Lihat Apa Jadi Akibat Memilih Pemimpin Yang Hanya Reti Ceramah

PASIR MAS – Seorang warga emas di Kampung Tal Tujoh terpaksa menumpang teduh di bangsal durian sejak enam tahun lalu.

Meskipun menggunakan lilin dan air perigi jiran, Che Mamat Harun, 65, berusaha untuk mencari rezeki halal dengan membersihkan laman rumah dan kebun penduduk dekat sini.

Che Mamat berkata, bangsal yang dibina di atas tanah milik kakaknya ini kini hampir roboh dan mungkin akan meragut nyawanya.

“Saya pernah dipatuk ular di bahagian dada kerana tidak sedar ia melingkar di bantal dan tilam. Umur saya masih panjang apabila pihak doktor dapat menyelamatkan nyawa saya, namun ia sedikit sebanyak mempengaruhi kerja saya kerana ada ketikanya merasa sakit,” katanya, semalam.

Menurutnya, kemiskinan juga menyebabkan dia terpaksa meminta simpati penduduk setiap kali masuk waktu makan.

Katanya, kelengkapan memasak yang ditinggalkan di luar bangsal sering dicuri menyebabkan dia dapat memasak di rumah.

“Saya tidak mampu untuk mendapatkan pendapatan tetap apatah lagi membina rumah yang lebih selamat,” katanya.

Sebelum ini, dia bekerja di ladang kelapa sawit di Perak dan pernah memohon bantuan kebajikan, namun ditolak atas alasan bukan penduduk tetap negeri terbabit.

Disebabkan itu katanya, dia kembali ke kampung bagi mengurang tekanan hidup namun menghadapi masalah yang sama setelah berpindah ke sini, pada 2006 lalu. - Sinar Harian
 
Padah bila rakyat pilih pemimpin yang hanya reti ceramah maki dan berdoa untuk kemusnahan sesama muslim.....Bersabar itu ada tahapnya...

3 comments:

  1. Memang kita simpati tahap kedaifan sebahagian besar rakyat Kelantan. Tetapi mereke ini pelik sikit. Ada mata tapi buta...sengaja tak mahu menilai yang mata kaca atau permata.

    Walau berpuluh tahun sumber air kotor, bayangkan hal se basic ini pun tak mampu dikelolakan PAS tapi masih sayangkan PAS hanya kerana penambilan Alim dan Pak Aji Mak Aji mereka.

    BUATlah APA pun, TABURlah APA pun, kita orang luar hanya akan diperbodohkan. Jadi kalau saya jadi PM, pedulikan Kelantan. Lantaklah apa nak jadi jadilah. Lagi pun Nik Aziz dan PAS tak habis2 kata dizalimi dan UMNO Kejam.

    Orang Kelantan ramai yang kaya raya, biarlah mereka sahaja yang tolong Pak Cik ni...Kelantan for Kelantanese...

    ReplyDelete
  2. Bukankah Kelantan negeri yang paling ramai isi rumah bagi sebuah rumah? Mengapa? Menumpang? Atau tidak mampu membeli rumah?

    ReplyDelete
  3. pakcik ini akan meminta haknya di akhirat kelak..maka pemimpin yg ketika itu memerintah akan menjawab segala persoalan mengapa pakcik ini di pinggirkan....jawablah nanti....di harap jgn pulak kita muflis di akhirat kelak...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...