Kenyataan Dewan Ulama Pas Tidak Dituruti Sebaliknya Muliakan Pandangan DAP

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib semalam telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa kalimah Allah hanya khusus untuk agama Islam, justeru itu agama-agama lain tidak berhak untuk menggunakan kalimah suci tersebut.

Namun, pendapat Harun Taib sama sekali bertentangan dengan dua pemimpin dua pemimpin tertinggi Pas yang bersetuju kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telahpun mengeluarkan kenyataan menyokong akan permintaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menggesa kerajaan membenarkan penggunaan kalimah tersebut dalam Bible versi bahasa Melayu.

Menurut Ahli Parlimen Parit, Nizar Zakaria, tindakan pemimpin Pas ini jelas menunjukkan bahawa perjuangan parti tersebut telah jauh terpesong sehingga sanggup menggadaikan agama malah turut menolak pandangan ilmuan agama Pas yang tidak menyokong sama sekali kehendak Guang Eng.

“Walaupun para ulama di dalam Pas telahpun bersuara dan Ketua Dewan Ulama Pas juga telah menyuarakan pendapat namun ianya sama sekali tidak diendahkan oleh Hadi Awang dan Nik Aziz. Tindakan mereka ini benar-benar memalukan kita sebagai umat Islam.

“Kalimah Allah adalah kata nama khas untuk orang Islam dan bangsa lain sama sekali tidak ada hak untuk menggunakannya. Tetapi sayangnya, kerana tamakkan kuasa mereka sanggup menggadaikan agama Islam. Tidakkah mereka sedar bahawa tindakan Guan Eng hanyalah sandiwara politik untuk mendapat sokongan bangsa Kristian.,” ujar Nizar.

Tambah Nizar, apalah gunanya diwujudkan Majlis Syura di dalam parti Pas sekiranya pandangan dan pendapat mereka sedikitpun tidak digunapakai.

“Adakah Dewan Ulama ini hanya topeng untuk mengaburi mata penyokong Pas. Sepatutnya Pas harus mendengar pandangan dewan ulama kerana mereka ini terdiri daripada orang yang tinggi ilmu agamanya,” jelas Nizar lagi kepada UMNO-Online.

Nik Aziz dan Hadi Awang sepatutnya malu dengan tindakan mereka menurut kata Guan Eng hanya kerana politik. Mereka harus sedar bahawa sikap mereka ini akan membawa kepada banyak keburukan bukan sahaja di kalangan ahli mereka malah kepada agama Islam itu sendiri.

“Masa inilah orang Islam seharusnya bersatu dan menegakkan pendirian agar agama kita tidak diperkotak katikkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini bukan sebab politik tetapi kerana agama Islam itu sendiri… Maruah kita. Isu ini cabar maruah umat Islam,” jelasnya lagi. -MediaUMNO

2 comments:

  1. Tok Harun patut letak jawatan...dan Umum keluar PAS ! buat apa ditunggu lagi...Perjuangan yang sia sia!

    ReplyDelete
  2. X yah jadi munafik la......dewan ulama pas dah buat keputusan selepas mesyuarat dan keputusan bahawa penggunaan perkataan allah adalah d larang. Jadi pendapat 2 tuan guru dah jadi supercede and cancelled . dia org pun bersetuju bahawa pendapat jemaah adalah mengatasi mereka. Itulah kesenpurnaan ajaran yg d bawa o

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...