Karpal Mula Bikin Drama Malu

GEORGETOWN - Kesilapan pengiraan undi dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP bulan lalu satu perkembangan yang memalukan, kata Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh.

Bagaimanapun beliau menyifatkan ia kesilapan manusia yang tidak disengajakan.

Beliau berkata, DAP mengambil pendirian untuk menjelaskan kesilapan itu bagi menunjukkan partinya telus sambil menafikan ia bertujuan memasukan ahli Melayu dalam pimpinan tertingginya.

"Ini kesilapan pertama dalam sejarah DAP dan ia tidak boleh dielakkan tapi boleh diperjelaskan.

"Saya menafikan bahawa ini cara untuk memasukkan ahli Melayu dalam DAP tetapi apa yang terjadi dan kenyataannya, Zairil Khir Johari mendapat 803 undi dan melayakkan dia berada dalam kelompok 20 undi tertinggi," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Diminta mengulas peletakan jawatan Pengarah Pemilihan DAP, Pooi Weng Keong, Karpal berkata, tidak ada sebab untuk beliau berbuat demikian kerana kesilapan itu boleh dimaafkan dan harus dimaafkan.

"Ingin saya tegaskan kesalahan yang berlaku dalam pengiraan adalah tidak disengajakan. Jadi tidak ada sebab yang mencukupi untuk dia mengambil tindakan berkenaan (meletakkan jawatan).

"Saya merayu kepadanya untuk menarik balik peletakan jawatan itu," katanya.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan peletakan jawatan Weng Keong dan menjelaskan tindakannya itu adalah atas dasar tanggungjawab akibat kesilapan yang berlaku.
 
Karpal kata memalukan + Pada masa sama Karpal menyifatkan ia kesilapan manusia yang tidak disengajakan. + Karpal turut menafikan bahawa ini cara untuk memasukkan ahli Melayu dalam DAP. 
 
Biarpun memalukan, kesalahan itu boleh dimaafkan dan tidak ada sebab untuk letak jawatan  + Akhirnya Karpal merayu supaya menarik balik peletakan jawatan itu.
 
Permainan apakah sebenarnya ini ? Adakah rakyat Malaysia khasnya orang Melayu begitu bodoh untuk memahami situasi sebenar drama ini ? Fikirkanlah... Anda Mampu Mengubahnya.

4 comments:

  1. lanjiou ah DAP.. wayang lebeh.. set2 konon telus la.. salah kira sampai beratus.. fuuu..

    ReplyDelete
  2. Dengan 1800 perwakilan ( 1800 undi ) pun DAP TAK BOLEH NAK HANDLE..Karpal Singh atau Lim FAMILY patut lah berundur dari dunia politik negara ini..memalukan..itu pun ada Hati nak kondem SPR tAK BERSIH , TAK BETUL, ada pengudi Hantu laa..GET LOST LAAA.

    ReplyDelete
  3. Melayu bodoh piang dalam dap je yg percaya.

    ReplyDelete
  4. baru kira 1800 undi dah kong... mcm mana depa dok kata kat spr... pukimak ko la puSINGH...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...