Isu Kalimah Allah - Karpal Desak Hj Hadi kaji Semula Keputusan Majlis Syura

GEORGETOWN - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh berharap pendirian Pas berhubung isu kalimah ALLAH tidak bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat (PR).

Beliau mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula pendirian Majlis Syura yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Karpal juga berharap Abdul Hadi akan menentukan semula pendirian Pas agar selaras dengan keputusan yang telah dicapai Majlis Pakatan Rakyat pada 8 Januari lepas.

"Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Isu kalimah ALLAH dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam perutusannya sempena sambutan Hari Natal Disember lepas yang menggesa kerajaan persekutuan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Diminta mengulas tindakan Guan Eng yang enggan mengulas mengenai isu itu, Karpal berkata: "Bukan Guan Eng tidak mahu mengulas... dia tidak tukar pendirian dia. Itu maksudnya apabila dia tidak mahu mengulas." - Bernama
 
Nantikan sekali lagi kenyataan tak konsisten Nik Aziz selepas gesaan Karpal ini.

6 comments:

  1. Pakcu Rantau Panjang1/19/2013 6:43 PM

    Pakcu bukan peramal atau ahli nujum...tapi kalau lah geng Islam ni sanggup berbalik semula kerana gesaan Tuan Sing ni maka nampaknya dua kali lah kalimah Allah ni jadi isu dan perbahasan yang hot di awal Tahun 2013.....agak-agak dah dekat nak kiamat kot......

    ReplyDelete
  2. Tuu diaaa Sheikhul Al Karpulsing dah mentarbiah PAS

    ReplyDelete
  3. Murshitdol AGONG pakatan dah bersuara....n ajis , hadi ...korng kalo goyang bermakna korg lebih takotkn OKU tuh dari Allah S.W.T...

    ReplyDelete
  4. Kapal sink dah nak timbul balik, so dia nak jadi hero filem keling untuk menolong hero kungfu cina...jadi apa macam hero melayo dari kalangan pas pis pus...

    ReplyDelete
  5. Menggeletarlah lutut PAS PUSS PISSS..........

    After all Birds of the same feather flock together!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. kalau kita layan isu kalimah ALLAH memang bolih menguntungkan BN.harap2 baik PAS,DAP DAN PKR jgn layang dan beri komen apa pada press.sepatutnya isu ini yg selesaikan mufti terbesar di malaysia atau org yg paling besar menjaga agama islam di malaysia.bagi pandangan saya amat silap PR melatah dlm isu kalimah ALLAH ini.PR belum dpt kuasa lagi sementara ini ,jadi biar isu kalimah Allah kerajaan yg harus selesaikan.PR harus sedar bahawa isu ini sengaja di sensasikan olih pihak BN.kalau betul2 BN nak selesai isu ini dari awal lagi badan2 yg berkaitan agama dengan segera buat ulasan bukan dipolitik kan perkara ini.tugas PR sekarang ini kita tumbangkan kerajaan BN.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...