Dr Asri - "Kenapa Perlu Menukar God Kepada ALLAH ?"

SHAH ALAM – Kerajaan harus menetapkan peraturan khusus bagi menghalang penggunaan kalimah ALLAH digunakan agama lain jika mahu isu tersebut diselesaikan secara baik kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya Kristian boleh menggunakan kalimah ALLAH dengan bersyarat.

Menurutnya, isu tersebut hanya timbul di negara kita, sedangkan di negara-negara Arab terutamanya masyarakat Kristian menggunakan kalimah itu sejak dari dulu lagi.

“Itu adalah bahasa mereka. Malah sarjana Islam dunia yakin bahawa orang Kristian boleh menggunakannya. Sebenarnya, kes ini istimewa dan tersendiri.

"Tiada negara di dunia ini mempertikaikan perkara tersebut tetapi, setelah lima tahun berlalu ia timbul kembali menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, penduduk Kristian Sabah dan Sarawak turut menggunakan kalimah ALLAH tetapi tidak diuar-uarkan kepada umum.

Tegas beliau, penggunaan kalimah ALLAH tidak boleh diterjemahkan dari perkataan God, sebaliknya perlu ditukar menjadi Tuhan.

“Kenapa perlu menukar God kepada ALLAH? Isu ini sepatutnya perlu dititik beratkan,” katanya. - Sinar Harian

Jika dinilai kenyataan diatas pada sudut positif dimana kerajaan pada hari ini begitu menitikberatkan soal kepentingan umat Islam dalam negara kita, mungkin sebab itu jugalah Malaysia salah satu negara Islam yang terselamat dari sebarang kancah pergolakkan seperti di Mesir, Iraq, Iran, Syiria dsbnya. Syukur Alhamdulillah.
Sikap kesederhanaan yang diamalkan didalam pentadbiran negara kita terbukti mampu mengekalkan kestabilan hubungan diantara agama-agama sehinggalah wujudnya satu pakatan yang menjadi batu api menyeru rakyat untuk menuntut hak yang tidak sepatutnya.
Perlu diketahui kenapa kalimah Allah dibenarkan di Sabah dan Sarawak, itu juga salah satu bukti dimana kerajaan hari ini melihat dari segala aspek keberadaan sebelum memutuskan sesuatu yang dilihat wajar pada kependudukan dan majoriti rakyat.

Bagaimanapun sejauh mana untuk kita memutar dan memandang serong akan keputusan kerajaan mengenai isu ini, akhirnya ia tetap kembali kepada maksud asal yaitu penggunaan kalimah ALLAH tidak boleh diterjemahkan dari perkataan God, sebaliknya perlu ditukar menjadi Tuhan.

“Kenapa perlu menukar God kepada ALLAH? Isu ini sepatutnya perlu dititik beratkan. Itulah politik Ulamak yang ada dalam negara kita pada hari ini. Anda Mampu Mengubahnya.

6 comments:

  1. Pintu fitnah jangan dibuka, bila dah terbuka sukar hendak ditutup. Penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu membuka ruang fitnah yang sangat besar. Lafzul Jalalah itu kalimah yang hak daripada yang Yang Hak mengapa tanpa ada hajat atau darurat tiba-tiba ingin disurat di dalam Injil yang sudah jelas sesat. Ulamak PAS tolong jelaskan :
    1.Apa syarat-syaratnya?
    2. Apa jaminan syarat-syarat tersebut akan dipatuhi?
    3. Jika melanggar syarat apa tindakan yang boleh diambil?
    4. Mengapa tidak mengikut keputusan Majlis Agama Islam negeri-negeri yang melarang penggunaan perkataan Allah dalam Bible Melayu?
    5. Mengapa ramai ilmuan agama dalam PAS yang sering mengeluarkan pendapat bertentangan dengan Majlis Agama Islam malah dengan Majlis Fatwa Kebangsaan sedangkan mereka membuat kajian lebih menyeluruh dan memerhati segala aspek secara lebih holistik dan akhirnya diluluskan dengan tapisan terperinci oleh Majlis Raja-raja. Mengapa melatih rakyat agar suka melanggar perlembagaan dengan membelakangkan sultan-sultan sebagai ketua agama?
    6. Mengapa sering menggalakkan rakyat menyongsang pendapat institusi agama yang berautoriti? Mengapa tidak jaga adab berbeza pendapat sehingga mufti pun dikutuk?

    Tolong jangan buka pintu fitnah ini kerana ia bakal menyesatkan ramai umat, kelak sia-sia berpolitik sepanjang hayat. Harap menang di dunia rupanya kalah hingga ke akhirat.

    ReplyDelete
  2. Yang buka pintu fitnah tu adalah orang-orang yg sesat dan menyesatkan pengikutnya.

    ReplyDelete
  3. God kalau nak terjemah kepada TUHAN pun tak betul. Sebab GOD bermaksud TUHAN LELAKI. GODDESS ialah TUHAN PEREMPUAN. Sepatutnya Kristian yang mengamalkan TRINITY seharusnya menggunakan perkataan TUHAN LELAKI untuk terjemahan GOD. Bukankah TUHAN KRISTIAN KATHOLIK berdasarkan Trinity ialah berjantinakan lelaki? Eh jangan cakap Jesus tu perempuan pula atau khunsa......


    ReplyDelete
  4. Maaf yer...teman terima satu email sebegini....harap maklum.

    ISU KALIMAH ALLAH : DR ‘PAS” MEN'SEKOLAH'KAN DR ASRI.

    Isu penggunaan kalimah Allah kepada penganut Kristian nampaknya semakin keliru apabila Dr Asri mengeluarkan suatu statement di ‘luar fikiran’ masyakat. Beliau mencadangkan bahawa versi lagu-lagu negeri khas patut disediakan kepada BUKAN ISLAM kerana terdapat KALIMAH ALLAH yang disebut di dalam senikata lagu negeri.

    Seperti diketahui umum juga masih terdapat ramai ulama/pakar di dalam PAS yang masih tidak bersetuju dengan pendirian PAS yang membenarkan penggunaan kalimah Allah disalahgunakan seperti Prof Harun Din, Datuk Harun Taib , Taib Azamuddin (Bekas Imam Negara).

    Sehubungan dengan itu apabila diminta komen tentang ‘statement’ Dr Asri yang meminta lagu2 negeri dibuat versi untuk rakyat bukan Islam , seorang ahli PAS yang juga berkelulusan Dr , memberi respon berikut :

    SOALAN : Lagu negeri khas untuk bukan Islam, jika haramkan ‘Allah’, kata Asri. Apa komen Dr?

    JAWAPAN : Apakah Dr Asri ‘kurang faham’ apakah yang dinyatakan oleh titah Diraja Sultan? Bukankah titah tersebut menyebut bahawa kalimah Allah tidak boleh dipergunakan oleh sesiapa sahaja samada orang Islam dan juga orang bukan Islam bagi tujuan memperlekeh/memesongkan agama Islam. Tidakkah Dr Asri membaca penyataan penuh tersbeut?

    Pokoknya isikunci penyataan titah Diraja tersebut ialah , samada orang Islam atau BUKAN Islam mesti diambil tindakan jika cuba memperlekehkan/memesongkan penggunaan Kalimah Allah.

    Mari ambil contoh mudah, katakan seorang Islam membaca mantera yang mencampur adukkan kalimah Allah dengan sifat jin dan makhluk halus. Itu adalah salah.
    Contoh bagi BUKAN ISLAM pula ialah mereka menggunakan KALIMAH ALLAH di dalam pemujaan sebagai ALLAH yang bersifat beranak dan diperanakkan (TRINITI). Ini adalah salah.

    Ini berbeza dengan seorang BUKAN ISLAM sekadar menyebut kalimah ALLAH di dalam lagu2 negeri di Malaysia di mana lirik lagu tersebut sekadar memohon dipanjangkan usia ke atas seseorang. Ini adalah perkara biasa seseorang muslim memohon doa ke atas seseorang samada Raja, Ibubapa dan kaum keluarga atau sesiapa yang mereka sayangi.

    Jika ada seseorang BUKAN MUSLIM menyebut kalimah ALLAH di dalam lirik tersebut di mana keseluruhan lagu tersebut tidak pun mempunyai unsur mensyirikkan sifat Allah..maka inya tiada masalah lansgung.

    Oleh kerana Dr Asri mengambil contoh harian (lagu negeri) yang mudah yang lebih dekat dengan masyarakat, saya juga ingin mengambil contoh mudah sebegini,

    Cuba kita lihat TV, kita kita kerapkali melihat pelakun2 cina bukan muslim berlakun sebagai watak2 muslim di dalam drama2 melayu kita. Adakah skrip2 tersebut mengandungi kalimah Allah yang berunsur2 membawa kesyirikan? Bukankah ianya tidak menjadi isu dan bantahan umum.

    Selagi skrip/lirik tersebut tidak mempunyai unsur kesyirikan, SI BUKAN ISLAM mahupun ISLAM bebas menyebut kalimah ALLAH tersebut di dalam skrip2 atau lirik di dalam kerjaya mereka.

    Malahan Alhamdullilah, begitu ramai pelakun2 keturunan BUKAN ISLAM akhirnya memeluk agama Islam dek kerana lakunan mahupun percampuran di dalam kerjaya mereka tersebut. Antaranya Tiara Jaqulina, Daphne Iking dan ramai lagi.

    Mari kita ambil contoh apakah yang membuatkan Geofrey Williams atau nama Islamnya Jufri Rayyan Williams yang berasal daripada Australia dan kerapkali berlakun di drama Malaysia akhirnya masuk Islam , “.

    Beliau berkata , “Setiap kali berlakon, saya selalu melakonkan watak mualaf dan semua itu membuatkan saya perlu membuat kajian untuk menghayati watak itu dan menimbulkan rasa ingin tahu tentang Islam.”.

    Daripada statement beliau adalah di dapati seseorang BUKAN ISLAM berkecenderungan mendapat hidayah daripada skrip/senikata yang beliau ucapkan di dalam lakunan tersebut.

    ReplyDelete
  5. Sambungan di atas...


    SOALAN : Adakah Dr fikir jika penggunaan kalimah Allah digunapakai oleh penganut Kristian maka suasana menjadi lebih ‘harmoni’, maksudnya rakyat Malaysia Kristian boleh diajar secara perlahan memahami bahawa Allah itu Esa ’.

    JAWAPAN : Bagi saya sebaliknya akan berlaku, umat Islamlah yang akan lebih cenderung mengikut budaya Kristian yang kini pun telah banyak ditanam benih asas ajaran mereka ke dalam minda generasi muda masa kini secara tidak langsung.

    Ini sememangnya telah diberi amaran awal oleh Allah, Allah telah berfirman (Surah al-Baqarah ayat 120), yang bermaksud bahawa golongan ini (Kristian/Yahudi) tidak akan redha selagi umat Islam tidak mengikut cara mereka.

    Sekali lagi saya suka mengambil contoh harian yang dekat agar masyarakat lebih mudah faham, mari kita lihat contoh negeri jiran Indonesia , sudah menjadi pengetahuan umum di sana umat Islam mereka mengahwini pasangan Kristian dengan tanpa banyak soal, meskipun umat Islam di Indonesia adalah jumlah umat Islam yang paling ramai di dunia.

    Malahan tidak silap saya suatu ketika dulu lirik dan senikata lagu seorang penyanyi Indonesia (Agnes Monica) telah menyelitkan kalimah Allah , telah menimbulkan kontreversi di Malaysia ketika beliau membuat persembahan di sini.

    Dalil ada, bukti ada dan contoh terdekat telah ada, adakah kita hendak bereksperimen lagi?

    SOALAN : Sekarang mari kita fahami ayat kedua Dr Asri pula, “Kerajaan boleh larang (penggunaan kalimah Allah) atas pentadbiran, bukan kerana Islam mengharamkan bukan Muslim sebab tiada arahan khusus dalam Islam tentang hal ini. Bible di negara Arab semua sebut Allah,” kata beliau kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi.

    JAWAPAN : Dr Maza berkata tiada arahan khusus di dalam Islam tentang hal ini. Benarkah begitu?
    Jadi apakah gunanya Surat Al Ikhlas? Bukankah dengan jelas surah tersebut menyuruh manusia jika menyebut sahaja kalimah ALLAH mestilah ALLAH MAHA ESA?
    Bolehkah sekelumit sedikit pun di dalam hati Dr Maza ‘membenarkan’ orang lain (terutamanya yang bukan Islam) menyalahgunakan kalimah Allah.

    Bukankah akidah tentang KeEsaan Allah mestilah teguh 100%? Bolehkah hati Dr Asri membiarkan golongan bukan Islam memesongkan penggunaan kalimah Allah ini?
    Bukankah sekurang2nya jika kita tidak redha dengan kemungkaran yang berlaku kita membantah dengan lisan dan jika tidak mampu membantah di dalam hati?

    SOALAN : Sekarang mari kita fahami ayat ketiga Dr Asri pula,”Bible di negara Arab semua disebut ALLAH.”.

    JAWAPAN : Dr Asri hendak mengikut Arab atau Islam? Maksud saya adakah kerana Bible di negara Arab disebut ALLAH maka piawai tersebut mestilah betul?

    Bukankah piawai penggunaan kalimah Allah adalah melalui Surah AlIkhlas? Bukankah Al Quran telah wujud lebih awal di Luh Mahfuz melampaui Bible itu sendiri?
    Adakah Dr Asri ingin mengikut pengertian Allah di dalam Bible Arab Krsitian ataupun Pengertian ALLAH daripada suratul Ikhlas daripada AL Quran yang telah lama wujud di Luh Mahfuz lagi?

    Bukankah sepatutnya kita sebagai umat Islam tidak redha dengan penggunaan kalimah Allah tersebut di dalam Bible Arab Kristian tersebut dan bukannya semakin merasionalkan penggunaan kalimah Allah tersebut kepada orang Kristian yang sudah jauh terpesong dari Injil sebenar?

    Sebaliknya Dr Asri bukan sahaja dengan lisan meredhakan penggunaan kalimah suci ALLAH dipersendakan malahan kelihatan cuba memesongkan masyarakat.
    kebanyakkan dengan mengeluarkan contoh lagu2 negeri yang patut dibuat versi lain.

    Saya ingin memetik kata-kata dari pada Prof Harun Din tentang isu ini , beliau berkata "Kalau kita sokong perkara yang kufur (meredhakan penggunaan kalimah Allah kepada penganut Kristian), kita pun secara tak langsung akan kufur sama”.

    ReplyDelete
  6. In tafsir the meaning of certain ayat is derived from the literal wording (mantdq) while that of others is derived from what is understood (mafhum). I think we need to distinguish this first when reading this verse. A Wahhabi will perhaps take these verse literally in line with the views of ibnu Taimiyah. Asri is known for his Wahhabi views. After all he is the former mufti of perlis.

    When the Quran says "yahudi berkata Uzair Anak Allah". Is this a literal ayah or is this a mafhum where the meaning is understood. If this is a Mafhum ayat then you cannot just conclude it literally as what Asri has done. Therefore it is not surprising that Asri takes this very simplistic view and very dangerous to make such a conclusion where people will get influenced by it.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...