Video - Chegu Bard Fitnah @Zahid_Hamidi Penjenayah, Terlibat Dalam Kes Cubaan Bunuh

Fitnah yang cuba dihidupkan dan disebar di Kelantan ini adalah melibatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi, fitnah yang cukup besar itu wajib diambil tindakan segera agar persepsi secara keterlaluan dapat dihentikan dari terus mencemarkan imej perundangan  negara serta kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional.

Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, pada 12 Jun 2013 lebih kurang jam 10.30 malam di program himpunan 'Blackout' 505 yang berlangsung di Padang Majlis Daerah Ketereh dalam  satu ucapannya mendakwa Zahid merupakan 'bapak segala penjenayah Malaysia' dan mempunyai 'kes jenayah cubaan memBUNUH'.

"Saya sebut kerana apa?, kita ada bukti dia adalah penjenayah, dia ada kes cubaan bunuh"

"Malam ini saudara, kita ada CD,  merupakan CD skandal Zahid Hamidi, ini bukan skandal dalam bilik yang buat video lucah tu mereka bukan kita, tapi bukti bahawa Zahid Hamidi ada kes jenayah cubaan bunuh orang,.. saudara, kita rakam buktinya"

"Najib sudah hilang maruah, tak mampu nak lantik Menteri, penjenayah jadi Menteri Dalam Negeri." Katanya.

Apabila ucapan fitnah itu dibuat, macammana penerimaan masyarakat terutamanya mak cik dan pakcik yang langsung tidak didedahkan dengan maklumat atau penjelasan yang tepat berhubung isu tersebut, jika masyarakat mempercayainya, maka kepercayaan mereka terhadap pihak polis sudah tentu akan terhakis.

Isu berkenaan sebenarnya sudah lama dikumandangkan dan ia kurang popular, namun apabila Zahid tegas dalam perlaksanaan tugas sebagai seorang Menteri di KDN, pembangkang mengambil kesempatan untuk menyerang beliau dengan isu tersebut kerana sudah tidak ada lagi isu lain untuk menyerang Zahid.

Mungkin kita boleh percaya kalau setakat Zahid dituduh telah menumbuk seorang lelaki yang menggunakan ilmu hitam untuk melarikan dan memecah belahkan rumahtangga anak perempuannya.

Tapi dakwaan bahawa Zahid cuba membunuh adalah satu dakwaan liar yang berat lagi tidak berasas dan perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak terbabit. Perkataan cuba membunuh orang itu bukan satu perkataan yang biasa, lebih-lebih lagi jika ia dituduh dilakukan oleh Menteri yang bertanggungjawab dalam hal keselamatan.

Dalam perkembangan lain, minggu lalu Penasihat DAP Lim Kit Siang turut mempersoalkan kes tersebut, namun tidak pula menyebut perkataan 'BUNUH', menurut Lim, mengapa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak dikenakan tindakan mahkamah ekoran tindakannya memukul seorang ahli perniagaan pada 2006.

“Ia menimbulkan persoalan adakah Malaysia mempunyai penjenayah sebagai Menteri Dalam Negeri?” kata Lim.

Apapun kita sama-sama melihat selepas ini samada Zahid akan meneruskan ketegasannya atau akan akur dengan asakan pembangkang terhadap kes beliau, kerana isu ini sudah senyap beberapa tahun dan ditimbulkan hanya kerana bermotifkan politik, ia dilihat semata-mata untuk mengendurkan tindakkan Zahid selaku Menteri KDN terhadap pemimpin pembangkang.

Kalaupun benar Zahid bertindak menumbuk lelaki yang menggangu rumahtangga anak beliau, apa masalahnya,  Setiausaha Agung Pas pun berzina rilaks jer, bakal PM Pakatan Rakyat peliwat pun tak der hal, itu semua ada bukti video, takkanlah seorang Timbalan Menteri mempertahankan anaknya itu nak dijadikan isu besar ? Kalau yang ada bukti video tak nak percaya, takkan yang takder bukti video nak percaya ? Anda Mampu Mengubahnya.

Chegu Bard ni kononnya nak jadi hero lawan Rafizi yang telah berjaya menundukkan bekas Menteri Pembangunan Wanita dengan isu NFC, apakah Zahid akan biarkan perkara yang sama dilakukan Chegu Bard keatas beliau ?

6 comments:

  1. BIARKAN MEREKA BERMAIN DENGAN FITNAH..SEBAGAI UMAT ISLAM..KITA KENA PERCAYA DAN YAKIN PADA ALLAH..SELALU SOLAT DAN BERDOA..SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA KUASA..KITA MESTI BERSABAR..ALLAH AKAN TOLONG HAMBANYA YG TERANIAYA..PERCAYALAH..WALAU APA PUN RANCANGAN MEREKA,TP MEREKA TAK BOLEH MENGATASI PERANCANGAN ALLAH..ALLAH MAHA KUASA..

    ReplyDelete
  2. hahaha...kalau ada video..dan puak2 mereka percaya..ni tidak adil...hahahahaha takkan time kerajaan..percaya sahaja semua cerita..tak kisah bukti ada ke takde...tp bila kene btg idung sendiri...semua nya bukan mereka...haih..

    -smh-

    ReplyDelete
  3. Zahid? Video? eh Bad, kau dah hilang akal agaknya...sejak bila korang percaya pada 'besi'?...

    Dulu patut dakwa LIM KIT SIANG sebagai dalang kes 13 Mei tapi kerajaan Melayu memang BACUL...PM kita pun dah kena jangkit sindrom itu...mungkin PM akan lantik ex-judge tu sebagai Speaker mengikut kehendak ANUWAR...supaya di Selangor, Penag dan Kelantan PR juga akan mengikut jejak langkah PM....hahahaha...

    ReplyDelete
  4. mereka ini semua nya raja fitnah kenapa sekarang baru keluar cerita ini kenapa zaid hamidi jadi kdn baru nak cerita sudah terlambat lah che gu bad kerana kamu tahu zaid hamidi org nya tegas kenapa kamu takut dan kamu kelurkan fitnah semua nya kamu nak fitnah spr kamu fitnah,pdrm kamu fitnah macam mana pula org fitnah kamu mengata kami ada bukti yg kamu juga terlibat dengan jenayah jeneyah bolih dihukum penjara dan sebat jangan ingat org tak bolih fitnah kamu dan kamu kecewa kamu kalah di sg aceh lihat saja lah rakyat do sg aceh pun tolak kamu sedangkan itu kubu kuat pas padan muka kamu.

    ReplyDelete
  5. Sayangnya kerajaan masih lagi membiarkan politik fitnah ini bermaharaja di Tanah Melayu sudah bertahun tahun dan sudah meresap segala fitnah kepada orang orang kampung dan bandar dan golongan remaja yg bakal mengundi dalam pru 14 nanti, jangan lah mengharap seluruh rakyat dapat menilai mana yg baik dan mana yg benar sekiranya mereka hanya mendengar dan membaca satu sumber sahaja, lebih malang yg tidak ada akses internet dan mengharapkan ceramah sahaja dan yg paling banyak ceramah adalah parti lawan(bukan parti pemerintah) walaupun pru13 sudah selesai nampaknya ceramah untuk pru14 sudah bermula melalui poster poster yg tertampal ditepi jalan.

    ReplyDelete
  6. Gedebe sgt ke cikgu bard nih? Mari kkapung ore dok jaja fitnah... Balik nogori la.... Tuiiihhhhhh. Mari ssini nk kecek hal bodo.... Tuiiihhh

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...