Presiden Royalti Ke Benggali Roti Ni ? Ada Hati Nak Debat Dengan Menteri

Gila orang ni ada macam-macam jenis gila, gila terkini oleh sebuah gerakan di Kelantan adalah gila publisiti, dek gila publisiti ni ada yang sanggup lakukan apa sahaja asal boleh jadi glamour, sanggup pecahkan kereta sendiri, lebih gila lagi sanggup bakar banner gambar Sultan, gila ini dilaporkan telah menyebabkan berlakunya 13 insiden yang tidak diketahui hujung pangkalnya, namun jika melihat akan bagaimana insiden yang berlaku itu dimainkan oleh mereka, secara peribadi ia agak sukar untuk diterima bahawa insiden itu dilakukan oleh orang lain dan bukannya dikalangan mereka sendiri.

Tapi tak perlah, yang tu kita tak tengok, maka kita tak jelas, apa yang kita nak cakap ni adalah daripada apa yang kita tengok dengan mata kepala kita sendiri, ianya berkaitan dengan nak cari publisiti dengan mengajak Menteri untuk berdebat, agaknya Menteri ni gila ke nak sahut cabaran tu ?

Wartawan Sinar Harian Tanya saya tadi. Saya jawap.. sape Syed Azidi? Saya ada pengikut 30000 ore. Sbg contoh pengikut saya yg berlarak divbelakang saya, bersama saya dr KLCC Ke Stadium Merdeka. . Kalu dia ada 5000 ok lah nak berdebat dg President R. Saya cabar Dato Mustafa Mamat & Dato Awang Adek. . Bukanya orang lain..

Sebelum ni Syed Azidi Syed Abdul Aziz @ Kickdefella pernah menyahut cabaran Presiden Royalti ini untuk berdebat secara ilmiah, tapi sayang seorang Presiden memberi alasan BODOH seperti seorang Jkkk, inikah orang yang nak mengaku bahawa dia mewakili rakyat Kelantan untuk menuntut apa yang dikatakan sebagai hak rakyat itu ?

Kalau ya pun nak raih publisiti dari seorang Menteri, sahutlah dulu cabaran debat seorang yang bukan Menteri, nak lawan tok guru pun kalahkan dulu anak muridnya, ni nafsu besar macam biawak ni apa ke jadahnya bai ? Betul-betul nak perjuangkan hak rakyat ke ataupun nak perjuangkan hak siapa ?

Ini ada ke patut persoalkan siapa Syed Azidi, dan kononnya dia  ada 30,000 orang pengikut, kalau Syed Azidi nak debat kena ada 5,000 orang pengikut, bukan ke itu statement longkang dengan syarat yang bangang ? Dah tu kalau nak ajak Menteri, kalau Menteri kata "Saya dah bawa pelaburan ke negara ini sebanyak RM50 Billion, kalau nak debat dengan saya paling kurang pun perlu buktikan yang anda dah bawa masuk pelaburan sebanyak RM5 Billion." Kalau Menteri jawab macam tu bagaimana ? Tapi nasib baik Menteri tu tak sebodoh Tuan Presiden.

Sepatutnya kalau si Nazri ni ada hujah yang kuat, fakta yang jelas, maklumat yang tepat dan tuntutan yang hak, beliau sepatutnya berterima kasih kerana Syed Azidi mencemar duli sudi melayannya, agak-agak macam tu, ni lah masanya nak tampilkan hujah yang sahih dihadapan sekalian rakyat Kelantan, apapun buang masa jer nak ulas panjang berbagai pasal puak haprak ni, kerja mereka hanya nak raih publisiti dengan persepsi dan fitnah. Anda Mampu Mengubahnya.

Tuan Presiden kata "Saya ada pengikut 30,000 ore", minta Tuan Presiden catatkan lipatan sejarah mengenai Tuan Presiden didalam wikipedia supaya Tuan Presiden lebih dikenali.

Fitnah memanjang

3 comments:

  1. PRU doh tok lama doh........ dan sekarang hampir masuk bulan dua doh dan doh takdok maso doh. Marilah kito pakat ramai2 berarak kestadium sultan Muhammad IV dan bergabunglah iaitu perakan sedar rakyat kelantan bersama semua ngo kelantan, penyokong Umno kelantan dan bn kelantan, pejuang media massa cyber Umno Kelantan serta rakyat Kelantan bersama sama bergabung dan berarak ke stadium sultan muhammad IV. Yb Tengku Razaligh Hamzah, Mustapa Mohammad, Ibrahim Ali dan ahli dun Umno Kelantan berarak bersama2 juga. Kita mahu mereka bersama dan bersatu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aju cadangan ini pd Tok Pa dan buat perarakan dan himpun besar besaran.

      Delete
    2. mari kto pakat lawan puok royalti atau bukan royalti tetapi puok tok reti baso

      Delete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...