“Kita debat untuk ilmu dan untuk menjernihkan pengetahuan rakyat Kelantan terhadap isu sebenar”, demikian kata-kata pengasas blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz semalam.
Beliau merujuk kepada berita di dalam Sinar Harian bertarikh 17 Januari 2013 yang melaporkan Pengerusi NGO R Saudara Nazri Deraman mencabar YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed dan YB Senator Dato’ Dr Awang Adek Hussin untuk berdebat isu royalti petroleum.
Nazri Deraman, Pengurus Bandar Baru Tunjung anak syarikat Kerajaan PAS Kelantan dan Pengerusi NGO R.
“Bukan taraf Nazri untuk berdebat dengan Menteri, debat dengan saya sudahlah,” kata Syed Azidi yang ditemui media di sebuah hotel di Kota Bharu selepas majlis perasmian Jentera Siber Barisan Nasional oleh Mustapa Mohamed. Bagaimanapun Syed Azidi nyatakan beliau mahu debat itu bukan bertujuan untuk ‘mengangkat ekor’ mana-mana pihak atau untuk tujuan bermegah-megah. Sebaliknya ia mesti untuk kedua-dua pihak meletakkan hujah masing-masing berdasarkan fakta supaya rakyat Kelantan boleh memahami dan membuat penilaian sebenar.
“Nazri boleh hantar wakilnya menemui saya untuk menetapkan masa dan tempat yang sesuai,” kata Syed Azidi lagi sambil menjelaskan bahawa pihak beliau sendiri bersedia untuk mengambil inisiatif sekiranya Nazri berhadapan kesukaran.
Nazri yang juga pengurus di Perbadanan Bandar Baru Tunjung, sebuah anak syarikat Kerajaan PAS Kelantan milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan di dalam laporan Sinar Harian itu juga mendesak PETRONAS menaikkan pembayaran royalti daripada 5% ke 20%.
Idea itu sudahpun dijelaskan oleh Mustapa Mohamed, selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum itu sebagai boleh mengakibatkan PETRONAS ‘lingkup’. Ini kerana Bayaran Tunai 5% yang dibuat sekarang adalah berdasarkan pengeluaran minyak dan gas dan bukan 5% daripada keuntungan. Oleh yang demikian jumlah itu sudah cukup besar.
Sebaliknya 20% dari pengeluaran jika dibayar sebagai Bayaran Tunai Petroleum akan meningkatkan kos operasi yang sudah sedia tinggi. Operasi carigali petroleum bukan satu operasi yang murah. Jadi jika ia dibebankan lagi dengan Bayaran Tunai sebanyak 20% ini akan memakan keuntungan PETRONAS dan kesannya PETRONAS tidak akan dapat memberi pulangan kepada negara sama ada di dalam bentuk cukai atau sumbangan lain bahkan ada kemungkinan PETRONAS akan berdepan dengan kerugian di dalam operasi carigali tempatan. Selanjutnya disini

Setaghomano gu ? Lawe ke dok ?, kalu tak lawe gak ikat batu handing didindinglah, kahkahkah, pesanan buat Pelesiden Royalti tu, usahkan nak tuntut royalti, nak sebut perkataan ROYALTI pun belum tentu layak, jika tidak masakan untuk takut menyahut cabaran debat itu. Rakyat Kelantan pun nak tengok juga setaghomanao cerdik gak Pelesiden Royalti ni, ko lagumana ?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletepesisiran pantai hanya 3 batu nautika?? dijarakkan berdasarkan kejauhan jarak meriam ketika dulu?ini tidak relezan jika ia dirangkakan berdasarkan jarak meriam untuk diguna di dalam memperutukkan undang2. Mengapa berbeza jarak spt wujud perairan wilayah 12b/n, zon sempadan 24 b/n, zon ekonomi eklusif 200 b/n.? cuba lihat, perbezaan ini tidak pula mengambil kira jarak jauh meriam??haa. macamna penggubal undang merangka angka ini dan tidak pula bergantung kepada jarak meriam.inilah menunjukkan undang2 dirangka supaya kerajaan negeri tidak layak untuk apa2 hasil pesisiran pantai, sebab itulah undang2 hanya merangka dengan jarak yg dekat dan terhad hanya 3b/n semasa pemerintahan kerajaan BN.
ReplyDelete