Sidang Parlimen - Anuar Musa Dedah 4365 Projek Dibawa Ke Kelantan Bernilai RM10.3 Billion

Kehangatan pada pembukaan sidang parlimen yang ke 13 kali ini seakan-akan ada aura yang dibawa menyerupai aura kebangkitan The Red Warriors  dalam beberapa tahun lalu sehingga mana ianya tetap gah sehingga ke hari ini.

Jika beginilah hangat bahangnya, ini bermakna Gelombang Merah yang asli akan benar-benar berlaku dibumi Kelantan tanpa laungan retorik lagi, sebagaimana kusamnya pasukan bolasepak Kelantan sebelum tahun 2007 sehinggalah ia diberi nafas baru dan kejuaraannya telah terbukti.

Begitu juga dengan politik BN di negeri Kelantan, kusamnya sudahpun 23 tahun, tapi, apakah ia mampu untuk dibangkitkan ? Barang lama KO ni memang susah nak dibangkitkan, tapi ia tidak mustahil boleh dibangkitkan jika kena dengan cara jampinya.

Cara jampinya itu nampak ada dengan orang yang sama yang membangkitkan TRW yaitu Tan Sri Anuar Musa, jika dikatakan TSAM pernah menerajui BN Kelantan namun ia tetap gagal mengambil Kelantan dari Pas, harus diingat TSAM juga pernah menjawat sebagai Menteri Belia Dan Sukan, tapi apakah berjaya pasukan bolasepak negara ketika itu ?

Kalau nak bercakap pasal gagal, sejak 1990 belum ada lagi mana-mana yang mengepalai BN negeri itu mampu merampasnya daripada Pas ? Bagaimanapun jika melihat corak politik yang dibawa oleh TSAM ketika berbahas dalam sidang parlimen minggu lalu, pendekatan yang dibawanya itu agak menarik dan bersifat mewakili rakyat bukannya mewakili diri sendiri atau mewakili kawasan tertentu.

Kebiasaannya pemimpin BN Kelantan bercakap seolah-olah seperti bukan daripada Kelantan, ia seperti orang luar, menafikan apa yang disebut sebagai hak rakyat Kelantan dengan penafian 'tak reti bahasa', bersekongkol dengan pemimpin luar menuduh rakyat Kelantan sebagai miskin, atau dengan kata lain memberi gambaran buruk tentang negeri Kelantan bukan tentang Pas Kelantan.

Bagaimanapun agak berbeza dengan pendekatan TSAM, mungkin kerana pengalaman mematangkan beliau, dalam perbahasan beliau, selain isu nasional, beliau tetap menyentuh isu negeri, antaranya beliau meminta kerajaan pusat supaya membantu pembangunan di Kelantan seperti membina lebuhraya, lapangan terbang, stadium dsbnya.

Caranya itu pasti disenangi oleh rakyat Kelantan, bukan meminta itu yang disenangi, tapi cara politik memintanya itu yang disenangi, jika politik menghina digunakan, ia mungkin hanya disukai oleh penyokong sediada BN semata-mata, tapi untuk menarik minat penyokong Pas dan atas pagar ia jauh sama sekali.  Anda Mampu Mengubahnya.

Fakta - Dalam RMK8, 9, 10 Kerajaan Persekutuan BN telah pun melaksanakan sebanyak 4365 projek dengan nilai peruntukkan sebanyak RM 10.3 Billion di Kelantan. Bagi setiap projek yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan di Kelantan, sebanyak 10 peratus kerajaan persekutuan membayar kepada akaun kerajaan negeri Kelantan sebagai bayaran perkhidmatan atas projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan.

"TSAM harape baghu oghe Kelate"

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...