Showing posts with label pru 13. Show all posts
Showing posts with label pru 13. Show all posts

BN Gagal Tawan Kelantan Kerana 'Pitis'

Punca kegagalan Barisan Nasional Kelantan mengambil alih negeri itu sehingga ada sesetengah pihak lantang menyalahkan pihak lain seharusnya tidak timbul jika semua pihak sedar akan kedudukan yang sebenar.

Lebih malang lagi kesalahan itu diletakkan kepada pihak luar seperti NGO dan juga media khasnya media maya. Biarpun bunyinya agak 'lucu', tapi itulah hakikat yang syok diperdendangkan oleh sebahagian pihak yang kita fikir punyai kepentingan tertentu keatasnya.

Perlu diketahui, sehebat manapun gerakan NGO dan media, itu bukan penentu mutlak kepada kemenangan, faktor utama kemenangan adalah terletak kepada calon itu sendiri, bagaimana calon mengendalikan jenteranya supaya berkerja dengan lebih jujur dan amanah, tapi hal ini jarang untuk diperkatakan, mungkin kerana ia tidak mendatangkan manfaat yang besar sekalipun ianya diperkatakan atas sebab tidak ada kepentingan tertentu.

Sebagai contoh apa yang berlaku dan diperkatakan oleh pengundi disini adalah mengenai sikap seekor dua jentera BN yang mungkir janji atau menipu pengundi, antaranya, dilaporkan sebelum hari mengundi ada beberapa petugas parti yang mengadakan perjumpaan dengan pengundi selain menjanjikan sedikit saguhati yang akan diberikan semasa perjumpaan tersebut.

Pada awalnya perjumpaan itu dirancang di New Horizon Garden dan menjanjikan RM100 seorang sebagai saguhati, namun selepas itu perjumpaan tersebut diadakan di restoran sebelah stesyen minyak Caltex Wakaf Che Yeh dan diberikan cuma RM20 tidak sebagaimana yang dijanji, dengan kelakuan jahat yang seolah-olah memperbodohkan pengundi itulah yang menyebabkan kebanyakkan pengundi berdendam dan membalasnya semasa pilihanraya.

Bukan satu dua kes saja yang berlaku, banyak kes seperti itu berlaku, namun ianya tidak diberikan perhatian yang sewajarnya, jadi tidak perlu dihairankan jika anda melihat calon terbaik yang diletakkan oleh BN tewas dengan majoriti yang begitu teruk sekali, kadang-kadang buntu memikirkannya, kenapalah rakyat tolak pemimpin sebaik ini ? Sedangkan sokongan yang ditunjukkan rakyat sebelum hari pengundian dan semasa hari penamaan calon mustahil untuk pemimpin berkenaan kalah dengan majoriti seteruk itu.

Kalau dari awal lagi kita lihat rakyat tidak cenderung kepada BN, tidaklah kita terkejut dengan kekalahan dengan majoriti yang teruk itu, namun itulah penangan hasil dari tindak tanduk segelintir mereka yang pentingkan poket sendiri tanpa melihat kesannya kepada parti.

Begitu juga dengan sebahagian Penyelaras DUN yang angkuhnya mengalahkan Menteri, buat apa kerajaan melantik Penyelaras DUN ni pun kita tak tahu ? Kalau tiada Penyelaras DUN tentu rakyat tidak akan pergi memohon apa-apa bantuan, rakyat pun tak sakit hati, tapi bila sudah ada, maka rakyat akan pergi pohon bantuan, yang menjadi masalahnya bantuan yang nak diberikan itu seolah-olah kepunyaan peribadi Penyelaras DUN.

Disamping masa proses yang lama, jawapan Penyelaras DUN ni pun dah buatkan rakyat sakit hati, tapi kalau bantuan itu dipohon oleh saudara mara mereka, cepat pula bantuan tu sampai, ni masalahnya, tak telus, sepatutnya kewujudan Penyelaras DUN ni menguntungkan BN, sebaliknya sangat-sangat merugikan, jadi buat apa ada Penyelaras DUN wahai Kerajaan ? Adakah untuk menambahkan kebencian rakyat ?

Banyak perkara yang perlu diberi perhatian dan diperbetulkan diperingkat bawah ini, itu belum dikira lagi pasal peruntukkan yang disonglap, ada setengah tu peruntukkan jentera pun disonglap apatah lagi peruntukkan kepada rakyat, tapi yang tu biarlah dulu, kita kira semula, sebab panjang sangat.

Kesimpulannya kekalahan BN tidak seharusnya dipersalahkan kepada NGO, media, rakyat dan pengundi luar, sebaliknya perkara yang disebutkan diatas perlu diberikan perhatian, yang tidak bersalah saling menunding jari, namun yang sebenar-benarnya bersalah sedang syok menikmati hasil dari memberi sumbangan kepada kekalahan BN di PRU 13 yang lalu. Anda Mampu Mengubahnya.

GSPS - 'Gerok Sikit Pitis Selaluh'

Ahmad Maslan: "Alang-Alang Menyeluk Pekasam, Saya Dengan Ini Mencabar Mereka"...

Sikap tidak bertanggungjawab dikalangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat amat dikesali apabila hanya seorang sahaja yang hadir daripada 89 orang pada taklimat rasmi yang diadakan oleh parlimen hari ini.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan bagaimanapun ketika mengulas sikap pemimpin pembangkang itu, beliau sekali lagi mengulangi cabarannya terhadap pemimpin pembangkang supaya tidak mengangkat sumpah serta terus memboikot persidangan parlimen secara rasmi pada 24 Jun ini sehingga enam bulan berturut-turut.

"Alang-alang mereka ingin boikot mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada mereka, boikot teruslah. Tak payah angkat sumpah....

"Kalau mereka tak angkat sumpah dan tak datang Dewan Rakyat selama enam bulan berturut-turut, kita boleh adakan pilihan raya kecil di 89 kawasan,".

"Alang-alang menyeluk pekasam, saya dengan ini mencabar mereka, alng-alang mereka tidak bersama dah dengan mandat yang rakyat di 89 kawasan berikan pada mereka, 24hb ni tak payah datanglah"

Sebelum ini, Ahmad turut melontarkan cabaran yang sama setelah tindakan pemimpin PR yang terus mencetuskan provokasi bagi mempertikai keputusan PRU13 termasuklah mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai tidak telus dan adil.

“Pemimpin pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti sudah tahu tentang undang-undang. Jika ada tidak berpuas hati atau berasa ada penipuan berlaku ketika pilihan raya umum lalu, mereka (pembangkang) boleh mengadakan bantahan secara terus kepada SPR.

“Tetapi, apa berlaku sebaliknya. Mereka tidak buat bantahan, sebaliknya melakukan perhimpunan haram di Stadium MBPJ di Kelana Jaya"

Ahmad turut menzahirkan rasa hairan dengan sikap pembangkang yang menerima kemenangan seperti di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor tanpa sebarang pertikaian.

“Pentadbiran Pas di Kelantan dan DAP di Pulau Pinang terus membentuk kerajaan negeri dengan melantik exco mereka setelah beberapa hari mendapat mandat. Pembangkang sebenarnya mengamalkan ‘double standard’ kerana terus mempertikaikan kemenangan BN, tetapi dalam masa yang sama mengiktiraf kemenangan di negeri-negeri Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor,” katanya. 
 
Agaknya berani ke pemimpin pembangkang sahut cabaran ni ?, betullah, dah alang-alang tu boikotlah terus jangan kerja separuh jalan, tunjukkan sikit kejantanan tu, lepas 6 bulan kita adakan pilihanraya kecil, kita tengok siapa yang kena ? Betul tak ? Anda Mampu Mengubahnya.

Tiada Bantuan Dikawasan BN Kalah Di Kelantan, Jawatan Penyelaras DUN Turut Dimansuhkan

Bilamana Barisan Nasional gagal menawan Kelantan pada PRU13 yang lalu, sebahagian pemimpin-pemimpin Umno Kelantan seperti biasa mula menyalahkan rakyat, kononnya pengundi luarlah yang telah memusnahkan harapan rakyat yang tinggal dinegeri itu, pengundi luar dituduh sebagai pembunuh, pemusnah dsbnya. Pemimpin berfikiran seperti inikah yang nak memenangi hati rakyat ? Fikiran seperti itu jauh sama sekali tidak layak untuk jadi pemimpin.

Ada juga sebahagian pemimpin mencadangkan supaya rakyat yang memerlukan bantuan memintanya dengan wakil rakyat yang mereka pilih, kononnya sebahagian pemimpin Umno sebelum ni pemurah sangat menghulurkan bantuan, seolah-olah bantuan yang diberi sedikit sebanyak itu datangnya dari kocek peribadi pemimpin. Ini betul-betul pemimpin minda longkang yang tak sedar diri.

Sepatutnya kalau pemimpin yang reti bahasa, bila sudah kalah dan gagal memikat hati rakyat, jangan banyak cakap dan nak salahkan rakyat, muhasabah diri, letak jawatan, jangan duk menyemak nak mengtekedarah duit dan projek, dia ingat kita rakyat ni bodoh dan buta, pemimpin-pemimpin projek longkang, sign-board dan turap jalan inilah sebenarnya menjadi liabiliti kepada Ketua-ketua Bahagian untuk menang di kerusi-kerusi parlimen.

Kerana bencikan sekerat dua pemimpin ini, rakyat Kelantan menolak secara total calon BN, kita cukup-cukup kesian melihat sesetengah pemimpin yang tewas bertanding di parlimen, sedangkan mereka terlalu layak dan jauh lebih layak daripada calon Pas yang menang itu, bertahun-tahun dia ikhlas kerja untuk rakyat, pemimpin bersih yang langsung tidak terpalit dengan apa-apa skandal, tapi apakan daya, mungkin beliau perlu sedikit bermuhasabah dan elak dari terpengaruh dengan dilihat meng-eksklusifkan diri bila berdepan dengan rakyat membuatkan rakyat merasa sedikit kekok, sedangkan beliau bukanlah orang sebegitu, sesiapa saja akan merasa bersalah jika gagal membantu untuk memenangkan beliau. 

Namun tidak ada manfaatnya untuk kita merintih, berbalik kepada pemimpin minda longkang tadi, mungkin pengundi merasa meluat sebagaimana yang saya rasa sebelum PRU13 dan sehingga sekarang ini, memang patutlah pun....Kita sangat bersetuju dengan cadangan pemimpin supaya mana-mana rakyat yang memerlukan bantuan hendaklah memohon dengan wakil rakyat yang menang yaitu wakil rakyat dari Pas.

Bagaimanapun kita juga sangat-sangat tidak bersetuju jika kenyataan itu dibuat semata-mata untuk menutup kelemahan diri sendiri selain menyalahkan rakyat, dan rata-rata rakyat itu pula adalah Melayu, tapi sebelum tu tanyalah diri kebaikkan apa yang telah dibuat kepada rakyat, sebesar mana kebaikkan tu ? Apakah kebaikkan yang dibuat itu sudah terlalu layak untuk berkata demikian. kalau ada Penyelaras DUN yang cakap seperti ini, dia kena cermin diri dulu, gaji dia tu siapa yang bayar, darimana datangnya duit gaji yang dibayar kepada mereka ini ? Berkhidmat diatas platform rakyat nak berlagak dengan rakyat.

Melainkan kita sangat-sangat untuk bersetuju sekiranya tiada bantuan kepada rakyat serta tidak ada juga jawatan sebagai Penyelaras DUN, namun tiada pula saranan seperti itu dari pemimpin-pemimpin ini, jika rakyat hanya perlu memohon bantuan daripada wakil rakyat Pas, apa gunanya ada Penyelaras DUN?, lebih baik duit rakyat dan projek diatas kapasiti Penyelaras DUN itu diberikan kepada rakyat dan pemimpin BN dikawasan yang BN menang. Itu baru adil, jangan nampak hanya tahu nak hukum rakyat jer, sebaliknya diri sendiri selalu jer nak untung.

Sudah sampai masanya kerajaan Pusat mengkaji serta memansuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), tidak perlu ada Penyelaras DUN, rasanya rakyat Kelantan tak sampai kebulur walaupun tidak ada JPP dan Penyelaras DUN ini, cuma nanti kita tengoklah siapa yang akan kebulur, kalu jjijok angin molep, rasanyo ore Kelate ni tak dok gapo, lawe sokmo bakalih.

Kita tidak bermusuh dengan mana-mana Penyelaras DUN, tapi sikap angkuh bodoh sombong segelintir Penyelaras DUN ini buatkan kita benar-benar merasa mual, kita tahu bukanlah semua Penyelaras DUN ni sebagaimana dakwaan diatas, tapi biarpun begitu, kita sebagai rakyat perlu meluahkan isi hati kita supaya hal ini tidak terus berlaku didalam parti yang memperjuangkan nasib kita orang Melayu.

Seterusnya pihak yang berkaitan perlu menyiasat hal tersebut bagi mengelakkan akan lebih banyak berlakunya penentangan diatas sikap segelintir pemimpin berminda longkang ini, dalam pada kita dilanda Tsunami cina dan sedang duk fikir akan penyatuan orang Melayu, kita rasa terkilan jika masih terdapat pemimpin angkuh yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi daripada parti. Atas sebab itu juga pemimpin didalam Umno seperti ini perlu berubah dan diubah, tidak perlulah sehingga untuk diberitahu kepada seluruh dunia akan identitinya.

Cukup sekadar dengan berubah dan utamakan perjuangan bangsa bukannya kepentingan peribadi, tidak salah pemimpin berprojek, namun yang menjadi salahnya apabila projek diutamakan rakyat langsung tidak dipedulikan. Mana mungkin seorang kaki projek tegar untuk menjadi seorang pejuang bangsa, agama dan negara. Anda Mampu Mengubahnya.

Nik Abduh: "Lihatlah Betapa Ramai Penyokong PR Menjadi Mangsa Kencing Manis Anwar Ibrahim"

Dengan pendedahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, maka terjawablah akan segala punca kenapa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meroyan diseluruh negara dengan membawa isu 'blackout' dan juga penipuan SPR.

Rupanya ada perjanjian syaitan antara Anwar dan parti didalam Pakatan Rakyat, Anwar menaburi janji manis sebagaimana janji 16 September, untuk tidak dilihat bohong maka Anwar terpaksa mencari isu bagi menutup kelemahan dirinya.

Nik Abduh dalam kenyataannya membayangkan keputusan PRU13 ibarat rebah di kaki Gunung Kinabalu setelah sekali lagi PAS dikencing oleh Anwar. Antara kenyataannya,

"Jika pun PAS menang lebih baik di kerusi-kerusi majoriti Melayu yang ditandingi, kemenangan PR masih terlalu bergantung kepada lonjakan besar di Sabah dan Sarawak. Oleh kerana PAS, apatah lagi saya sendiri kurang maklumat lengkap mengenai pergerakan undi sebenar di Sabah dan Sarawak, selain hanya bergantung harap kepada kemenangan PKR dan DAP yang bertanding di banyak kawasan di sana".

"Keputusan yang diperolehi pada 5 haribulan adalah tidak mengejutkan saya. Saya mudah menerima takdir Allah dalam PRU kali ini berbanding kejutan takdir Allah dalam PRU 2004 yang begitu menggegar bahtera perjuangan PAS".

"Keputusan PRU13 adalah kemenangan buat BN dan kekalahan buat PR. PAS melalui presidennya menyeru rakyat menerima kekalahan. Ia adalah takdir Allah. Dalam bahasa yang lebih lunak dan menjinakkan hati yang beriman, kita menerima takdir Allah bahawa kita kalah PRU13 melalui penipuan dan manipulasi undi oleh BN. Kita menerima takdir Allah bahawa perjuangan membersihkan SPR belum tamat".

"Tinggal dulu perihal penipuan oleh BN. Kita bicara kemudian, atau anda boleh membacanya segera di dalam banyak artikel pendedahan dan pembongkaran".

"Adapun di Sabah dan Sarawak, PR tumbang. Sabah dan Sarawak melenyapkan harapan PR memenangi Putrajaya. BN Sarawak memenangi 25 daripada 31 kerusi, manakala di Sabah, BN menang 22 daripada 25 kerusi yang dipertandingkan".

"Hakikatnya, janji DSAI perihal Sabah dan Sarawak hancur berkecai. Jika ia berdasarkan culaan dan makrifat yang kukuh dan berwibawa, maka ia membayangkan betapa lemahnya jentera DSAI mencula dan memakrifatkan. Jika ia sekadar janji manis menakluk harapan, maka lihatlah betapa ramai penyokong PR yang menjadi mangsa kencing manis akibat janji manis bergula DSAI".

"Saya tidak faham politik janji manis dan harapan meranap gunung. Sepanjang saya berguru politik dengan dengan TGNA, TGHH dan guru-guru politik dalam PAS, saya tidak pula diajar begitu selain berkata benar dan tegas".

"Ya, DSAI bukan PAS dan beliau tidak perlu mengguna pakai kaedah PAS. Tetapi saya jadi keliru melihat sebahagian mangsa adalah ahli dan pendukung PAS. Sesetengah sukar memahami maksud 'menerima takdir Allah' yang dianjur presiden PAS sehingga menganggapnya sebagai menyerah kepada kezaliman BN yang mempergunakan SPR. Saya sukar memahami sesetengah ahli PAS tidak memahami maksud beriman kepada takdir Ilahi".

"Samada saya menyalahkan DSAI atau menyalahkan ahli dan pendukung PAS sendiri yang terlalu kemaruk janji manis DSAI, saya tangguhkan buat sementara. Kerana mungkin juga kedua-duanyalah yang bersalah".

"Sebelum PRU13 berlangsung, saya bertanya kenalan yang akses sumber BN. Dia yakin BN kekal dengan kemenangan lebih 140 kerusi. Saya cuba menolak dengan beberapa hujah. Tetapi beliau selamba menjawab, BN yakin menang besar di Sabah dan Sarawak. PAS akan hilang banyak kerusi, tak akan menambah di semenanjung. Saya senyap dalam keliru".

"Bila PAS hilang hanya satu kerusi, saya terus menadah syukur. PAS tidak sebagaimana cula BN. Bila PR kalah teruk di Sabah dan Sarawak, saya terima takdir bahawa cula BN lebih berjaya dan cula kita hanya janji manis".

Video - TMB Kelantan: Pengundi Luar Munafik, Ambil Duit Parti Lain, Undi Parti Lain

Kota Bharu - Timbalan Menteri Besar Kelantan yang baru dilantik selepas PRU 13 lalu, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah mengeluarkan fatwa pertamanya selepas memegang jawatan TMB yaitu bersabit dengan kemunafikan pengundi luar yang mengambil duit parti lain kemudiannya mengundi parti lain.

Ketika menyampaikan kuliah parti di Medan Ilmu pagi tadi, Nik Amar menjelaskan ciri-ciri orang munafik yang boleh dilihat secara mudah yaitu apabila seseorang pengundi atau penyokong yang mendakwa menyokong parti berkenaan, kemudian claim duit dengan parti berkenaan, namun bila sampai masa mengundi, ianya tidak mengundi parti berkenaan.

"Hak susut (sorok) dalam hati hak sebenar  tidak beritahu, saya sekali dengan kamu ni, tapi undi parti lain, itu contohnya, saya duduk dengan kamu, mari claim duit pun dengan kita, cop, tapi bila pangkah dia pangkah parti lain, itulah gambaran mudah"
Kenyataan yang dibuat Nik Amar yang juga Adun Panchor itu merujuk mengenai pemberian duit kepada pengundi luar sebagaimana pengumuman seperti lampiran diatas pada PRU 13 lalu. Pemberian wang ini sudah lama diamalkan oleh Pas bagi mendapat sokongan rakyat untuk Pas mengekalkan kuasanya di Kelantan.

Bagaimanapun mungkin ramai yang sangsi berkaitan kenyataan Nik Amar itu, adakah hukum 'Munafik' itu hanya kepada pengundi luar yang mengambil duit Pas dan tidak mengundi Pas sahaja, ataupun termasuk dengan pengundi luar yang mengambil duit Umno tetapi tidak mengundi Umno.

Daripada kenyataan Nik Amar itu ianya seolah-olah memberi kesimpulan dimana ramainya anak-anak Kelantan dirantauan yang pulang sebagai pengundi luar menjadi munafik, ini kerana ramai antara mereka yang claim duit dengan Umno tetapi mengundi Pas dengan bukti kekalnya kerajaan Pas sehingga hari ini. Anda Mampu Mengubahnya.
Bo Lah jadi munafik deh !!! nyaknyo weh nyaknyo!!!

MP Pakatan Jangan Angkat Sumpah

PONTIAN - Seramai 89 pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang menang kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umno ke-13 (PRU13) dicabar supaya tidak mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, cabaran itu dilontarkan kerana tindakan pemimpin PR yang terus mencetuskan provokasi bagi mempertikai keputusan PRU13 termasuklah mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai tidak telus dan adil.

“Pemimpin pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti sudah tahu tentang undang-undang. Jika ada tidak berpuas hati atau berasa ada penipuan berlaku ketika pilihan raya umum lalu, mereka (pembangkang) boleh mengadakan bantahan secara terus kepada SPR.

“Tetapi, apa berlaku sebaliknya. Mereka tidak buat bantahan, sebaliknya melakukan perhimpunan haram di Stadium MBPJ di Kelana Jaya, Selangor pada Rabu lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Jom Celik Minda Merentasi Dunia Maya di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Permatang Sepam, Benut, di sini.

Ahmad turut menzahirkan rasa hairan dengan sikap pembangkang yang menerima kemenangan seperti di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor tanpa sebarang pertikaian.

“Pentadbiran Pas di Kelantan dan DAP di Pulau Pinang terus membentuk kerajaan negeri dengan melantik exco mereka setelah beberapa hari mendapat mandat. Pembangkang sebenarnya mengamalkan ‘double standard’ kerana terus mempertikaikan kemenangan BN, tetapi dalam masa yang sama mengiktiraf kemenangan di negeri-negeri Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor,” katanya.
 
Rakyat Malaysia perlu melihat isu keputusan PRU yang dipertikaikan oleh pembangkang ini didalam konteks yang luas, bukannya sekadar melihat didalam spender Stopa semata-mata, jika benar apa yang mereka dakwa iaitu berlakunya penipuan dalam pilihanraya, sahutlah cabaran diatas tanpa perlu berdolak dalih lagi, ada brannnn!!! Anda Mampu Mengubahnya.

Post Mortem Punca Kegagalan BN Tawan Kelantan Pada PRU13, Pengundi Luar VS Penyonglap

Pengundi luar adalah penyumbang utama kepada kegagalan BN untuk memenangi kerusi yang disasarkan di Kelantan, ia tidak dapat dinafikan dan memang itulah penyebabnya.

Namun adakah pengundi luar itu yang hendak kita persalahkan? Bagaimana dengan pemimpin dan jentera Umno melayani mereka ? Adakah janji ditepati ? Wang untuk pengundi luar siapa yang mengtekedarah ? Mereka bukan budak-budak untuk dipersenda mainkan. Harus diingat perbuatan tidak bertanggungjawab ini hanya akan menambahkan lagi kebencian masyarakat terhadap UmnoBN.

Sementara itu, keluhan pengundi luar mengenai perkara ini bermula PRU 12 yang lalu, dan PRU 13 sekali lagi ia berulang, dimana maruah Umno ? Ingatlah kerana adanya Umno-Umno seperti inilah yang menjadikan sebahagian rakyat Kelantan dipandang serong oleh orang luar, mereka menyangka orang Kelantan tak tahu berterima kasih, segala-galanya telah diberikan tetapi masih memilih kerajaan yang haprak. Dalam pada itu, pelbagai label negatif diberikan kepada orang Kelantan semata-mata hanya kerana perbuatan penyonglap.

Hapuskan terlebih dahulu penyonglap untuk BN bermimpi menang di Kelantan, Hapuskan terlebih dahulu penyonglap untuk BN bermimpi menang di Kelantan, dan Hapuskan terlebih dahulu penyonglap untuk BN bermimpi menang di Kelantan.

Cabaran berhadapan dengan situasi politik seperti hari ini pun masih lagi tak sedar, hebat berbicara soal perpaduan MELAYU, hakikatnya penyonglap didalam Umno inilah yang mengjahanamkan Melayu itu sendiri. Bertenggek didalam Umno untuk kerja menyonglap, dan cabut setelah selesai menyonglap. Segeralah bersihkan Umno dari penyonglap.

Kita cukup kasihan melihat kerja kuat jentera-jentera sukarelawan, Ketua-Ketua Bahagian termasuk Pengerusi Perhubungan yang bertungkus-lumus untuk memenangkan BN di Kelantan, tapi sayang kerja kuat mereka bertahun-tahun itu dinafikan sekelip mata dek kerana perbuatan penyonglap.

Urusetia yang mengendalikan pengundi luar atau pihak berkaitan keatas pengundi luar bagi Parlimen dan DUN yang tewas, seharusnya tampil memperjelaskan kedudukan sebenar mengenai masalah yang dibangkitkan ini. Antaranya data-data pengundi luar adakah ianya dikemaskini, sejauhmana kesungguhan mengesan pengundi luar itu dilakukan, kerana terdapat beberapa nama dan maklumat lengkap mengenai pengundi luar yang dihantar tetapi tidak dihubungi sehingga ke hari pengundian. Apa masalah sebenar yang berlaku?

Jangan biarkan anak-anak Kelantan dirantauan berterusan dipandang serong, sedangkan mereka hanya memprotes diatas rasa tidak puas hati dengan apa yang telah dilakukan keatas mereka. Sebagai bukti jelas, terang dan bersuluh, suka kita rujuk kepada kerusi Parlimen Tanah Merah yang telah dimenangi oleh BN.

Dimana calon BN Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz telah memenangi dengan jumlah majoriti yang selesa iaitu 4227 undi menewaskan calon dari PKR, kerusi ini sebelumnya disandang oleh calon PKR dengan majoriti sebanyak 1584 undi. Persoalannya kenapa pengundi luar di Parlimen Tanah Merah mengundi BN dan tidak mengundi Pas jika benar orang Kelantan tidak tahu berterima kasih,

Apa strategi Ikmal? Adakah beliau mengambil sikap tidak mempedulikan pengundi luar ? Kita bercakap diatas fakta yang berlaku, bukan auta nak penuhkan saku, kita cukup respect akan Ikmal mengendalikan pengundi luar, kerana Gk dimaklumkan oleh beberapa teman yang juga pengundi luar yang mengundi di Tanah Merah, kesemua mereka memuji Ikmal diatas faktor cakna yang diperlihatkan, jadi tidak mustahil ia boleh menang dengan majoriti yang seselesa itu. Syabas dan Tahniah. - Bersambung

Untuk rekod, dibawah adalah antara kerusi Parlimen dan DUN yang telah dimenangi oleh BN Kelantan pada PRU13.

P.26-Ketereh - Anuar Bin Musa
P.27-Tanah Merah - Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz
P.29-Machang - Haji Ahmad Jazlan Yaakub

P.30-Jeli - Mustapa Mohamed
P.32-Gua Musang - Tengku Razaleigh Tengku Hamzah

Sementara kerusi Dewan Undangan Negeri pula BN berjaya memenangi 12 kerusi daripada 45 yang dipertandingkan.
N.1 - Pengkalan Kubor - Noor Zahidi Bin Omar
N.25 - Kok Lanas - Md Alwi Bin Che Ahmad
N.27 - Gual Ipoh - Bakri@Mohd Bakri Bin Mustapa
N.29 - Selising - Zulkifli Bin Ali
N.31 - Semerak - Zawawi Bin Othman
N.36 - Bukit Bunga - Mohd Adhan Bin Kechik
N.37 - Air Lanas -  Mustapa Mohamed
N.38 - Kuala Balah - Abdul Aziz Bin Derashid
N.42 - Dabong - Ramzi Ab Rahman
N.43 - Nenggiri - Mat Yusoff Abdul Ghani
N.44 - Paloh - Nozula Bin Mat Diah
N.45 - Galas - Ab. Aziz Bin Yusoff

Anwar Alami Tekanan Mental Tak Dapat Terima Keputusan PRU 13 Disyor Ke Tanjung Rambutan

DAMANSARA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang telus dan adil.

"Saya kecewa dengan proses pengundian awal dan undi pos. Ia diragui dan jumlah undinya boleh dipertikaikan," katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan PRU13 di sini, sebentar tadi.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan kemampuan SPR menangani masalah pengundi hantu yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum kali ini.

"Saya minta SPR siasat pengundi hantu yang terdiri daripada warga Bangladesh dan Myanmar," katanya.

Kenyataan beliau itu anehnya dibuat selepas keputusan PRU 13 diumumkan dan tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat, jika berpihak kepada PR sudah pasti tidak akan timbul sebagaimana yang ditimbulkan itu.

Seolah-olah mereka cukup baik dan sempurna untuk memenangi hati rakyat, tapi hakikatnya tidak nampak apa-apa kebaikkan yang dibuat oleh PR yang boleh menyenangkan rakyat, sedangkan Barisan Nasional yang membuat kebajikan dengan berbillion ringgit pun masih kurang dihargai oleh rakyat.

Kita tidak hairan dengan kekalahan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kepada calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dengan perbezaan 3,935 undi di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Apalah besar sangat Saifuddin kalau nak dibandingkan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang tewas di Parlimen Bukit Katil apabila hanya mendapat 40,720 undi manakala lawannya calon dari PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendapat 46,167 undi.

Tapi kalau semua orang bangang macam Anwar, alamaknya huru-hara negara ni, bila kalah tak nak terima kenyataan, elok pergi simpan jer kat Tanjung Rambutan, memang ada something ni!

Bagaimanapun Anwar sebagai seorang yang mengaku muslim, sepatutnya menerima qada' dan qadar, apa gunanya muslim jika tak beriman kepada rukun iman yang keenam itu. Sudah menjadi adat bila bertanding ada menang dan ada kalah, kalau tak nak kalah jangan bertanding, conform takkan kalah.

Nak diikutkan, empat Menteri dan empat timbalan menteri yang tewas ni pun sukar nak terima kekalahan mereka, tapi apakan daya jika itu hakikatnya, terima saja dengan hati yang terbuka tanpa perlu menunding jari kepada sesiapa.

Antaranya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Turut tewas, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk VK Liew, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah serta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe.

Video - Pencemaran Sampah Busukkan Satu Daerah Di Kelantan

Pembukaan tapak pelupusan dekat Gong Nibong di sini sejak beberapa tahun lalu, menimbulkan masalah kepada penduduk sekitar mukim Beris Lalang ekoran bau busuk berpunca daripada sampah yang diangkut setiap hari melalui kampung mereka.

Lebih merimaskan penduduk, apabila air sisa sampah daripada lori dibiar mengalir di atas jalan menerusi Gong Nibong, sehingga menimbulkan masalah terutama di kalangan peniaga makanan.

Selain itu, sikap pemandu lori sampah yang dianggap tidak berhemah, termasuk memandu laju walaupun ketika melalui jalan kampung menimbulkan kebimbangan terhadap bahaya kemalangan kepada pengguna kenderaan kecil seperti penunggang motosikal.

Pergerakan lori terbabit menimbulkan kerisauan penduduk terutama yang keluar menghantar anak ke sekolah pada awal pagi ekoran sering berselisih dengan kenderaan ke pusat pelupusan itu yang bergerak mulai jam 10 malam hingga 5 pagi dan mulai jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Suasana yang tidak selesa itu menimbulkan tanggapan sinis di kalangan penduduk yang berpendapat, ketika kerajaan pusat membawa kemajuan untuk kesejahteraan, termasuk pembinaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), kerajaan negeri pula hanya membawa sampah menerusi pembukaan tapak pelupusan di situ.

Tinjauan Edisi Timur ke kawasan terbabit mendapati air sisa dari lori sampah dibiarkan mengalir atas jalan sering menimbulkan busuk yang meloyakan terutama selepas hujan.

Pengusaha kedai makan, Rashidah Ishak, 43, berkata sebelum pusat pelupusan sampah dekat Gong Nibong itu dibuka dua bulan lalu, perniagaannya mendapat sambutan di kalangan penduduk dan orang ramai mengunjungi pangkalan ikan di Jambatan Sungai Gali.

Katanya, bau busuk berpunca daripada lori sampah yang lalu di depan kedainya itu sering membuatkan pelanggannya hilang selera.

"Kedai saya ini berdekatan simpang, oleh itu setiap kali lori lalu di sini, ia berhenti dan pada masa sama air sisa daripada kenderaan itu mencemari jalan," katanya.

"Saya minta Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) mengambil tindakan mendisiplinkan pemandu lori sampah serta mengenal pasti kaedah lebih sesuai bagi mengelak air sisa sampah mengalir di atas jalan," katanya.

Penduduk, Idris Awang Senik, 66, mendakwa pernah terjatuh dari motosikalnya ketika berselisih dengan lori sampah yang memasuki ke pusat pelupusan terbabit.

"Kami tidak menghalang jika mereka mahu menggunakan jalan kampung ini, tetapi pemandunya perlu lebih berhemah dan MPKB sewajarnya memantau sikap pemandu mereka ketika berada di jalan raya.

"Kampung Gong Nibong dan Simpang Tiga Sungai Gali sebelum ini bebas pencemaran bau busuk dan habuk ekoran lori yang melalui jalan ini,” katanya.

Setiausaha Jawatankuasa Penduduk Kampung Gong Nibong dan Simpang Tiga Sungai Gali, Hamzah Che soh, berkata sebelum ini pihaknya sudah menghantar surat bantahan kepada kerajaan negeri meminta masalah yang dihadapi penduduk di situ diatasi dengan segera.

"Penduduk ada menghantar surat bantahan bukan untuk meminta supaya pusat pelupusan sampah di situ di tutup, tetapi meminta kerja berkaitan pemunggahan sampah ini mengambil kira penduduk setempat,” katanya.

Video - Nik Aziz: "Sesiapa Yang Tampal Bendera Pas Boleh Pahala"

Video ini diterbitkan kembali oleh media Pas Kelantan kononnya sebagai pencerahan mengenai kenyataan yang dibuat oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung fatwa politik sempena hampirnya pilihanraya yaitu orang Umno solat tak boleh pahala.

Dalam satu ucapan ketika berceramah di Kampung Jambu Kota Bharu, Nik Aziz mendakwa segala 'kerja buat' (amalan) orang Umno tidak akan mendapat ganjaran pahala kerana Umno menolak Islam, Umno menolak agama Allah, menurutnya pahala itu diberikan oleh Allah, namun tuhan mana yang nak bagi pahala sebab Umno bergaduh dengan Tuhan,

Terdahulu Nik Aziz menyeru penyokong Pas supaya menampal bendera Pas, kerana dengan menampal bendera Pas pun sudah mendapat ganjaran pahala, kalau tidak ada duit untuk beli bendera, ambil saja guni baja kemudian catkan dengan warna hijau lepas tu tampal, perbuatan tersebut akan mendapat ganjaran pahala.

Pahala 'korok kering' ciptaan Nik Aziz itu seharusnya diberi perhatian untuk mengenali siapa sebenarnya Nik Aziz, ada ke patut buat bendera Pas dengan guni baja pun dikira sebagai amalan yang mendapat ganjaran pahala, kita tahu bagaimana mantik Nik Aziz untuk menghalalkan kenyataan sesatnya itu, tapi ia agak keterlaluan didalam membicara hal politik huduh Pas dengan mengcampur urusan Allah sehingga menafikan amalan solat serta pahala orang lain.

Tidak cukup belajar kat Deoband sudah terlalu Esa untuk menentukan amalan orang, halau jin pun tak lepas ada hati nak jadi Tuhan, setakat penjelasan mendapat pahala itu disebabkan Pas perjuangkan Islam, kita nak tahu Islam apa yang Pas perjuangkan setelah Pas bersetubuh dengan Dap didalam Pakatan Rakyat ?

Apakah Pas maksum tanpa sebarang kesalahan untuk mendakwa tampal bendera Pas itu dapat pahala, adakah untuk menentukan pahala seseorang ianya bergantung kepada penilaian topeng yang digunakan oleh parti tanpa perlu melihat ia disebalik topeng yang digunakan itu. 

Urusan dosa pahala ni bukan urusan manusia, dan kita tahu walaupun seseorang itu bersolat, namun jika ia lalai atau lara didalam solatnya, ia juga akan dimasukkan kedalam neraka yang disediakan khas untuk golongan tersebut, bagaimanapun soal lalai atau tidak lalai itu siapa yang boleh menentukannya, adakah kita tahu siapa yang lalai didalam solatnya ? Entah-entah Nik Aziz sendiri pun kita tidak tahu.

Tapi bolehkah untuk kita kata solat Nik Aziz itu solat yang lalai dan akan dimasukkan kedalam neraka 'Wail', jika begitu bagaimana Nik Aziz boleh menentukan solat orang Umno tidak mendapat pahala, Islam yang macammana Umno tolak ? Penolakkan yang bagaimana ? Ada asas ke tidak penolakkan tersebut ? dan banyak lagi perkara yang perlu diteliti untuk menyatakan secara jelas bahawa Umno itu tolak Islam.

Lagipun Nik Aziz tak perlulah menyibuk untuk menentukan dosa pahala seseorang, kerana Allah tak pernah lantik Nik Aziz untuk menentukannya, Nik Aziz tak usahlah bimbang kerana Allah Taala tak pernah silap dalam menghukum dan menentukan seseorang hambanya mendapat pahala ataupun sebaliknya.

Ketahuilah orang yang benar-benar alim dan abid ikhlas kerana Allah pasti tidak berkata-kata secara angkuh dan takabbur, seolah-olah dialah yang memiliki kunci syurga, sebaliknya orang-orang yang mukmin itu sentiasa merendah diri serta takut kepada Allah selain mengajak saudaranya kepada Allah dan bukannya mengajak kepada Pas. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

Orang Pas kedekut tak boleh pahala, so orang Pas janganlah kedekut, bagilah derma kat pas tu banyak-banyak, Perhatikan !!! Nik Aziz berfatwa pahala hanya kepada perkara yang menguntungkan Pas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...