Lagi Pasangan Kekasih Di Kelantan Berdepan Tali Gantung

KOTA BHARU – Sepasang kekasih berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mengedar 400 gram dadah, bulan lalu.

Tuduhan terhadap pasangan itu dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly.

Mohamad Noorfazli Mohamad Zulkeply, 24, dan Nor Fatima Md Yusman, 20, kedua-duanya dari Pasir Mas didakwa mengedar dadah jenis metamphetamine itu di sebuah bilik hotel di sini, pada jam 2 pagi, 28 Disember lalu.

Bagaimanapun, pada prosiding semalam, tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Dalam perkembangan sama, mereka juga berdepan tuduhan mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952 memiliki enam gram dadah jenis nimetazepam pada masa, tarikh dan lokasi yang sama.

Mereka boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun dan juga akan dikenakan sebat tidak kurang tiga dan tidak lebih sembilan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad. Kes bersambung 28 April depan.

Pernahkah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin Pas selaku antara  yang mengaku memperjuangkan Islam ni fikir akan masalah belia remaja di bumi Kelantan ini.

Remaja berdepan hukuman gantung berkaitan pengedaran dadah boleh dikatakan setiap bulan ada saja kes-kes baru yang dilaporkan. Terfikirkah golongan pemimpin Islam Pas akan setiap nyawa itu berharga, berusahakah untuk menyelamatkan mereka ?

Untuk menyalahkan remaja-remaja ini terlalulah mudah, tapi tahukah kita kenapa mereka terlibat dengan pengedaran dadah ini ? Ini bukan kes terpencil yang berlaku di Kelantan, malah sering kita dengar ramai dikalangan pasangan remaja termasuk yang sudah berkahwin terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah seperti ini.

Diringkaskan, mengikut kajian rambang yang dibuat secara langsung keatas golongan remaja di Kelantan, penularan gejala sosial terutamanya pengedaran dan pengambilan dadah ini disebabkan masalah pengangguran yang berpunca dari kelembapan kerajaan negeri menarik pelabur datang melabur ke negeri Kelantan. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

1 comment:

  1. apa nak hairan 23 tahun PAS berkuasa dah banyak anak haram dilahirkan di Kelantan

    sebarang amal ibadah dan nikah yg dilakukan oleh wahhabi yg sesat tidak sah

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...