Showing posts with label ahmad maslan. Show all posts
Showing posts with label ahmad maslan. Show all posts

Ahmad Maslan: "Alang-Alang Menyeluk Pekasam, Saya Dengan Ini Mencabar Mereka"...

Sikap tidak bertanggungjawab dikalangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat amat dikesali apabila hanya seorang sahaja yang hadir daripada 89 orang pada taklimat rasmi yang diadakan oleh parlimen hari ini.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan bagaimanapun ketika mengulas sikap pemimpin pembangkang itu, beliau sekali lagi mengulangi cabarannya terhadap pemimpin pembangkang supaya tidak mengangkat sumpah serta terus memboikot persidangan parlimen secara rasmi pada 24 Jun ini sehingga enam bulan berturut-turut.

"Alang-alang mereka ingin boikot mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada mereka, boikot teruslah. Tak payah angkat sumpah....

"Kalau mereka tak angkat sumpah dan tak datang Dewan Rakyat selama enam bulan berturut-turut, kita boleh adakan pilihan raya kecil di 89 kawasan,".

"Alang-alang menyeluk pekasam, saya dengan ini mencabar mereka, alng-alang mereka tidak bersama dah dengan mandat yang rakyat di 89 kawasan berikan pada mereka, 24hb ni tak payah datanglah"

Sebelum ini, Ahmad turut melontarkan cabaran yang sama setelah tindakan pemimpin PR yang terus mencetuskan provokasi bagi mempertikai keputusan PRU13 termasuklah mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai tidak telus dan adil.

“Pemimpin pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti sudah tahu tentang undang-undang. Jika ada tidak berpuas hati atau berasa ada penipuan berlaku ketika pilihan raya umum lalu, mereka (pembangkang) boleh mengadakan bantahan secara terus kepada SPR.

“Tetapi, apa berlaku sebaliknya. Mereka tidak buat bantahan, sebaliknya melakukan perhimpunan haram di Stadium MBPJ di Kelana Jaya"

Ahmad turut menzahirkan rasa hairan dengan sikap pembangkang yang menerima kemenangan seperti di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor tanpa sebarang pertikaian.

“Pentadbiran Pas di Kelantan dan DAP di Pulau Pinang terus membentuk kerajaan negeri dengan melantik exco mereka setelah beberapa hari mendapat mandat. Pembangkang sebenarnya mengamalkan ‘double standard’ kerana terus mempertikaikan kemenangan BN, tetapi dalam masa yang sama mengiktiraf kemenangan di negeri-negeri Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor,” katanya. 
 
Agaknya berani ke pemimpin pembangkang sahut cabaran ni ?, betullah, dah alang-alang tu boikotlah terus jangan kerja separuh jalan, tunjukkan sikit kejantanan tu, lepas 6 bulan kita adakan pilihanraya kecil, kita tengok siapa yang kena ? Betul tak ? Anda Mampu Mengubahnya.

Cabaran Ahmad Maslan Buat Kit Siang Bingung Tak Terkata-Kata

JOHOR BAHRU - Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilaporkan menjadi bingung secara tiba-tiba setelah ditanya mengenai cabaran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan supaya 89 calon PR yang memenangi kerusi Parlimen pada pilihan raya lalu tidak angkat sumpah kerana menolak keputusan PRU13, dengan bingung Kit Siang berkata: "Tidak perlu hirau cabaran ini. Kita tak perlu jawab apa-apa cabaran."

Terdahulu Kit Siang menaruh keyakinan pembangkang akan dapat menumbangkan kerajaan BN termasuk menerusi cadangan memfailkan petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi parti pemerintah.  (mirip agenda 16 September)

Kit Siang berkata, jika usaha itu berjaya, kerajaan BN akan tumbang dan PR akan mengambil alih Putrajaya.

"BN sekarang ada 133 kerusi Parlimen. Sekiranya daripada petisyen yang kita akan buat, kita berjaya dapat 22 kerusi, yang akan tinggal pada BN hanya 111 kerusi. Ini bermakna kita akan dapat majoriti dan jadi kerajaan," katanya di sini, semalam.

Kit Siang berkata, mengambil kira undi popular, PR sudah dapat 51 peratus berbanding BN yang hanya dapat 47 peratus.

"BN dapat sokongan minoriti daripada undi popular," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai petisyen yang akan dikemukakan, Kit Siang berkata, DAP sudah melantik Gobind Singh Deo untuk mengetuai jawatankuasa yang akan meneliti perkara itu.

"Kita tunggu keputusan PRU13 diwartakan, selepas itu dalam tempoh 21 hari, kita boleh buat petisyen. Kita jangka boleh kemuka petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi BN," katanya.

Haru-biru sungguh puak komunis ni, mentang-mentanglah ada pakar belit, semua perkara nak dibelit, tapi bila dicabar secara 'gentleman' supaya tidak mengangkat sumpah, dia buat-buat bingung pulak, dah PRU tak bersih tak payah angkat sumpahlah komunis! nampak sangat nak kelentong.
http://gelombangkick.blogspot.com/2013/05/mp-pakatan-jangan-angkat-sumpah.html

MP Pakatan Jangan Angkat Sumpah

PONTIAN - Seramai 89 pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang menang kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umno ke-13 (PRU13) dicabar supaya tidak mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, cabaran itu dilontarkan kerana tindakan pemimpin PR yang terus mencetuskan provokasi bagi mempertikai keputusan PRU13 termasuklah mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai tidak telus dan adil.

“Pemimpin pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti sudah tahu tentang undang-undang. Jika ada tidak berpuas hati atau berasa ada penipuan berlaku ketika pilihan raya umum lalu, mereka (pembangkang) boleh mengadakan bantahan secara terus kepada SPR.

“Tetapi, apa berlaku sebaliknya. Mereka tidak buat bantahan, sebaliknya melakukan perhimpunan haram di Stadium MBPJ di Kelana Jaya, Selangor pada Rabu lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Jom Celik Minda Merentasi Dunia Maya di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Permatang Sepam, Benut, di sini.

Ahmad turut menzahirkan rasa hairan dengan sikap pembangkang yang menerima kemenangan seperti di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor tanpa sebarang pertikaian.

“Pentadbiran Pas di Kelantan dan DAP di Pulau Pinang terus membentuk kerajaan negeri dengan melantik exco mereka setelah beberapa hari mendapat mandat. Pembangkang sebenarnya mengamalkan ‘double standard’ kerana terus mempertikaikan kemenangan BN, tetapi dalam masa yang sama mengiktiraf kemenangan di negeri-negeri Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor,” katanya.
 
Rakyat Malaysia perlu melihat isu keputusan PRU yang dipertikaikan oleh pembangkang ini didalam konteks yang luas, bukannya sekadar melihat didalam spender Stopa semata-mata, jika benar apa yang mereka dakwa iaitu berlakunya penipuan dalam pilihanraya, sahutlah cabaran diatas tanpa perlu berdolak dalih lagi, ada brannnn!!! Anda Mampu Mengubahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...