Video - Husam Seronok Cerita Pengalaman Pertama Boleh Sauna Dalam Lokap

Sejurus  dibebaskan dari tahanan polis jam 5.05 petang semalam, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa membuat sidang media dan mendakwa seronok berada dalam tahanan di IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa kerana lokap berkenaan baru saja siap pembinaannya.

Kenyataan Husam sebagai seorang pemimpin itu dilihat tidak wajar kerana seolah-olah memberi galakkan kepada rakyat untuk melakukan jenayah sekaligus dapat menginap didalam lokap selesa berkenaan. Namun kenyataan Husam itu tidak diambil kira oleh kerajaan yang didakwanya sebagai zalim. Itupun kalau nak dikira boleh dibuat isu kalau benar kerajaan hari ni saja-saja nak cari pasal.

Bagaimanapun semoga Husam bermuhasabah dan menilai kembali ucapannya itu, tapi sebenarnya pihak Majlis Agama Islam  yang sepatutnya menyiasat beliau bagi kenyataannya yaitu 'terkorban dalam himpunan Blackout syahid Fi Sabilillah', kena tanya balik Husam ambil nas kot celah mana boleh syahid Fi Sabilillah tu.

Sebabnya kenyataan itu terlalu sesat jika berdalilkan menentang kemungkaran, kemungkaran yang tidak jelas dan gagal dibuktikan, bahkan tidak perlu mengorbankan diri kerana masih ada lagi kaedah untuk menegakkan kebenaran itu menerusi fail petisyen, tidak timbul langsung soal menentang penipuan ini Syahid Fi Sabilillah, janganlah dipermainkan hukum hakam agama ini demi keuntungan politik semata-mata.

Banyak lagi kemungkaran yang jelas perlu ditentang, jangan buat mudah ikut dan nak bagi hukum, kalau kita tu bersih sungguh, lebai sungguh bolehlah tahan, ni kita baca Hadis pun merangkak lagi.

Tak mahulah kita untuk berkata padan muka kepada Husam kerana ditangkap, nasib kita depan hari pun belum tentu lagi macam mana, ada ke orang yang akan berjuang membantu kita kiranya kita ditahan ataupun disaman setelah kita berjuang untuk mereka dan mereka pun sudah bersenang lenang.

Agak-agaklah siapa dalam kepala pejuang BN sekarang ini yang akan datang membantu kita ketika kita berada disituasi berkenaan, sebagai contoh, aktivis pro pembangkang seperti Adam Adli, Safwan Anang dan beberapa orang yang ditahan berdemontrasi diparlimen semalam, kita tengok ada masalah ke ? Berpuluh-puluh barisan peguam dibelakang mereka tampil membela dan menghulurkan bantuan. Tapi belum tentu nasib pejuang BN sebaik nasib pejuang PR. Itu adalah hakikat dan realiti yang sukar disembunyikan.

Kita kuat sangat duk menghentam pemimpin pembangkang sebenarnya demi siapa ? Demi agama, bangsa dan negara. Ok, benarkah dasar itu diperjalankan dengan baik oleh pemimpin dan parti yang kita perjuangkan ? Apakah pemimpin yang kita perjuangkan itu ikhlas berjuang demi agama, bangsa dan negara ?

Menurut sesetengah pemimpin, kalau kita berjuang demi agama, bangsa dan negara kita jangan mengharapkan apa-apa imbuhan untuk kita, kerana kita perlu ikhlas berjuang tanpa mengharapkan satu sen pun diberikan imbuhan, ikhlas juga menurut mereka tidak perlu makan nasi atau keperluan hidup seperti orang lain, kita nak tanya, ada berapa ekor pemimpin BN yang ikhlas berjuang sebegitu sekali ?

Imbuhan tu tak perlu diharapkan jika ia sudah diberikan, tapi kalau tak beri pejuang nak mengtekedarah apa ? Seikhlas-ikhlas Pak Imam dimasjid pun diberikan elaun, Mufti pun sama, apakah jika diberikan elaun itu menjadikan mereka tidak ikhlas, jangan sempitkan fikiran wahai pemimpin yang tamak haloba. Jangan sampai pejuang-pejuang ini melihat perjuangan UmnoBN sudah tidak relevan kerana hanya menjaga kepentingan pemimpin atasan bukan kepentingan marhaen.

Habis kalau pejuang melihat tak relevan pun pemimpin ini nak peduli apa, dia masuk politik hanya nakkan projek, bukan ia menjiwai dasar perjuangan, kalau Umno berkubur dia boleh pergi bertenggek dalam parti lain pula. Yang ni nak kena kita faham ni, bukan masalah Umno, tapi masalah pemimpin Umno, kalau nak hukum ia perlu dibezakan antara pemimpin Umno dan Parti Umno.

Apa sebenarnya yang berlaku ? Banyak yang berlaku, tanpa disedari ini tajuk cerita Husam sudah meleret jadi cerita pemimpin Umno. Lari tajuk kerana ada perkaitan dan perbandingan, apapun mungkin pada tajuk lain boleh diperincikan perihal masalah didalam kepimpinan Umno Kelantan ini. Anda Mampu Mengubahnya.

Husam cakap seronok dalam lokap baru, so, apa lagi Aktivis R, tak perlu takut untuk berdemonstrasi, lokap baru tiada pijat dsb..

3 comments:

  1. Husam masuk lokap takde aircond....si Anwar sedap2 jamu selera dgn kerabat UMNO.

    ReplyDelete
  2. Husam, Husam tu baru hukiman di dunia..Kamu x de dosa besar yg lain ke..Muhasabah diri lah..

    ReplyDelete
  3. takyalah nak bg tau org ramai yg kamu berpuasa pd bulan syaaban. sebelum ini kamu tolak quraan dan hadis- ALLAH kata Fisabilillah utk org yg menentang agama Islam...kamu kata yg mati pd 505 fisabillillah...bangang sangatlah mu ni...cara xlangsung maknanya istihar perang dgn Agung dan ingin menjatuhkan kerajaan sediada...so..pi hantar dia ni ke pusat pemulihan seperti yg dikenakan kpd pendokong ajaran sesat "ABUYA" arwah ust AsShaari dulu. Baru adil...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...