Isteri Ditampar Suami Dapat Gantirugi RM30 Ribu Berlatarbelakangkan Doa Nik Aziz

KOTA BHARU – Mahkamah Sesyen Pasir Mas semalam memerintahkan seorang guru membayar ganti rugi am RM30,000 kepada bekas isterinya selepas dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada wanita itu.

Keputusan dibuat Hakim Irwan Suainbon selepas mendengar keseluruhan kes tuntutan saman oleh Aida Rohani Mohamad, 39, terhadap bekas suaminya, Shakri Latif.

Aida, penjawat awam, yang berkhidmat di sebuah jabatan di sini mengemukakan saman menuntut ganti rugi selepas cedera dalam satu pergaduhan di rumah mereka di Taman Seri Neting, Pengkalan Kubor, Tumpat pada 9 Mei 2007.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 1997 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Dalam pergaduhan jam 6.30 pagi itu, defendan bertindak memukul serta menampar plaintif beberapa kali di bahagian badan dan kepala hingga menyebabkan dia cedera parah di telinga kiri serta lebam di bahagian muka sebelah kanan.

Aida yang ketika itu masih isteri kepada defendan kemudian membuat laporan di Balai Polis Kok Lanas sebelum menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Tumpat dan disahkan mengalami pendarahan di telinga kirinya.

Sementara itu, plaintif yang ditemui di rumahnya di Alor Hijau, Selising, Pasir Puteh, semalam nyata gembira dengan keputusan terbabit.

Katanya, kejayaan itu juga menjawab reaksi serong masyarakat terhadap dia sejak kejadian itu berlaku selain mengharapkan perkara tersebut menjadi pengajaran kepada defendan dan orang ramai.

"Akibat kejadian itu, dua kali saya menjalani pembedahan di telinga dan kini pendengaran masih terganggu. Menurut doktor, telinga ini akan sembuh tetapi memerlukan penjagaan rumit selain bersin dan batuk yang akan memberi kesan lebih buruk," katanya.

Selepas kejadian itu, bekas suami plaintif melafazkan cerai melalui tuntutan berpisah yang dibuat Aida sebelum dia mengambil keputusan mendirikan rumah tangga bersama Arifin Abdullah, 38, dan dikurniakan seorang anak berusia dua tahun.- Sinar Harian
 
Ekoran komen-komen pembaca Sinar Harian yang menegur mengenai  aurat yang didedahkan, gambar tersebut terpaksa dikaburkan kerana kita tahu gambar Nik Aziz berdoa yang ditampalkan didinding itu tidak menjamin manusia ke syurga.

1 comment:

  1. Aku selalu juga bertandang kerumah kawan-kawan India dan Cina. Kebanyakan dirumah mereka ada patung dan gambar berhala gajah dsb, selain dari tempat colok dan altar. Itu semua adalah lambang pemujaan.

    Di Kelantan, gambar-gambar pemujaan ini banyak digantung pada dinding ruang tamu dan dibilik tidur, tidak terkecuali di ruang sembahyang. Ia sudak menjadi satu cult.

    Adakah gambar dan patung termasuk dalam satu kategori?? Wallahua'lam.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...