Showing posts with label hukuman gantung. Show all posts
Showing posts with label hukuman gantung. Show all posts

Kalau Lagu Ni Cara Nik Aziz Perintah, Tak Hairan Wanita Pun Kena Hukum Gantung

KOTA BHARU - Seorang wanita berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mengedar heroin seberat 150 gram, bulan lalu.

Tuduhan terhadap Zaruna Yusof,42, dibuat di hadapan Majistret Muhammad Hafiz Mohd Noor.

Pada prosiding semalam, tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut pertuduhan, Zaruna didakwa mengedar heroin seberat 150 gram di Pekarangan Tempat Letak Kereta, berhampiran tandas awam, Stadium Sultan Muhammad IV, Jalan Bayam, di sini pada jam 1.35 tengah hari, 21 Januari lalu.

Susulan itu, tertuduh yang berasal dari Kampung Gual Tok Deh, Rantau Panjang didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Kes bersambung 21 April depan untuk laporan kimia.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang wanita ditahan bersama 50 botol lut sinar mengandungi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin bernilai RM125,000.

Hasil pemeriksaan dalam serbuan itu mendapati dadah dibalut dengan surat khabar dan diletakkan di dalam beg tangannya ketika dipercayai sedang menunggu pelanggan di kawasan berkenaan.
 
Jika negeri Kelantan tidak mundur, maknanya punyai peluang pekerjaan yang banyak serta pendapatan setara dengan kos taraf  hidup, apakah wanita malang ini akan mengedar dadah ? Nik Aziz jangan makan gaji buta, masalah seperti ini perlu diberi perhatian yang khusus jangan hanya tahu nak ceraikan Nasaruddin saja.

Kasihanilah mereka ini yang menjadi mangsa kepada keadaan hasil dari mengundi parti bohong dan retorik sepanjang masa, keadaan ini hanyalah menyebabkan rakyat Kelantan rugi pada dua jalan yaitu jalan dunia dan juga akhirat.

Harapkan hukum Hudud tertegak, dah 23 tahun Pas perintah bayang Hudud pun tak nampak, harapkan pembangunan, langsung tidak ada pembangunan yang boleh memberi keuntungan kepada rakyat, malah pembangunan yang menguntungkan 'Tauke-tauke cina' terus diberi keutamaan.

Andai keadaan ini terus dibiarkan kita perlu berfikir, hari ini mungkin tidak kena kepada kita, hari esok belum tentu, dan jika kita sudah punyai pendapatan yang tetap, bagaimana dengan anak cucu kita pada masa hadapan.

Kes-kes seperti ini terlalu kerap berlaku di Kelantan, ianya melibatkan umat Islam, boleh dikatakan setiap bulan ada saja kes seperti ini dilaporkan oleh media. Namun sebagai masyarakat, pernahkah kita terfikir kenapa perkara ini berlaku ? Bagaimana cara untuk kita mengatasinya, kerana diakhirat nanti perkara ini turut akan ditanya oleh Allah Taala. Anda Mampu Mengubahnya.

Rakyat Kelantan bangga tidak ada kedai judi, tapi rakyat Kelantan lupa akan wujudnya kedai-kedai dadah.

Lagi Pasangan Kekasih Di Kelantan Berdepan Tali Gantung

KOTA BHARU – Sepasang kekasih berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mengedar 400 gram dadah, bulan lalu.

Tuduhan terhadap pasangan itu dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly.

Mohamad Noorfazli Mohamad Zulkeply, 24, dan Nor Fatima Md Yusman, 20, kedua-duanya dari Pasir Mas didakwa mengedar dadah jenis metamphetamine itu di sebuah bilik hotel di sini, pada jam 2 pagi, 28 Disember lalu.

Bagaimanapun, pada prosiding semalam, tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Dalam perkembangan sama, mereka juga berdepan tuduhan mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952 memiliki enam gram dadah jenis nimetazepam pada masa, tarikh dan lokasi yang sama.

Mereka boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun dan juga akan dikenakan sebat tidak kurang tiga dan tidak lebih sembilan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad. Kes bersambung 28 April depan.

Pernahkah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin Pas selaku antara  yang mengaku memperjuangkan Islam ni fikir akan masalah belia remaja di bumi Kelantan ini.

Remaja berdepan hukuman gantung berkaitan pengedaran dadah boleh dikatakan setiap bulan ada saja kes-kes baru yang dilaporkan. Terfikirkah golongan pemimpin Islam Pas akan setiap nyawa itu berharga, berusahakah untuk menyelamatkan mereka ?

Untuk menyalahkan remaja-remaja ini terlalulah mudah, tapi tahukah kita kenapa mereka terlibat dengan pengedaran dadah ini ? Ini bukan kes terpencil yang berlaku di Kelantan, malah sering kita dengar ramai dikalangan pasangan remaja termasuk yang sudah berkahwin terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah seperti ini.

Diringkaskan, mengikut kajian rambang yang dibuat secara langsung keatas golongan remaja di Kelantan, penularan gejala sosial terutamanya pengedaran dan pengambilan dadah ini disebabkan masalah pengangguran yang berpunca dari kelembapan kerajaan negeri menarik pelabur datang melabur ke negeri Kelantan. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...