Rumah Ibu Tunggal Tak Der Pintu Tapi Nik Aziz Buat Tak Tahu

KOTA BHARU - Dua minggu tidur dalam keadaan pintu rumah hanya beralaskan plastik, itulah keadaan yang terpaksa dilalui oleh seorang ibu tunggal, Nahatul Shima Seman, 43 bersama lapan lagi anaknya di Kampung Wakaf Mek Zainab, di sini.

Walaupun sedar mereka sekeluarga berdepan dengan bahaya kecurian akibat tiada pintu rumah apabila bahagian dapur dihempap sebatang pokok jati besar baru-baru ini namun mereka tiada pilihan.

Menurut Nahatul Shima, kedatangan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) kelmarin ke rumahnya bagaikan satu rahmat apabila rumah tersebut akan dibaiki dan pintunya diganti.

“Bukan tidak mahu baiki dan gantikan pintu tersebut tetapi duit tidak ada kerana terpaksa digunakan untuk persekolahan anak-anak.

“Lagipun Maik merupakan pihak pertama yang datang memberikan bantuan kepada keluarga kami selepas dua minggu kejadian ini berlaku,” katanya kepada pemberita di sini.

Sebelum itu Nahatul Shima menerima kunjungan daripada Maik yang diwakili oleh Ketua Pegawai Baitulmal dan Pembangunan, Nik Mohamed Noor Nik Ishak dan beberapa orang kakitangan yang lain.

Menurutnya, duit RM2,000 yang diterima itu akan dijadikan modal bagi membuat kuih serta membeli kelengkapan anak-anak.

Dia berkata, berbekalkan kerja menjual kuih muih dengan pendapatan bersih RM20 sehari dia menyara lapan anaknya yang berumur dari empat hingga 23 tahun.

Nahatul Shima berkata, rumah yang diduduki sekarang bukan rumah miliknya dan setiap tahun dia perlu membayar RM300 untuk membayar sewa tapak rumah tersebut.
“Dengan hanya berbekalkan semangat saya terus kuat untuk membesarkan anak-anak yang kebanyakannya masih kecil berseorangan diri,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini dia tidak pernah mendapat sebarang bantuan, dan berharap bakal ada pihak untuk tampil menghulurkan bantuan terutamanya bantuan membaiki sebahagian rumahnya.

“Saya juga berharap ada pihak yang membantu untuk memotong beberapa batang lagi pokok Jati yang berada berhampiran rumah saya, kerana bimbang kejadian sama akan berulang,” katanya.
 
Kawasan mana yang tidak ada Wakil rakyat boleh diibaratkan bumi mana yang tak ditimpa hujan, namun sejauhmana wakil rakyat yang dipilih itu bertanggungjawab kepada rakyatnya ? Untuk apa wajib mengundi kalau yang dipilih itu pemimpin haprak menyakitkan hati.

Kita bukan nak suruh wakil rakyat tu belanja duit sendiri untuk bantu rakyat, kerana rakyat ni ramai, bukan seorang dua, tak semestinya wakil rakya itu perlu bantu dengan duit, adakalanya bantu dengan 'kecek kiro' pun sudah memadai.

Maksudnya membawa permasalahan rakyat ini kepada mana-mana pihak yang berkenaan supaya masalah yang timbul itu dapat diselesaikan, bukannya menjadi YB dihilir sibuknya lebih kehulu melawat ekar, hektar dan batang-batang. Anda Mampu Mengubahnya.

2 comments:

  1. alamak baya aku ibu tunggal ni.... nasib ko la bebb duk kat kelantan. aku kat johor ni telebih makan... pintu pon terlebih .... keje bykk... duit tak de masalah... alhamdulillah.

    din
    larkin

    ReplyDelete
  2. Sewa tapak rumah pun dah RM300?? Mengalahkan sewa rumah kat tempat aku je... itupun siap ade pintu rumah. Ingatkan kat Kelantan tu murah la segala segi... rupe-rupenye mahal jugak... pork nick jugak yang selesa duduk rumah ade aircon dan banyak pintu. Bukak pintu belakang rumah, tersergam rumah anak menantu dengan banglow dua tingkat. Rakyat Kelantan??? Nasib korang la... nak dapat duit banyak, berhijrah ke negeri lain... lepas tu balik Kelantan undi hamPAS... korang jugak yang pilih. TERIMA JE LA.....!!!!!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...