Seorang Demi Seorang Anak Muda Di Kelantan Ketali Gantung

KOTA BHARU - Seorang katering dan buruh berdepan hukuman mati di tali gantung selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 200 gram pada hujung tahun lalu.

Mohamad Azlan Mohamad, 24, dari Kampung Bukit Bunga Ayer Lanas dan Wan Mohd Firdauh W Mustapai, 26, didakwa melakukan kesalahan itu bersama-sama di tepi sebuah kedai depan stesen minyak di Wakaf Che Yeh kira-kira jam 10.30 malam, 23 Disember lalu.

Kedua-dua didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan oleh kedua-dua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan.

Majistret Mohd Hafiz Mohd Noor menetapkan 7 Februari ini untuk sebutan semula kes. Kes berkenaan kendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri Nabilah Nizam. 

Dalam perkembangan lain, tiga sahabat berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan kerana merompak sebuah motosikal milik seorang pekerja kampung menggunakan pisau di Kuala Krai, Disember tahun lalu.

Wan Mohamad Ikhwan Wan Omar, 24, Mohamad Azizi Ab.Rashid, 24 dan Norhafizi Nordin, 21, membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas pertuduhan dibacakan.

Bagaimanapun Hakim Azman Mustapa menetapkan 13 Januari ini untuk sebutan semula kes sebelum hukuman dijatuhkan terhadap tertuduh.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas merompak motosikal Honda EX5 milik Mohd Elias Mat Isa, 24, jam 11.30 malam di tepi jalan sebuah sekolah di Kuala Krai.

Semasa melakukan rompakan pada 4 Disember lalu tertuduh bersenjatakan pisau, oleh itu kesemuanya didakwa mengikut Seksyen 395/377 Kanun Keseksaan. Kes itu dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Norhamizah Ghazali dan jaminan tidak ditawarkan terhadap tertuduh.

2 comments:

  1. Mereka nak masuk syurga cepat..tak ada jalan lain..tak gitu nik ajis..ha ha

    ReplyDelete
  2. Pukimak la lu... Mana lu tau depa nak masuk syurga.... Mai sini kasik lu punya mak aku tibai bontot dia

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...