Showing posts with label kristian. Show all posts
Showing posts with label kristian. Show all posts

Haron Din: "Saya Akan Pertahankan Kalimah Allah Hingga Akhir Hayat Saya" - Video

Jawapan Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din dalam isu kalimah Allah untuk digunakan oleh agama lain dilihat lebih tegas berbanding jawapan yang diberikan oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Penegasan yang dibuat oleh Haron Din memperlihatkan tiada sebarang tolak ansur jika membabitkan kepentingan umat Islam, kenyataannya jelas tanpa meletakkan kepentingan politik lebih utama daripada kepentingan Islam.

Namun sangat mendukacitakan apabila Nik Aziz lebih bersifat 'kluk-klek' dalam isu ini demi tidak mengecewakan rakan sekutunya daripada DAP,  Nik Aziz telah meletakkan DAP mengatasi kepentingan Islam, justeru, sebagai umat Islam khasnya penyokong Pas hendaklah sedar dan mengambil tindakan bagi menyedarkan Nik Aziz.

Tidak ada cara lain untuk umat Islam menyedarkan Nik Aziz melainkan dengan cara tidak memberi undi kepada Pas dalam PRU 13 nanti. Hanya cara itu sahaja yang akan menyedarkan Nik Aziz untuk kembali kepangkal jalan diatas dasar perjuangan Islam yang sebenar. Anda Mampu Mengubahnya.

Ulamak Ke Paderi ? Kalau Non Muslim Tak Boleh Sebut Kalimah Allah Macammana Nak Syahadah !

Siapa pula yang kata non muslim ni tak boleh sebut kalimah Allah ?, Harakah siap angkat tunjuk sample lagu-lagu negeri ni apa ke hell-nya ? Alahai terdesak benar agaknya sampai dikatakan non-muslim tak boleh sebut kalimah Allah ni.

Nak tambahlah sikit lagi, kalau non-muslim tak boleh sebut kalimah Allah macammana dia nak jadi muslim atau nak peluk Islam ? dalam syahadah pun ada kalimah Allah, harulah macam ni, tak berkembanglah Islam.

Apa yang saya faham dan bersetuju sebelum ini adalah kalimah Allah hanya tidak dibenarkan kepada non-muslim untuk digunakan secara terbuka menerusi tulisan yang bertentangan dengan kepercayaan Islam termasuk terjemahan bible dalam bahasa melayu atau dengan kata lain yang boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam selaku umat majoriti didalam negara ini yang mengangkat agama Islam sebagai agama persekutuan.

Tidak timbul soal non-muslim tidak boleh sebut kalimah Allah, tu jauh sangat dah lari tu, lebih-lebih lagi kalimah Allah didalam penulisan atau lagu yang dikarang oleh orang Islam atau yang tidak bertentangan dengan Islam.
Non-muslim nak sebut Allah maha berkuasa, Allah Maha Esa, mahasuci Allah atau puji-pujian bagi Allah, sebutlah! Apa masalahnya ? Yang menjadi masalah jika kalimah Allah dibenarkan digunakan secara terbuka, sebagai contohnya mereka ingin menaikkan satu papantanda yang menyebut "Allah Bapa, Putra dan Roh Kudus", sedangkan pengertian mereka terhadap Allah itu bertentangan dengan Islam sekaligus mendatangkan kekeliruan disamping fitnah terhadap kepercayaan umat Islam itu sendiri.

Yang duk pertahankan sangat penggunaan kalimah Allah kepada non-muslim ni apa ke halnya, Islam mengajar berdakwah kepada mereka untuk memeluk Islam, bukannya memberi peluang kepada mereka mengelirukan umat Islam, Ulamak sepatutnya pertahankan Islam, kalau nak pertahankan bukan Islam, Kristian umpamanya, baik jadi paderi. Ini juga bagi mengelakkan umat Islam keliru yang mana paderi yang mana Ulamak, kerana sikap ulamak mengalahkan paderi. Anda Mampu Mengubahnya.

Kenyataan Selesa Mujahid Berhubung Kristian Agama Rasmi Lepas Jumpa Paderi

Dakwaan terdapat cubaan menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dipertikaikan ekoran jumlah populasi penganut agama terlalu kecil dalam negara ini.

Anggota jawatankuasa Pusat PAS Mujahid Yusof Rawa berkata, statistik terkini menunjukkan golongan itu hanya mewakili 9.2 peratus (atau 2.6 juta) daripada keseluruhan rakyat Malaysia.

Berdasarkan statistik itu, tambah anggota Parlimen Parit Buntar itu, penganut agama Buddha sebenarnya lebih ramai.

"Bagaimana 9.2 peratus daripada populasi, kumpulan minoriti, mahu bentuk negara Kristian? Beritahu saya macam mana hendak buat," katanya.

Bercakap dalam forum "Masih Relevankah Ketuanan Melayu?' di Pulau Pinang semalam, Mujahid berkata, jumlah umat Islam pula katanya sekarang ini membentuk 67 peratus daripada rakyat Malaysia.

Bila manusia gilakan kuasa pelbagai dalih akan diberikan bagi menghalalkan sesuatu perkara, kenyataan selesa sebegitu tidak wajar dibuat oleh pemimpin yang kononnya memperjuangkan Islam, kenapa perlu memilih jalan yang leka dan melalaikan itu? apakah jumlah yang menentukan sesuatu perkara itu dari terlaksana ? Jika faktor jumlah dijadikan ukuran, kita boleh katakan dalam negara kita ini secara umumnya orang yang paling berkuasa adalah Perdana Menteri, namun adakah Perdana Menteri itu bilangannya lebih ramai dari rakyat ? begitu juga dalam sebuah negeri beraja, dalam sebuah negeri hanya ada seorang raja, tetapi adakah rakyat yang ramai itu menguasai seorang raja, ataupun seorang raja yang menguasai rakyat yang ramai ?

Jangan memandang enteng terhadap satu bilangan yang kecil, kerana belum tentu bilangan yang besar itu punyai kepintaran yang boleh mengatasi bilangan yang kecil, dan kuantiti tidak boleh dijadikan sandaran seharusnya lihatlah pada kualiti, jika dahulu sebahagian besar rakyat tidak menyangka PAS yang dahulunya begitu kuat berjuang Islam tetapi hari ini sudah menukar kepada kebajikan, dan kebajikan itu hanyalah satu persefahaman untuk dicapai dalam satu gabungan bagi membentuk sebuah kerajaan, kenapa PAS boleh tunduk dan bersetuju dengan dasar kebajikan, dan kenapa tidak DAP tunduk kepada dasar Islam yang sekian lama diperjuangkan PAS itu ?
 
Itu belum lagi dikira dalam konteks dunia, bangsa mana yang paling ramai didunia ini dan bangsa apakah yang menguasai dunia ini. Apakah bangsa yang ramai yang menguasai dunia ? Banyak contoh dan dalil boleh diberikan yang mana jumlah yang ramai itu tidak menentukan segala-galanya, malah, kadangkala kebebasan itu lebih berkuasa dalam menentukannya. Anda Mampu Mengubahnya.

Mujahid ke gereja selanjutnya klik disini

PAS: Doa Jadikan Isteri Kawan Sebagai Isteri Kita Halal

Salah ke kalau DAP minta doa supaya Malaysia ni jadi negara Kristian ? Itulah persoalan yang timbul selepas kenyataan mantan Timb Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa berhubung isu tersebut.

Rata-rata blog pembangkang hari ini memainkan isu ini, isunya simple jer, tapi sengaja diperpayahkan, ini bukan soal salah atau tidak, dan Nasharuddin dalam kenyataannya pun tidak menyebut bahawa doa DAP itu salah dan umat Islam harus bangkit buat demontrasi atau laporan polis dsbnya.

Beliau cuma mengajak umat Islam dinegara ini supaya sedar dan berhati-hati akan niat rakan baik Pas yaitu DAP yang sedang berusaha untuk menjadikan Malaysia ni sebuah negara Kristian, itu isunya, persoalannya kembali, apakah salah Nasharuddin untuk memperingatkan umat Islam supaya berhati-hati ?

DAP nak berdoa seribu kali sehari pun berdoalah apa masalahnya, tak der salah apa, Nik Aziz berdoa sampai pecah perut pun tak der apa, apatah lagi DAP.

Namun sebagai contoh, jika kita tahu orang berniat tidak baik kepada kita, atau kita tahu ada orang nak pukul kita, apakah kita nak buat 'dono' tanpa sedikitpun mengambil langkah berjaga-jaga ? Paling tidak pun kita mesti berhati-hati, stanby apa yang patut, takkan bengkak muka dulu baru nak bangkit, itu tak cerdik banyaklah maknanya.

Jika dipanjangkan sedikit lagi salah ke kalau seseorang tu berniat tidak baik pada kita atau berdoa cuba mengambil hak kita, contohnya yang lain berdoa untuk jadikan isteri kita sebagai isteri dia, semasa lalu dibelakang rumah kawan kita, kita dengar kawan kita sedang berdoa untuk jadikan isteri kita sebagai isterinya, sedangkan kita sudah ada ikatan yang sah dan dipersetujui oleh semua pihak akan perkahwinan kita itu.

So apa tindakan yang kita akan lakukan ? Nak 'katok pecoh palo ko' ? nak berhati-hati ke ? Nak bagi nasihat supaya jangan buat macam tu ke ? itu terpulang kepada tahap kesabaran dan keimanan masing-masing, tapi sebelum itu kita perlu tahu, wajarkah kawan baik kita itu berdoa untuk rampas isteri kita ? dan kawan yang sebegitu, kawan baik ke kawan syaitan. Anda Mampu Mengubahnya.

Lim Guan Eng Mula Gelabah Dakwa 'Utusan Putar' Dan Pemimpin Kristian Amat Menyayanginya

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa Utusan Malaysia sekali lagi "memutar" fakta untuk menjejaskan nama baiknya melalui laporan berhubung ucapannya dalam satu perjumpaan bersama sekumpulan pemimpin gereja di negeri itu kelmarin.

Lim berkata, individu yang dipetik dalam laporan akhbar berkenaan hari ini menafikan menyebut seperti yang dilaporkan akhbar milik Umno itu.

"(Bekas Presiden Majlis Gereja Malaysia) Thomas Philips menelefon saya untuk menyatakan bahawa beliau tidak pernah menyebut seperti itu dan orang-orang saya juga menghubungi seorang lagi paderi, yang juga menafikan menyebut apa-apa mengenai saya atau Pulau Pinang.

"Tentu Utusan bertanya soalan umum kepada mereka tanpa menyentuh politik di gereja dan mereka menggunakannya untuk diatur seiring dengan dialog yang saya adakan dengan pemimpin gereja di Pulau Pinang.

"Ini (tindakan) yang tidak bermaruah," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Katanya lagi, Utusan benar-benar ingin menyerangnya dengan memuatkan berita tersebut di muka depan dalam edisi hari ini.

Sedangkan, kedua-dua pemimpin Krisitan itu amat menyayanginya, kata Lim lagi.

Merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia, pihak gereja meminta pemimpin politik tidak mengheret rumah ibadat ke dalam kancah politik kerana ia hanya akan menimbulkan suasana yang tidak harmoni.

Bishop Gereja Lutheran Evangelical, Rt. Rev. Dr. Solomon Rajah berkata, permintaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar pihak gereja bangkit menyatakan ketidakadilan seperti dilaporkan portal berita propembangkang, Malaysiakini semalam, hanya akan dilihat sebagai satu usaha untuk mempengaruhi pihak gereja agar berpolitik.

Menurutnya, kenyataan itu merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima dan tidak seharusnya menjadi ikutan penganut Kristian.

"Gereja ialah tempat yang sangat suci. Mengapa keluarkan kenyataan seperti itu di dalam gereja? Gereja bukan tempat sesiapa untuk berceramah tentang politik.

"Memang kita berhak untuk menyuarakan rasa tidak adil terhadap sesuatu perkara tetapi saya merasakan ketika ini, keadaan Malaysia bukan huru-hara sehingga terpaksa mengambil alternatif untuk mencampuradukkan soal spiritual dan politik," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Malaysiakini semalam yang memetik kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang menggesa penganut Kristian tidak berdiam diri walaupun merasakan mereka 'tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah'.

Guan Eng ketika bercakap di hadapan 300 pemimpin gereja berkata, walaupun penganutnya bertanggungjawab di hadapan Tuhan, penting untuk mereka menyuarakan 'keadilan untuk semua' yang merupakan slogan pakatan pembangkang.

"Gereja boleh memainkan peranan menentang ketidakadilan untuk mewujudkan masyarakat yang lebih kuat," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Dalam sesi dialog dua jam itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP diminta berkongsi cabaran yang dihadapi dalam menangani isu-isu berkaitan gereja sejak mengambil alih pentadbiran negeri daripada Barisan Nasional (BN) pada 2008.

Menurut Rajah, seruan meminta gereja menyatakan pendirian mereka terhadap soal ketidakadilan seperti dinyatakan Guan Eng itu hanya akan dilihat sebagai bermotifkan politik.

"Saya tidak pasti sama ada beliau menganut agama Kristian atau Buddha. Saya juga tidak pasti mengapa beliau boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu di dalam sebuah gereja tetapi saya mahu beliau tahu, pihak gereja tidak perlu diseru untuk menegakkan keadilan demi kepentingan politik.

"Kami tidak mewakili suara kerajaan atau pembangkang serta bukan alat politik mana-mana pihak, kami berdoa untuk kesejahteraan semua orang. Jangan sesekali politikkan isu agama," tegasnya.

Beliau turut menyeru kepada rakyat khususnya yang beragama Kristian supaya tidak taksub dengan pihak tertentu sehingga terlibat dengan perkara yang melanggar undang-undang.

"Saya secara peribadi tidak gemar dengan keadaan huru-hara atau perhimpunan yang melibatkan keganasan kerana adalah lebih elok kita menggunakan saluran yang betul untuk meluahkan perasaan," ujarnya.

Sementara itu, Presiden Majlis Gereja Malaysia, Rev. Dr. Thomas Phillips berkata, adalah tidak elok sekiranya seseorang menggunakan gereja sebagai tempat mencari undi.

"Kita tidak boleh sesekali menggunakan gereja sebagai tempat memancing undi untuk mana-mana parti politik. Gereja bukan tempat berpolitik," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas berhubung kenyataan Guan Eng yang menggesa penganut Kristian supaya bersuara terhadap ketidakadilan.

"Saya tidak boleh beri sebarang komen berhubung perkara ini kerana tidak pasti apakah sebenarnya niat Guan Eng pada sesi dialog tersebut," katanya.
 
-  Lim Guan Eng dah bengong agaknya, bila masa pula Utusan 'memutar fakta' Dr. Thomas Phillips ? bahkan melaporkan kenyataan umum dari  Dr. Thomas Phillips dan menyatakan keengganan Dr. Thomas Phillips untuk mengulas berhubung kenyataan yang dibuat oleh Lim Guan Eng, namun yang Utusan lapor berkaitan kenyataan balas daripada Dr. Solomon Rajah kepada beliau tidak pula disentuhnya, kenapa ?  Dr. Solomon Rajah tak call ke ? Anda Mampu Mengubahnya.

Lim Guan Eng Seru Kristian Bangkit Tuntut Hak

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, penganut Kristian tidak harus berdiam diri walaupun merasakan mereka "tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah". Sebaliknya mereka harus bangkit dalam menuntut hak dan keadilan kepada mereka.

Bercakap di hadapan 300 pemimpin gereja, Lim berkata, walaupun penganutnya bertanggungjawab di hadapan tuhan, penting untuk mereka menyuarakan "keadilan untuk semua" sebagaimana seruan yang diperjuangkan oleh  Pakatan Rakyat dalam menjamin hak sama rata bagi seluruh rakyat dinegara ini.

"Gereja boleh memainkan peranan (menentang ketidakadilan) untuk mewujudkan masyarakat yang lebih kuat," katanya dalam program dialog di negeri itu semalam.

Turut hadir exco negeri Abdul Malik Abdul Kassim, Wong Hon Wai dan Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia, Pulau Pinang Bishop Emeritus Antony Selvanayagam.

Dalam sesi dua jam itu, Lim yang juga setiausaha agung DAP diminta berkongsi cabaran yang dihadapi dalam menangani isu-isu berkaitan gereja sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada daripada BN pada 2008.

Masing-masing tuntut hak masing-masing, jika hak tersebut bercanggah dengan hak orang lain dan keadilan yang dituntut itu mengzalimi orang lain, maka sekali lagi pergolakkan akan berlaku didalam negara ini diatas seruan pemimpin politik yang membakar semangat kaum yang akan menyebabkan segelintir kaum-kaum itu lupa untuk bersyukur, 

Oleh kerana lupa untuk bersyukur mereka akan membuat tuntutan-tuntutan yang bersifat lebih sudu dari kuah tanpa mengambil kira hak sediada kaum-kaum lain. Tuntutan yang mengancam hak sediada orang lain hanyalah akan membawa musibah yang sangat dasyat. Macammana kita merasakan ingin hak kita samalah juga dengan orang lain yang akan mempertahankan hak mereka. Namun jika saling bertolak ansur dan menghormati sebagaimana yang telah sediada ini,  maka selagi itulah keamanan akan sama-sama dikecapi. Anda mampu Mengubahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...