Tiada Bantuan Dikawasan BN Kalah Di Kelantan, Jawatan Penyelaras DUN Turut Dimansuhkan

Bilamana Barisan Nasional gagal menawan Kelantan pada PRU13 yang lalu, sebahagian pemimpin-pemimpin Umno Kelantan seperti biasa mula menyalahkan rakyat, kononnya pengundi luarlah yang telah memusnahkan harapan rakyat yang tinggal dinegeri itu, pengundi luar dituduh sebagai pembunuh, pemusnah dsbnya. Pemimpin berfikiran seperti inikah yang nak memenangi hati rakyat ? Fikiran seperti itu jauh sama sekali tidak layak untuk jadi pemimpin.

Ada juga sebahagian pemimpin mencadangkan supaya rakyat yang memerlukan bantuan memintanya dengan wakil rakyat yang mereka pilih, kononnya sebahagian pemimpin Umno sebelum ni pemurah sangat menghulurkan bantuan, seolah-olah bantuan yang diberi sedikit sebanyak itu datangnya dari kocek peribadi pemimpin. Ini betul-betul pemimpin minda longkang yang tak sedar diri.

Sepatutnya kalau pemimpin yang reti bahasa, bila sudah kalah dan gagal memikat hati rakyat, jangan banyak cakap dan nak salahkan rakyat, muhasabah diri, letak jawatan, jangan duk menyemak nak mengtekedarah duit dan projek, dia ingat kita rakyat ni bodoh dan buta, pemimpin-pemimpin projek longkang, sign-board dan turap jalan inilah sebenarnya menjadi liabiliti kepada Ketua-ketua Bahagian untuk menang di kerusi-kerusi parlimen.

Kerana bencikan sekerat dua pemimpin ini, rakyat Kelantan menolak secara total calon BN, kita cukup-cukup kesian melihat sesetengah pemimpin yang tewas bertanding di parlimen, sedangkan mereka terlalu layak dan jauh lebih layak daripada calon Pas yang menang itu, bertahun-tahun dia ikhlas kerja untuk rakyat, pemimpin bersih yang langsung tidak terpalit dengan apa-apa skandal, tapi apakan daya, mungkin beliau perlu sedikit bermuhasabah dan elak dari terpengaruh dengan dilihat meng-eksklusifkan diri bila berdepan dengan rakyat membuatkan rakyat merasa sedikit kekok, sedangkan beliau bukanlah orang sebegitu, sesiapa saja akan merasa bersalah jika gagal membantu untuk memenangkan beliau. 

Namun tidak ada manfaatnya untuk kita merintih, berbalik kepada pemimpin minda longkang tadi, mungkin pengundi merasa meluat sebagaimana yang saya rasa sebelum PRU13 dan sehingga sekarang ini, memang patutlah pun....Kita sangat bersetuju dengan cadangan pemimpin supaya mana-mana rakyat yang memerlukan bantuan hendaklah memohon dengan wakil rakyat yang menang yaitu wakil rakyat dari Pas.

Bagaimanapun kita juga sangat-sangat tidak bersetuju jika kenyataan itu dibuat semata-mata untuk menutup kelemahan diri sendiri selain menyalahkan rakyat, dan rata-rata rakyat itu pula adalah Melayu, tapi sebelum tu tanyalah diri kebaikkan apa yang telah dibuat kepada rakyat, sebesar mana kebaikkan tu ? Apakah kebaikkan yang dibuat itu sudah terlalu layak untuk berkata demikian. kalau ada Penyelaras DUN yang cakap seperti ini, dia kena cermin diri dulu, gaji dia tu siapa yang bayar, darimana datangnya duit gaji yang dibayar kepada mereka ini ? Berkhidmat diatas platform rakyat nak berlagak dengan rakyat.

Melainkan kita sangat-sangat untuk bersetuju sekiranya tiada bantuan kepada rakyat serta tidak ada juga jawatan sebagai Penyelaras DUN, namun tiada pula saranan seperti itu dari pemimpin-pemimpin ini, jika rakyat hanya perlu memohon bantuan daripada wakil rakyat Pas, apa gunanya ada Penyelaras DUN?, lebih baik duit rakyat dan projek diatas kapasiti Penyelaras DUN itu diberikan kepada rakyat dan pemimpin BN dikawasan yang BN menang. Itu baru adil, jangan nampak hanya tahu nak hukum rakyat jer, sebaliknya diri sendiri selalu jer nak untung.

Sudah sampai masanya kerajaan Pusat mengkaji serta memansuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), tidak perlu ada Penyelaras DUN, rasanya rakyat Kelantan tak sampai kebulur walaupun tidak ada JPP dan Penyelaras DUN ini, cuma nanti kita tengoklah siapa yang akan kebulur, kalu jjijok angin molep, rasanyo ore Kelate ni tak dok gapo, lawe sokmo bakalih.

Kita tidak bermusuh dengan mana-mana Penyelaras DUN, tapi sikap angkuh bodoh sombong segelintir Penyelaras DUN ini buatkan kita benar-benar merasa mual, kita tahu bukanlah semua Penyelaras DUN ni sebagaimana dakwaan diatas, tapi biarpun begitu, kita sebagai rakyat perlu meluahkan isi hati kita supaya hal ini tidak terus berlaku didalam parti yang memperjuangkan nasib kita orang Melayu.

Seterusnya pihak yang berkaitan perlu menyiasat hal tersebut bagi mengelakkan akan lebih banyak berlakunya penentangan diatas sikap segelintir pemimpin berminda longkang ini, dalam pada kita dilanda Tsunami cina dan sedang duk fikir akan penyatuan orang Melayu, kita rasa terkilan jika masih terdapat pemimpin angkuh yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi daripada parti. Atas sebab itu juga pemimpin didalam Umno seperti ini perlu berubah dan diubah, tidak perlulah sehingga untuk diberitahu kepada seluruh dunia akan identitinya.

Cukup sekadar dengan berubah dan utamakan perjuangan bangsa bukannya kepentingan peribadi, tidak salah pemimpin berprojek, namun yang menjadi salahnya apabila projek diutamakan rakyat langsung tidak dipedulikan. Mana mungkin seorang kaki projek tegar untuk menjadi seorang pejuang bangsa, agama dan negara. Anda Mampu Mengubahnya.

8 comments:

  1. admin blog gk kuat sangat berasa hati. Jangalah krn 2 atau 3 orang dlm Umno anda benci Umno dan Bn. Pergilah berdialog dengan mereka lagi baik drp menghetam mereka drp belakang. Pas sebenar lagi teruk drp Umno

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat dengan artikel ni. Sudah sampai masanya BN mengenalpasti siapa yang menyokong dan siapa yan hipokrit. Aku dah tunaikan kewajipanku dengan memenangkan calon yang sepatutnya menang di kawasan Parlimen aku an aku bangga. Seharusnyalah wakil rakyat tersebut kaji kenapa dulu dia kalah dan kenapa kali ni menang.

    - Rakyat Kelantan -

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan, mohon dipautkan link blog saya www.sematankelawas.com di blog Tuan.
    Saya sebagai blogger baru telah memautkan link blog Tuan di blog saya.
    Terima kasih.

    www.sematankelawas.com

    ReplyDelete
  4. Bukan sahaja di Kelantan, malahan di Selangor pun masalah yang serupa turut berlaku sejak BN tumbang pada PRU 2008. Kawasan yang tidak dimenangi BN diwujudkan Penyelaras, Parlimen dan DUN atau kedua-duanya sekali. Persoalan utama, adakah pelantikan dan pewujudan jawatan sedemikian selaras dengan undang-undang? Jika rakyat sudah memilih wakil daripada parti lain, bukankah itu adalah keputusan rakyat yang mengundi dan kerajaan perlu menghormati pilihan dan kehendak mereka. Biarkanlah wakil yang dipilih melaksanakan tugas mereka tanpa gangguan atau saingan. Jika kumpulan yang kalah mahu mengembangkan pengaruh, cukuplah mereka bergiat atas nama parti politik masing-masing. Jika Umno kalah tetapi masih mahu menabur bakti untuk mengembangkan pengaruh, biarkanlah Umno melakukannya atas nama Umno sendiri dan bukan atas nama Kerajaan Persekutuan dan sebagainya.

    Apa yang berlaku sebelum ini, apabila diwujudkan penyelaras, masing-masing dalam Umno misalnya, berebut-rebut untuk menjawat jawatan itu. Berebut bukan sebab mahu berkhidmat tetapi kerana jawatan itu menjanjikan peruntukan kewangan yang banyak. Ada kawasan di Selangor yang tewas dan pihak yang menang mempunyai pelbagai bukti penyelewengan semasa pentadbiran dahulu melibatkan tanah sekolah agama dan sebagainya tetapi pihak yang terbabit dilantik sebagai penyelaras bagi kawasannya. Mudahlah mereka "menembak" pihak yang melantik penyelaras berkenaan.

    Sampai saat PRU, calon yang diketengahkan bukan dari kalangan penyelaras yang dilantik. Sekali lagi timbul tanda tanya. Bukankah tujuan dilantik orang tertentu sebagai penyelaras sebagai platform kepada beliau untuk meraih pengaruh bagi pemilihan yang dibuat oleh pengundi. Bila tiba-tiba calon yang tidak pernah dikenali dikemukakan, orang dalam parti sendiri pun jadi meluat, inikan pula yang di atas pagar. Di Ampang dan Pandan, keadaan sedemikian berlaku dengan ketara. Di tempat lain pun mungkin serupa.

    Umno perlu lebih budiman kali ini. Biarkanlah orang parti berjuang atas nama parti sendiri. Rakyat, termasuk di kalangan ahli Umno sendiri, meluat bila Kerajaan Persekutuan seolah-olah mewujudkan satu lapisan kerajaan lain dalam negeri yang BN kalah. Di kalangan pemimpin Umno sendiri, mungkin ada yang lebih suka keadaan sedemikian berterusan kerana peruntukan disalurkan terus kepada mereka tanpa campur tangan pihak pentadbiran lain. Sama ada peruntukan sedemikian diaudit atau tidak juga menjadi persoalan. Nampak macam suka hati mereka sahaja membelanjakan peruntukan berkenaan. Diumumkan peruntukan ratusan ribu ringgit misalnya, yang disalurkan kepada sasaran hanya beberapa ribu sahaja. Selebihnya lesap.

    ReplyDelete
  5. tak perlu ada JKKP lagi.. hahahah..
    kalau tak kepala otak tu masih terasa ketua kampung lagi.. puiihhhhhh

    ReplyDelete
  6. Saya tak setuju dgn istilah 'segelintir pemimpin berminda longkang'. Sepatutnya istilah tu ditukar 'sebahagian besar pemimpin UMNO di Kelantan berminda longkang'. Kerana kalau segelintir, UMNO tak akan kalah. Rakyat meluat sangat tengok org2 nih. Calon2 yg diletakkan ... alahai, sebahagian besar rakyat dah reject sebelum masuk bilik mengundi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun tak pernah menang sejak 23 tahun lepas, UMNO Kelantan masih merasakan, berlagak saperti pemerintah, tidak ada langsung sikap rendah diri seorang yang kalah dan tidak punya kuasa.

      Delete
  7. Mansuhkan JPP tu, byk lagi agensi federal lain yg rakyat buleh gi utk dptkan perkhidmatan . Disebabkan adanya JPP, tok wakil rakyat PAS dok goyang telor & ada masa ke hulu ke hilir dgn tin milonya.....hahaha. Masa utk berubah . Lagipun dari segi politik, x byk yg JPP blh sumbangkan bahkan kdg2 menimbulkan suasana sebaliknya.
    Ambo ore kelate

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...