Terkini: Perkembangan Semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat

BERIKUT perkembangan menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung petang ini di Stadium Merdeka. Peserta perhimpunan mula membanjiri lapan lokasi di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Sekitar 5.30 petang: Himpunan Kebangkitan Rakyat berakhir dengan bacaan doa oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim

4.45 petang: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memimpin bacaan ikrar atau Deklarasi HKR #KL112 lapan perkara iaitu:

- Menuntut pilihan raya yang bersih dan adil
- Menuntut reputasi dan wibawa Felda diselamatkan
Himpunan Kebangkitan Rakyat: Perkembangan semasa- Menuntut supaya Sabah dan Sarawak diberikan layanan adil dan setara dengan Semenanjung
- Menuntut 20 peratus royalti minyak dikembalikan kepada negeri pengeluar petroleum
- Mengiktiraf dan meningkat profesionalisme kakitangan awam
- Menuntut alam sekitar yang bersih dan sihat
- Menuntut agar Bahasa Kebangsaan dimartabatkan dan Bahasa Inggeris dipertingkatkan
- Menuntut pembebasan tahanan politik

Himpunan Kebangkitan Rakyat
3.30 petang: Mat Sabu menyampaikan ucapan. Antara lain berkata, "HKR112 adalah rentetan daripada himpunan sebelum ini yang dibawakan oleh parti-parti di bawah Pakatan Rakyat."

3.15 petang: Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said berucap. Dalam ucapannya kata beliau, "dalam hidup saya berusia 80 tahun, saya memang mengimpikan untuk melihat lautan insan yang ingin ubah sekarang."
"Saya banyak berterima kasih, oleh kerana memberi maruah kepada orang baca puisi. Saya tidak berbuat apa-apa, saya hanya baca puisi, saya tidak sangka puisi menjadi senjata.
"Saya banyak berterima kasih kepada anda semua demikian ramai. Saya hanya bacakan sebuah puisi, puisi yang akan bacakan ada hubungannya dengan padang ini." Judul puisi, Di Atas Padang Sejarah.

Himpunan Kebangkitan Rakyat: Perkembangan semasa
3.10 petang: Penyanyi Ito, bekas penyanyi Blues Gang, menyampaikan lagu 'Ubah'.

2.40 petang: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh masuk stadium
2.30 petang: Antara berucap Naib Presiden Pas, Datuk Mafuz Omar, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, Pengerusi SMM, Safwan Anang serta Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga.
Ambiga antara lain berkata, "Hidup Bersih. Hidup rakyat, ini kalilah... mengapa kita berkumpul di sini, sebab kita sayangkan negara Malaysia, kita percaya Malaysia bertambah baik."

Himpunan Kebangkitan Rakyat: Perkembangan semasa
2.25 petang: Naib Presiden Salahuddin Ayub bersama Datuk Chua Jui Meng masuk ke dalam stadium

2.15 petang: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa ALi masuk ke dalam stadium

2.05 petang: Mat Sabu masuk ke stadium, disambut dengan tepukan

1.45 tengah hari: Laluan masuk ke Stadium Merdeka dipenuhi orang ramai, peserta perhimpunan. Anggaran dalam stadium dianggarkan 50,000. Peserta juga berada di luar stadium. Pengurusan Stadium Merdeka hanya membenarkan 30,000 orang

1.26 tengah hari: Peserta kelihatan berlegar-legar dan ada yang bergerak perlahan-lahan menuju ke Stadium Merdeka

12.45 tengah hari: Dianggarkan 6,000 orang sudah berada dalam kawasan Stadium Merdeka ketika ini. Keadaan dalam stadium terkawal dan perserta kelihatan tenang menantikan detik jam 2 petang

Himpunan Kebangkitan Rakyat: Perkembangan semasa12.30 tengah hari: Selepas wanita PR bergerak ke Stadium, persekitaran Pasar Seni mulai lenggang, dengan lelaki turut serta berada di belakang

12.25 tengah hari: Wanita PR mula bergerak dengan Ketua Penerangan Aiman Athirah melaungkan tuntutan-tuntutan wanita. Kira-kira 2,000 wanita PR berbaju ungu berarak dari Pasar Seni menuju ke Stadium Merdeka dengan membawa sepanduk tuntutan serta bendera parti.

12.45 tengah hari: Sebahagian orang ramai menonton gelagat peserta perarakan di Jalan Ampang

12.40 tengah hari: Kumpulan dari KLCC sudah tiba di Jalan Ampang bagi menyertai kumpulan yang sudah menunggu sejak jam 12.15 tengah hari tadi

12.35 tengah hari: Peserta dari Kampung Baru berhenti dari jam 12.15 tengah hari sehingga sekarang di Jalan Ampang bagi menanti kumpulan dari KLCC. Sementara menanti, mereka menyanyikan laguNegaraku
Himpunan Kebangkitan Rakyat: Perkembangan semasa

12.15 tengah hari: Kelihatan lima pelancong melalui peserta perarakan di Jalan Ampang tanpa mempedulikan keadaan yang bising dengan laungan slogan

12.15 tengah hari: Kelihatan dua pegawai dari Suhakam membuat tinjauan pergerakan peserta himpunan


12.11 tengah hari: Peserta tetap meneruskan perjalanan meskipun cuaca sudah menunjukkan perubahan, hujan rintik-rintik

12.06 tengah hari: Peserta diminta membuka satu lorong bagi memberi laluan kepada kenderaan yang lalu lalang di Jalan Ampang


Himpunan Kebangkitan Rakyat12.05 tengah hari: Wanita Pakatan Rakyat di hadapan Pasar Seni mula berbaris untuk bergerak ke Stadium Merdeka

12.05 tengah hari: Di Brickfields ada sekitar 500.

12 tengah hari: Peserta dari Masjid UM tiba di kawasan Brickfields

12 tengah hari: Ramai di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat telah berada di sekitar Pasar Seni. Antaranya Tony Pua

11.50 pagi: Ramai mula membanjiri pekarangan Stadium Merdeka. Keadaan masih terkawal

11.50 pagi: Di hadapan pintu masuk Pasar Seni, Muslimat Pas berbaju unggu berkumpul dengan memegang kain rentang 'pilihan raya bersih dan adil'

11.45 pagi: Peserta di bawah pimpinan Cikgubad sudah mula bergerak menuju ke Stadium Merdeka

11.45 pagi: Setakat jam ini dianggarkan lebih 500 peserta sudah berada di Jalan Sultan. NGO Bersih 2.0 juga mengambil kesempatan mengutip derma baik antara PDRM dengan rakyat hari ini, menjadi sejarah politik. Mereka bergerak ke 'check point' seterusnya

11.40 pagi: Cikgubad berkata: "Sekumpulan besar yang menggunakan kenderaan polis telah menurunkan anggota di beberapa tempat memakai KL112. Dalam kalangan kita tak perlu bawa senjata. Tolong ikut arahan."

Himpunan Kebangkitan Rakyat: Perkembangan semasa11.49 pagi: Cikgubad juga, "dulu pelajar kita digantung kerana menurunkan gambar Najib. Tetapi kali ini bukan saja gambar kita nak turunkan.kita nak turunkan Najib."

11.35 pagi: Beberapa anggota polis trafik mengawal keadaan lalu lintas di depan Jalan Dewan Sultan Sulaiman

11.35 pagi: Khalid Ismeth: "Ramai orang yang memakai baju sama seperti kita turun daripada kenderaan polis dan bas persiaran. Saya minta peserta melaporkan pada petugas jika berlaku sebarang provokasi."

11.40 pagi:
Peserta himpunan tiba di Jalan Pantai-Bangsar menuju ke Stadium Merdeka melalui Brickfields

11.40 pagi: Peserta dari Masjid Negara bergabung dengan peserta dari Jalan Sultan

11.35 pagi: Kira-kira 5,000 peserta dari Masjid Negara tiba di bulatan Jalan Syed Putra. Jumlah meningkat kepada 8,000. Polis memberikan kerjasama baik

11.30 pagi:
Dari Masjid Negara, diketuai dr Mujahid Yusuf Rawa
11.25 pagi: Pemimpin PKR dari Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang juga Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berucap "ini bukan demonstrasi, bukan perarakan. Kebetulan kita berkumpul di sini dan berjalan berlenggang-lenggang ke Stadium Merdeka"
Perjalanan dijangka mengambil masa satu hingga satu setengah jam. Beliau juga menerangkan jalan-jalan yang dilalui. Peserta dari sini diingatkan untuk tidak masuk ke Stadium Merdeka
Himpunan Kebangkitan Rakyat: Perkembangan semasa
11.22 pagi: Peserta sudah bersedia untuk bergerak dengan melaungkan slogan "Hidup Hidup Bangkit Rakyat,  Anak Muda Kini Bangkit dan Anak Muda Ayuh Bangkit."

11.20 pagi: Sekitar 400 peserta sudah berkumpul di sekitar Kelab Sultan Sulaiman termasuk di tengah jalan sehingga menyekat laluan kenderaan yang lalu lalang.

11 pagi: Peserta di kawasan Masjid UM mula bergerak ke 'check-point' seterusnya iaitu Brickfields

11 pagi: Peserta #KL112 mula menghampiri kawasan Masjid UM

10.50 - 11pagi: Pemandu menggunakan Lebuh Raya Persekutuan membunyikan hon dan ada yang melambai tangan ke arah peserta himpunan. Keadaan lalu lintas dari pemantauan Sinar Harian Online masih terkawal. Bersama mereka unit rawatan kecemasan yang ditugaskan khas memberi khidmat kepada mereka

10.54 pagi: Khalid mengumumkan ribuan pihak polis sudah turun dengan memakai pakain serupa dengan para peserta. Oleh itu, Khalid meminta pesertanya agar tidak terlibat dalam sebarang provokasi. Beliau juga mengingatkan agar peserta pulang bersama-sama dalam pasukan.

10.50 pagi: Polis menjaga lalulintas untuk peserta melalui jalan (Lebuh Raya Persekutuan), keadaan terkawal setakat ini, mereka berjalan sambil melaungkan slogan reformasi bersih pilihan raya.

KL112
10.48 pagi: - Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismeth meminta peserta berkumpul untuk bersedia berarak ke Stadium Merdeka sambil menanti pemimpin yang akan mengetuai perarakan

10.25 pagi: Kira-kira 200 orang peserta sudah memenuhi sekitar kawasan Kelab Sultan Ismail

10.20 pagi
: - Presiden Kami, Khalid Ismeth tiba bersama penyokongnya dengan melaungkan slogan "hidup rakyat" dengan menggunakan haler

10 pagi
: Di kawasan Amcorp Mall, kira-kira 50 orang peserta himpunan memakai pakaian bewarna biru, hijau, dan kuning yang diketuai oleh Timbalan Presiden AMK Pusat, Jamal. Beliau berkata ada kerjasama baik antara PDRM dengan rakyat hari ini, menjadi sejarah politik. Mereka bergerak ke 'check point' seterusnya

10 pagi: Di kawasan Kelab Sultan Sulaiman, polis membuat rondaan udara di sekitar Kampung Baru

10 pagi
: Di kawasan Amcorp Mall, kira-kira 50 orang peserta himpunan memakai pakaian bewarna biru, hijau, dan kuning yang diketuai oleh Timbalan Presiden AMK Pusat, Jamal. Beliau berkata ada kerjasama baik antara PDRM dengan rakyat hari ini, menjadi sejarah politik. Mereka bergerak ke 'check point' seterusnya.

9.50 pagi: Ketua AMK Selangor Azmizam Zaman Huri meminta peserta jangan terlibat dengan provokasi.

9.48 pagi: Pegawai polis yang bertugas meninjau gerai jualan yang dibuka di tepi jalan sekitar Kelab Sultan Sulaiman. Setakat ini tiada ura-ura akan berlaku sebarang pergerakan. Malah kelibat pemimpin yang bakal mengetuai kumpulan ini juga masih belum kelihatan

9.45 pagi: Di Masjid Negara, peserta mula bergerak

9.42 pagi: Hampir 400 peserta termasuk beberapa kumpulan kecil, terdiri daripada lima hingga enam orang berlegar-legar di KL Sentral.

9.40 pagi: Di pekarangan Masjid Negara, kira-kira 5,000 peserta berkumpul
Pukul 10 pagi peserta akan mula bergerak ke check point seterusnya iaitu Universiti Malaysia (UM) dan seterusnya. Difahamkan kumpulan ini akan akan berjalan kira-kira 9 KM ke check poit seterusnya. Perjalanan ini dikatakan akan diawasi oleh pihak polis.

9.30 pagi: Kawasan tepi jalan Kelab Sultan Sulaiman, sudah ada beberapa gerai yang dibuka menjua kemeja-T dan mafla perhimpunan serta menjual makanan

9.27 pagi: Kawasan Kelab Sultan Sulaiman masih sunyi. Dua anggota polis berseragam kelihatan di pekarangan kelab tersebut

9.15 pagi: Ketua AMK Selangor, Aznizam Zaman Huri, peserta dalam lingkungan 50 orang memakai pakaian biru, kuning, hijau di kawasan berhampiran bangunan Amcorp di Petaling Jaya iaitu tidak jauh dari stesen LRT

9.08 pagi: Hampir 40 anggota Unit Amal tiba di kawasan KL Sentral

9 pagi: Anggaran kira-kira 50 orang perserta sedang menikmati sarapan pagi di medan selera di KL Sentral

Sumber : Pelbagai

7 comments:

  1. Wah..kali neh BABI2 dah bermacam2 kaler...kepala2 BABI xde lagi sbb tgh 'makan ubat' dlm bilik 121...

    ReplyDelete
  2. depa ni semua orang beriman......(beriman la sangat)

    ReplyDelete
  3. himpunan kebangkitan rakyat? biar betul....kesian aku tengok puak2 dungu hijau asyik kena tipu je...korang buat keje bodoh! ketua korang mantat bini orang ko lak sibuk nak melalak konon nak cover line....44x bodoh!

    ReplyDelete
  4. Biarkan si luncai- luncai terjun ngan lembu-lembunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10x gila babi kaulah 2ekor

      Delete
    2. PAS babi

      Delete
  5. Tak ada update lagi ?

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...