" kita boleh pandai2 pusing dan jelaskan kat anak kita.

    5)Uruf di Malaysia,nama Allah itu merujuk kepada tuhan orang islam,semua orang faham macam tu,kalau kristian pun pakai nama allah,maka orang jahil akan samakan islam dengan kristian,sekarang ni nampak jelas islam dan kristian tu berbeza,jadi itu lebih selamat,tapi bila 2 agama ni mula dianggap sama,gejala murtad TANPA SEDAR dan secara SEDAR pula akan menjadi2.

    6)Sekarang ni umat Islam bergaduh kerana berbeza fahaman politik,kerana syiah,kerana wahabi,salafi,hizbut tahrir,muktazilah dan sebagainya,tak mustahil nanti datang pula orang2 melayu kristian dakyahkan agama mereka secara terbuka dan semua keliru mereka ni kristian ke islam,sama seperti orang keliru antara wahabi,syiah dan islam.

    7)Asal kalimah "allah" ni dari lafaz "ilah" yang bermaksud "tuhan" secara umum,kemudian diletakkan alif lam ma'rifah di depannya atas maksud pengkhususan maka menjadilah "allah" yang bermaksud "tuhan yang khusus/satu"..jadi orang kafir pada zaman nabi guna kalimah "allah" sebab itu BAHASA MEREKA,tak kan mereka nak pakai perkataan "tuhan" pulak...sebab tuhan tu lafaz bahasa melayu,apabila yang dimaksudkan orang kafir ketika itu ialah "tuhan" maka lafaz yang terbaik untuk digunakan orang kristian di malaysia ialah "tuhan" bukannya "allah" kerana "allah" di malaysia bukan dimaksudkan sebagai tuhan yang umum seperti kafir musyrikin zaman nabi maksudkan,tapi "allah" di malaysia ni khusus merujuk kepada nama tuhan orang islam,jadi bila had uruf tu dilanggar,kekeliruan besar akan melanda terutamanya kepada orang jahil.

    ReplyDelete
  7. ni kali ke 2 hj hadi bt kontroversi dlm isu kalimah Allah sblum ni amanat hj hadi..kita yg jahil pn faham kalimah Allah di larang guna kpd org2 bkn islam mcm mne dia sorang yg di daulatkn oleh pengikut pas sbgai ulamak besar tdak arif tntang hal2 hukum hakam agama islam ini ? bgitu jg TGNA yg sblum ni pn sma pendirian dgn hj hadi..bila dia sbgai ulamak & pemimpin islam yg brpengikut yg ramai mengumumkn kalmah ALLAH bleh di gunakan oleh org bkan islam besama DSAI & Mat Sabu ia umpama ftwa..jadi apakah hukumnya ? dgn ni sepatutnya lah orgrmai mragui @ mmpersoalkn kredibiliti diorng..hal2 mcm ni pn xbleh nk hndle blum lgi isu2 yg hebat2..xtau la smada mmang diorng x arif @ bias..tpi sbaliknya pemimpin2 umno plak mnentang isu kalimah Allah..sya rsa yg jdi penyelamat & tegas pendirian Dato'Haron Din dll..syabas3..tpi Hj.Hadi,TGNA,M.Sabu ni mudah di beli ada kepentingan peribadi..klu bgini mmang btul Amanat Hj Hadi dlu adalah X BETUL n xbleh di ikuti..

    ReplyDelete
  8. Kalau orang seperti Dr Harun kata tak boleh takkan ulamak2 macai PAS nak pertahan pengakuan diorang bersama DAP dan PKR dahulu tu. Tengok muka dalam cermin dulu la. Kalau sekadar meramaikan ceramah dan terpekek2 saja tak payah bercakap la. Ambil upah pasang bendera dan sepanduk lagi baik. Dapat je rezeki utk anak bini.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...