ADUN Salor Datuk Husam Musa hari ini menjelaskan beliau tidak menghadiri majlis angkat sumpah di Dewan Undangan Negeri itu semalam kerana mempunyai tugasan rasmi di luar negara.
"Saya dijadual ada aturcara rasmi di luar negara bermula 13 Jun sampai 20 Jun. Permohonan cuti saya diluluskan oleh sidang DUN Kelantan semalam,"
Husam berkata beliau telah memohon untuk tidak menghadiri sidang DUN Kelantan sejak 26 Mei lalu kerana berada di luar negara termasuk menunaikan umrah pada 26 Mei hingga 9 Jun .
"(Perhimpunan) Blackout 12 Jun dan jadual luar negara 13 Jun di atur lebih awal sebelum dapat notis sidang dun," katanya.
"Saya dijadual ada aturcara rasmi di luar negara bermula 13 Jun sampai 20 Jun. Permohonan cuti saya diluluskan oleh sidang DUN Kelantan semalam,"
Husam berkata beliau telah memohon untuk tidak menghadiri sidang DUN Kelantan sejak 26 Mei lalu kerana berada di luar negara termasuk menunaikan umrah pada 26 Mei hingga 9 Jun .
"(Perhimpunan) Blackout 12 Jun dan jadual luar negara 13 Jun di atur lebih awal sebelum dapat notis sidang dun," katanya.
Khabarnya juga, sejak tidak memegang apa-apa portfolio dalam kerajaan negeri, beliau kini mendapat berbagai undangan dari berbagai pihak termasuk menyampaikan ucapan di universiti di luar negera serta berjumpa dengan rakan dialog perniagaan. Beliau juga didakwa turut dijemput oleh sebuah badan di London untuk menyampaikan ucapan berhubung masa depan dan peralihan politik Malaysia.
Hebatnyaaaa......Justeru dengan hebat yang keterlaluan dan kesibukkan itu Husam perlu mengosongkan kerusi DUN Salor yang dimenangi beliau dalam PRU13 lalu bagi memberi ruang kepada mereka yang benar-benar boleh berkhidmat dan memberi komitmen sepenuhnya sebagai wakil rakyat.
Kalau Adun Air Lanas tak hadir sebab beliau sibuk ada urusan luar negara selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Husam sibuk lebih pada Menteri ni dah jadi EXCO Perdagangan Antarabangsa dan Industri ke ?
Rakyat pilih beliau bukan untuk menyibukkan diri diluar negara, beliau dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat, dengan alasan ketidakhadirannya itu jelas menunjukkan beliau seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Majlis angkat sumpah pun boleh dibuat main seolah-olah tidak membawa sebarang makna buat beliau. Tapi yang anehnya kesemua himpunan 'Blackout' boleh pulak hadir.
Husam mendakwa ada urusan di luar negara ?, urusan itu atas kapasiti beliau sebagai apa ? Exco Perdagangan Antarabangsa dan Industri ? Menteri Besar Kelantan ? Hal ini perlu dijelaskan, rakyat tidak sepatutnya terus diperlembukan diatas perkara yang mereka sendiri tidak tahu sikap sebenar pemimpin yang mereka pilih, asal lambang bulan saja mereka pangkah, sedangkan mereka tidak sedar nasib dan masa depan mereka yang sepatutnya lebih baik dinafikan oleh pemimpin seperti Husam ini.
Kalau semua wakil rakyat berpendirian macam Husam, maka majlis angkat sumpah tidak akan berlangsung sebagaimana semalam, sepatutnya majlis seperti itu hanya boleh dimaafkan sekiranya ketidakhadiran bersandarkan diatas faktor kecemasan, seperti kematian saudara terdekat ataupun urusan luar yang ada kena mengena dengan rakyat atas kapasiti sebagai Exco mahupun Menteri.
Dimana tanggungjawab Husam sebagai seorang pemimpin ? Buanglah sikap angkuh tu wahai Husam, sikap yang akan memusnahkan masa depan rakyat, biarpun saya tidak sekaya Husam, tapi saya tetap bersyukur kerana tidak menjana kekayaan itu diatas kesusahan rakyat serta hasil negeri dengan mengambil kesempatan diatas kedudukan sebagai wakil rakyat, dan saya percaya kalau Husam tidak menjana kekayaan dengan cara seperti itu, Husam juga miskin seperti saya.
Tapi Husam semakin lupa diri, beliau ingat dengan apa yang beliau ada sekarang ini merupakan keistimewaan azali yang ter'takhta' padanya, jika tidak menumpang populariti Pas, siapalah Husam ? Jika rasa was-was, bolehlah kosongkan kerusi DUN Salor itu dan bertandinglah semula diatas tiket bunga raya, ketika itu kita akan tengok, rakyat pilih batang tubuhnya atau memilih bulan.
Kalaulah hebat sangat, sudah lama Nik Aziz lantik jadi Timbalan MB, tapi bila diberi peluang menjadi Exco, kejayaan apa telah Husam bawa yang boleh dibanggakan di Negeri Kelantan selain kejayaan membawa 'tauke-tauke' cina untuk bermaharajalela menguasai hasil mahsul negeri ini.
Ketahuilah wahai rakyat negeri ambo Kelate Darul Naim, Husam hanyalah bijak berpolitik dan berkata-kata untuk kepentingan dirinya sendiri bukan untuk rakyat, Husam sekarang berganding sasau dengan Menteri Luar Tabie, Anwar Ibrahim, seorang gila nak jadi PM, seorang pula gila nak jadi MB.
Namun dek kerana buta disuluh pancaran bulan, rakyat Kelantan tidak mampu melihat diri Husam yang sebenar, tidak cukup dengan projek koridor depu yang telah membazirkan jutaan wang rakyat, dikutipnya pula derma membina lebuhraya pilihanraya, kemudian ditambah lagi retorik stadium rebana The Red Warriors yang eksklusif, mengancam dan gilababi megah terbina. Tu pun tak termasuk dengan kajian penemuan harta karun di Tumpat dan kajian Minyak dibawah Pasar Siti Khadijah. Keretapi laju lagilah...
Lupakah kita hendak tanya, dimana semua itu ? Takkanlah jawapan bodoh 'Kerana kerajaan pusat tak bagi royalti minyak' itu hendak diguna sampai ke mati ? Semasa nak buat tu semua Husam tak pernah sebut pun nak buat dengan duit royalti, bahkan diputarnya angkuh mampu untuk membina tanpa bantuan dari kerajaan pusat, lagipun Kelantan ni bukan hanya punyai minyak, Kelantan ada balak, timah, emas dsbnya, kemana pergi royalti-royalti balak, timah, emas dsbnya itu ?
Oklah katakan royalti itu hak Kelantan, sejauhmana kesungguhan Husam menuntutnya ? Kalau benar royalti itu hak Kelantan kenapa tidak adakan demontrasi sepanjang masa bagi menuntutnya, panggil Anwar, Lim Kit Siang, Ambiga dll adakan himpunan sebagaimana himpunan Bersih dan blackout, desak kerajaan sampai dapat, kenapa tak buat ? Barulah nampak real royalti tu hak Kelantan.
Ini tidak, hak rakyat sepenting royalti yang didakwa jumlahnya berbillion itu hanya diserahkan kepada budak-budak hingus yang tak tahu apa untuk dituntut.
Kesimpulan dari itu, tidak ada gunanya lagi untuk Husam terus menjadi wakil rakyat di Salor, apa yang ada kepada seorang wakil rakyat biasa yang sebelum ini sudah 3 penggal terbiasa menjawat jawatan EXCO, lagipun dengan kegagalan projek-projek beliau selaku orang yang bertanggungjawab disamping kerja-kerja yang dilakukan tak pernah disiapkan sempurna, dan untuk hadir angkat sumpah pun tak mampu melawan ego.
Maka, adalah penting bagi seorang pemimpin yang bermaruah untuk 'surrinder' dengan mengosongkan kerusi yang sudah tidak empuk lagi dipegangnya itu. Ini bagi mengelakkan hati mati itu tidak terus menjadi bangkai busuk yang akan memberi mudarat kepada yang lain sehingga boleh menjejaskan kepentingan rakyat dan menambahkan lagi kemurkaan Tuanku. Anda Mampu Mengubahnya.
Komen aku la..x yah kita sibuk si husam ni buat keje ke x.baik kita komen parti kita agar lebih tegas dr seblm ni.jaga agama kita.dah penduduk sana suka husam buat keje oberse dr tmpt dia.sape kita nak betul kan dorang.
ReplyDeleteBiarkan aje.tu pilihan mereka.kita jgn sibuk.kita sibuk ngan pemimpin kita yg aku tgk lembik aje.
Jaga kawasan kita.mana2 pemimpin umno/bn yg x buat keje tu yg elok kita komen.selain dr tu biarkan aje.
Kenapa mesti ada double standard, pilih bulu. Bila orang kita tak buat kerja tak pe, bila orang lain tak buat keje kita bising. Beginikah Islam yang di perjuangkan? Adil ke namanya tu ?
DeleteJanganlah buat hukum dgn guna akal dan ikut sedap mulut sahaja. Dalamai lah ilmu sebelum nak berkata-kata
Betul tu brader...kebanyakkan blogger sekarang masih menghentam yb pr..kita da melepasi zaman 2008-2013. Sekarang zaman perkasakan umno dan bn.
ReplyDeleteApa cerita pasal mat zain? Betul ke jual bn selangor nak bagi kalah?
Kite cakap pasal kelantan lah sebab kita di negeri kelantan.
ReplyDeleteApakah yb2 pr tak boleh aktif di luar negara atau tak boleh ada sebarang urusan di luar negara...???cuma yb bn saja yg boleh keluar negara...???atas alasan apakah hanya yb bn saja boleh bebuat begitu jangan lan menyempit kan otak admin yang dah kurang bijik tu dgn sikap keanakan ...takkan kalau yb bn semua yang pergi atas kapasiti urusan gomen dan yb pr pergi hanya makan angin kalau nak desak yb pr letak jawatan banyak lagi yb bn yg patut ltk jawatan kot...???
ReplyDelete